Monday, December 27, 2010

Makan hangin post

Badan memang berangin kalau tak cukup makan.. Makanan kat opis baru sangat JAHUHHHHHHHHHHH berbeza ngan opis lama.. Tetiba nak appreciate nasi lemak best kat Klinik Mediviron Dataran Prima. sekali piknik dalam ofis, mak ai bau dia menyusuk ke hidung dgn nasi lemak daun pisang........ (kak, sy dah promote ni, len kali bagi nasi lemak free)




Motip entry untuk citer aktiviti masa jadi penganggur... G jalan2 kat JB. Hotel ni facing Singapore... Boleh la eksen lambai2 konon orang seberang tambak boleh nampak kiter.. Haram nyer.... Tapi eksen la katakan, orang tak pernah masuk Singapore, dapat lambai pun jadi la....




Nak upload gambar internet buat pasal.. Kejap ada kejap tak.. Geram betul.. Nasib baik mata mengantuk pasal semalam Alya batuk2.




Gambar akan diupload setelah internet yang telah di maki 'naik' nanti... Till then,, adios!!!!

Wednesday, December 15, 2010

Bestnya jadi penganggur jap..

Kalau ikutkan minggu ni bersamaan dengan hari Jumaat 17 December 2010 5.31pm, sahlah aku jadi penganggur terhormat... Aku suka beb.. Ingat senang nak jadi penganggur.. Orang lain taknak, aku nak.. 




PELIK TAPI BENAR




Bukan apa, lepas dari belajar dulu, hari ni habis sekolah, esoknya dah jadi cikgu ganti kat sekolah mak. Tak rehat pun.. Sampai la sekarang.. Alhamdulillah, murah rezeki aku tapi nak jugak rasa rehat.. Letih pikir pasal ofis jer..




Yang pentingnya, lepas kerja hari Jumaat terus nak balik Kuantan. Hari Ahad dah nak g JB bersantai (read : berpoya-poya dgn Mr Hubby). 










JB, HERE I COME!!!!!

Tuesday, December 14, 2010

Say NO to breast cancer.. Jom check breast anda



Actually ada ceramah pasal Breast Cancer hari ni kat ofis. Tapi aku dapat info dah hujung2 sebab tayar kena paku pagi tadi... Ramai yang datang, yang lelaki lagi suka topik2 ni... Ambik peluang jugek...



Ramai yang tak g buat lagi mamogram yang kerajaan duk canang2 tu.. ada orang buat sakit, ada tidak. Doktor2 and nurse2 tu kena tau la camner cara nak buat jgn bagi sakit.. kang serik orang nak datang..




Aku dah buat dah breast checking ni, tapi buat ultrasound jer.... confirm takda 'bunyik'... hehehehe
tapi kena datang lagi la lepas 3 tahun




Korang kena tekan2 macam ni tau.. Gunakan 3 jari comel korang tu....






Korang mesti tak jelas lagi kan.. Memang saja aku bagi yang tak jelas sangat tu.. Gambar yang kat bawah ni mesti SANGAT JELAS untuk korang.. 


Kalau tak jelas jugak memang BUTE MATA HATI.....






Perhatian untuk cik-cik abang yer. Knowledge ni untuk kaum wanita sahaja.. Tapi kalau nak tolong check untuk para isteri amat di alu alukan.. Jangan korang salah raba sudah, makan penampor jawabnya.


Promo sikit.. kalau korang yang duk kat Klang n kawasan yang sewaktu dengannya, g lah Hospital Klang. Doktor & nurse kat situ buat gentle sangat. 

Wednesday, December 8, 2010

Jalan2 sembarangan.. ambik gambar pun sembarangan jugak

Semalam ajak adik2 g beli barang Pak Usu yang nak balik asrama dah hujung bulan ni. So we all pergi One Utama la since lama giler tak menjejak kan kaki ke sana. Cakap lama sebab dari mengandung sampai habis mengandung, habis pantang, anak dah besar 8 bulan baru datang.. Hebat! Hebat! Wink* Wink*  Banyak simpan duit... hehehehe....


