Monday, October 31, 2016

Bila pagi2 lagi dah kena panggil...

Rasa macam cuti lama pulak. Rasa semangat lain macam masuk ofis hari ni. Tido tak berapa nak lena, kejap2 tengok jam.

Buang tebiatkah aku?

Baru perasan, Khamis sakit. Jumaat cuti ganti Deepavali. Harus la rasa lama. Rasa nak ketuk kepala sendiri.

Ok, bila masuk ofis dengan semangat baru ni (siap ada list keje yang nak dibuat dalam kepala, gila semangat) muka harusla manyak manissss... Tak sampai 5 minit duduk, bos datang suh masuk bilik.

Adoila, aku buat salah apa pulak ni?!!

Bos senyum, sengih2 pastu citer pasal final PPA. Rating aku. Alhamdulillah. Ingat salah apa la tadi.
Semua ok kecuali MC.

Tahun 2016 masih menjuarai carta. Tahun lepas pasal maternity. Tahun ni aku lagi (banyak MC sbb masa Maira operate bisul dan Piya ngan Maira kena chicken pox aku pun sama naik tak sihat) And note pls, walaupun anak yg sakit, masa sakit pun aku yang jaga anak2.

So, harapan bos tahun depan jangan la jadi juara lagi. Juara bahagian lain pulak...

*keluardrbilikbosmasihsenyum*
*redho*
 

Wednesday, October 19, 2016

How to react when....

Tajuk omputih sangat, sekali tulis dalam bahasa. Boleh je kan?

Kita selalu came across situation when somebody asked

a. Tahun ni plan nak gi jalan mana
b. Eh, sale Habib la Jumaat ni. Turun jom
c. Korang, jom join beli Noxxa nak. Ala tak mahal pon

etc.. etc.. etc...

Korang nak jawab apa?
Tipula kalau tak pernah orang tanya. Lg2 soalan no 1.
Selalu je aku dapat soalan no 1 tu..


Soalan : Tahun ni nak gi jalan mana
Aku : Memang idok le. Anak2 kecik lagi. Huru hara kang
Realiti : Aku nak bawak gi mall pon berkira. Kalau adik2 ada boleh la bawak skali. 
Kalau tak jangan harap. Kadar kesabaran aku bukan macam En Hubby. Dah pernah jadi masa gi Sunway Lagoon dulu. Itu last. Serik aku. Tunggu la budak2 ni besar sikit lagi.


Soalan : Sale Habib
Aku : Beruntung la En Hubby aku ni bukan jenis suka pakai barang kemas. Gelang tangan tak boleh nak pakai pasal alergic. Pulak tu rimas kalau pakai cincin. Cincin kawen aku simpan mcm tu je. Setahun sekali la aku pakai. Yang betul2 pakai rantai leher je.


Soalan : Beli Noxxa
Aku : Udah ler... takda tempat kat rumah aku nak letak barang lg. Rumah sekangkang kera ada hati nak beli brg lagi. Sudahnya duk dalam kotak je. 


Personally kalau tanya aku, aku lebih prefer untuk settlekan hutang yang ada. Azam tiap2 tahun kot. Sibuk nak melancong tapi hutang keliling pinggang. Orang lain nak sponsor/ En Hubby nak bayarkan itu bukan masalah aku. Tapi nak harap duit keluar dr poket aku semata2 untuk melancong jawapannya NEHI!!!!


Kedekut pahit,yess but yet lebih baik dr pretending banyak duit tapi banyak hutang.


Wassalam




Tuesday, October 11, 2016

Quick update...Ingatkan dah habis

Konon, bila dah hantar write up budget boleh goyang kaki kejap

Konon, taknak dah tengok presentation slide tu.
Muak. Nak muntah dah.

Konon, nak take sweet time nak susun2 gambar, baca buku, kemas meja

Nan hado!!!... Sambung upgrade system pulak.




*hentikanangan2
*takdapatupdatelakome