Lepas sopping, gesek kat kredit baru, g makan kat food court je sebab malas nak makan fastfood. Jalan2 lagi nak pergi MPH, terjumpa minah RAPUNZEL ni. Eksen kejap Che Ida nya suh ambik gambar.






Alya kalau pasal posing nak ambik gambar serah la kat dia.. Kalau ambik video dia pun sama.. Kalah mak kau Alya oiiiii...

Terasa sama cantik pulak anak aku ngan Rapunzel.. Rambut panjang nanti kita posing2 macam tu yer nak... (tak nak kalah jugak tu)...


Jalan2 jumpa pulak 'minah'ni.. Ambik gambar lagi...








Muka masam sikit.. tak boleh jadik, senyum sikit :)







HOHOHO!!!!!!!


Tapi masa jumpa  'minah' ni, dia pelik...








Apasal putih sangat mama????


Yer... mama ko tak cukup 'putih' kan???



Malam tu Mr Hubby nak makan lamb chop. Aku memang tak pandai nak buat la kan, so ke kedai la kita.. Tak masak lagi.. yuhuuuuuuu....


Tengah2 makan Alya menjerit sebab dia tak dapat makan + lapor tengok mama & papa makan + nak tidoooo..







Anak dara ni kalau dia nak tido memang main gentel2 telinga.. Yang pelik2 aja anak oi..

Monday, December 6, 2010

Si comel yang tak comel bila nangis




Alya memang tak boleh letak apa2 atas kepala. Kalau beli topi yang cantik2, ada bunga2 bagai.. takda mana nya nak pakai. Alang aku letak tuala main cak cak dgn dia pun dia tak berkenan tutup2 kepala ni. Nasib baik dia tak rimas tengok tudung atas kepala aku. Itu pun tangan dia bukan main laju lagi menggapai 'awning' tudung. Dah buruk jap mak kau Alya oiiii....


Tu gambar masa raya haji. Konon nak bagi keinsafan sikit kat anak aku, pakat ngan adik2 nak pakaikan Alya tudung... Che As jadi mangsa pegang dia.... hehehehe





Dah pakai tudung, comei pun... Tapi air mata bergenang2 ha.. Ini mak kau la punya idea..... Sabor je la...

Friday, December 3, 2010

Craving for pancake!!!



Ntah kenapa dari semalam teringin sangat nak makan pancake.

Nak kata 'berisi' tak jugak.. Alya yang teringin kot. hehehe

Meh nak kongsi resipi pancake.


3 sudu besar mentega
1 biji telor (grade A)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powdeer
1 sudu besar gula castor
1 cawan susu segar
secubit garam
1 sudu besar jus lemon (optional)



Ni cara yang paling malas.. korang blend semua bahan tu & biarkan 10 minit.

Pastu masak la atas pan.. Pandai2 lah korang ejas yer...


Esok pagi nak makan pancake la...

Thursday, December 2, 2010

Promosi terakhir ni...

Nak cerita pasal Premium Beautiful la, apa lagi kan.

Promosi berakhir 25 December 2010 untuk PB ni


RM 2000.00 sahaja


Lepas ni harga kembali seperti biasa

RM 2400 - RM 2600

Nak tau lebih lanjut, msg ain 012 3320725.

Wednesday, December 1, 2010

Jika anda dapat sindrom ini, anda serupa dgn saya.

Ha, apakah yang aku merepek kan pagi2 ni????


Ni kisah semalam la sebenarnya. Hari Senin petang tu aku dah berpinar2 mata. Macam melayang2 gitu. Ada rasa pening2 . Nak muntah. Kalau orang tanya macam2 rasa nak lempang (eceh.. yang ni aku tambah yer cik cik puan)..



Malam tu jugak g klinik. Muka dah pucat lesi. Nasib baik En Hubby yang tolong pegang Alya. Alya pulak nak bergomol dgn mama dia ajer. Nasib baik anak tak kena lesing ngan aku.. dgn anak kena bersabar kan.. kan...



Doktor check tekanan, sah low blood 90/65. Rasa2 nya ini kali kedua rendah macam tu. First time tu masa pregnant. Doktor suh aku check darah masa2 tu jugak, tapi memandangkan aku ni kan memang penakut nak mampus tang jarum ni, tak buat jugak akhirnya. Dapat ubat jer.



Semalam apa lagi tidoooooooo je la kerja nya. Pagi tadi elok rasanya tapi bila masuk ofis rasa berpinar2 balik.. Tandanya?????? (bos MC boleh balik tido kat rumah kan??)



Sapa2 yang ada tanda2 di atas, g farmasi beli ubat tambah darah....




Time to sleep.....zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....

Friday, November 26, 2010

Kalau taknak jaga anak, jangan buat anak!!!!



Aku memang emo kalau nampak orang jaga anak tak sungguh2. 

Pagi ni aku nampak satu video ni. Mak sendiri mandikan anak gonyoh punggung anak dengan kaki. Budak tu nak naik lemas kena siram dgn air. Aku rasa nak terjun dalam vedio tu lempang mak dia laju2. 


BODOHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!! 


Aku terbayang Alya kena buat macam tu.


KALAU TAK RETI NAK JAGA ANAK, JANGAN BUAT ANAK LE..



PERANGAI MENGALAHKAN SETANNNN.. AKU BENCI!!!!!!!!!!!!!!



Dah menitik dah air mata aku...........

Thursday, November 25, 2010

Citer dulu2 yang memang aku ingat sampai sekarang

Kalau ikut2kan citer dulu2 aku rasa lagi best.. Citer sekarang banyak citer Indon je, sungguh le aku tak berkenan. Macam takda citer lain. Tak 1 Malaysia langsung (huih... dahsat)





No 1 dalam ranking aku mestilah SUPERMAN..... Yuhuuuu.. Memang all time favourite la nih. Habis adik beradik tengok superman. Walaupun Superman pakai seluar dalam MERAH kat luar, tetap mantap di hati ku. Sikit punya daring dia berpeluk dgn Lois tu.. jeles aku...




No 2 dalam ranking KESATRIA BAJA HITAM. Kalau tak salah ni citer2 zaman 80an...  Balik dari sekolah rendah je tunggu depan TV citer ni.. Takda apa yang menarik tapi Hero dia sikit punya hansome sambil2 tunggang motor besar... Ai, mak tergoda uu.. aauuwwww.. (sape yang tak tau citer ni pergi google sendiri)



No 3 dalam ranking citer OSHIN. Sikit punya panjang citer dari dia kecik sampai tua. Beratus episod rasanya cerita ni.. Gigih betul pengarah dia.. Kagum2.... Ni pun dah 2, 3 kali ulang kat TV.






No 4 dalam ranking, kartun JEM AND THE HOLOGRAM. Nama pun kartun kan, tentu tak munasabah. Bila pegang anting2 bintang dia tu dah tukar jadi penyanyi. Memang tipu tapi aku tengok jugak... Lepas tu maki sebab dia tipu... Tak paham betulllll







Dan yang memang ingat sekali citer ni MOERO ATTACK.. Hui la... Citer ni sampai aku berazam nak jasik macam dia dolu2.. Sikit tinggi punya cita2. Padahal cite tu pun tipu jugak. Pukul bola tampar macam ada kuasa hebat plus ada macam2 gaya.. Tipu!! Tipu...



Tapi ko tengok jugak ain oiiiiiiiiiii....

Monday, November 22, 2010

Dulu-dulu adalah kiut yer tuan-tuan


(gambar masa kecik dolu2)


Boleh teka kan aku yang mana satu?????


Tentula yang sangat konfiden merasakan dirinya boleh buat iklan rambut walaupun muka kelat2 tapi masih kuit kan????


Posing dah cantik dah duk bersandar kat tiang.. Rasanya part posing ni memang dah jadik tebiat dari kecik sampai besar.... Ye, sampai besar pun boleh posing lagi... Ha, yang tu entry lain kali yer.. Mesti orang tak sanggup nak tengok..


Rasanya bahagian kiut aku tu menurun kat Alya kan???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
sakit ajer ati kan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.







macam aku kan?? kan?????

harap bersabar yer. hehehehe


Friday, November 19, 2010

Tanda2 kamu tidak patut patuh pada BOS....

Semacam je tajuk hari ni, apa hal?????

Hehehehehe.. Saje la sementelahnya baru dapat kerja baru ni, tiba2 nak buat post pasal BOS ni.

Ok, meh tengok tanda2 korang tak patut patuh pada BOS korang.

  •  mula2 korang masuk kerja suara dia ok. Tapi makin lama makin nyaring, dan nyaring, dan nyaring, dan nyaring.. Mula2 tu boleh cakap dia ada masalah kotak suara.. tapi kalau dah lama2 maknanya ada wire suara dia yang bermasalah, atau dia memang suka menjerit. Kalau sehari sekali takper, kalau banyak kali hati wa panasssssssssssssssssssss

  • next, bila bos korang takda kerja lain. Nak monitor setiap saat apa yang korang buat sekarang. .Balik dari tandas je, dia interkom tanya dah siap ke belum atau dia ingatkan lagi nak kerja siap hari ni. WTF???? takkan tak boleh g tandas?? Kalau kena batu karang BOS korang nak tanggung???? Ada???

  • pastu, korang sampai tak boleh  nak borak dgn kawan sebelah cubical pun. Kira cam duk la ko jadi kera sumbang kat cubical tu.. Kalau la cantik sangat cubical tu takpe la kan.. Ada pulak gambar hero Shah Rukh Khan (untuk yang minat Hindustan), ada gambar Tom Cruise, ada gambar Fahrin Ahmad ke. ada la jugak maap Cik Kiah oiiiiiiiiiiiiiiiii...

  • Yang paling sakit jiwa, dia start burukan ko kat staff2 lain. Apa halll....????? Yang ni memang konpom sakit jiwa. Siap boleh kol ex staff buruk2 kan korang. Jenis BOS macam ni memang ada masalah mental. Ini ada tanda2 ko kena TEKAD blah.......

Yang dah jadik BOS, baik korang tengok kalau2 korang duduk dalam mana2 kategori....


WATCH OUT!!!!!

Thursday, November 18, 2010

Finally, I got that good news....



Alhamdulillah. Finally I got a new job...

Nak mula tahun baru dgn azam baru...

Hish!! Tak tau nak komen apa dah... excited nih....

Wednesday, November 10, 2010

Spesis baru.. cun punya wa cakap sama lu


Dah tengok gambor???

Kita ada rancangan National Geographic hari ni ok..

Spesis baru monyet dijumpai di utara Myanmar. Dan yang bestnya spesis ni boleh dijumpai masa hujan je... Mudah kan???? Maknanya dia dah tentu tak kawan dgn kambing....

Nama special dia Rhinopithecus Stykeri. Memang tahap tinggi la nama dia, haram tak reti nak menyebut. Yang bestnya monyet ni ada hidung yang mendongak ke atas (g telek jap) dan dia akan bersin dengan kuat bila hujan turun (macam2 hal)

So kalau taknak bagi air masuk camner? Monyet ni akan apit kepala dia dgn lutut... Panjang jugak akal kan.. Demikianlah ciptaan Allah..

Sekian, terima kasih.


Skema giler... :)

Tuesday, November 9, 2010

Macam2 soalan pasal PB - Part 1


Haluuuuuuuu……. Ewah, cam Fafau pulak..

Lama cuti Deepavali, blog ni pun tersadai kejap. Sibuk dgn macam2 hal pun sebenarnya hujung minggu.

Ok, masa cuti tu ada la dapat beberapa soalan dari peminat nak beli PB ni. Maklumla, sebelum beli kena lah tanya macam2 kan.


Antaranya:
  
Apa sebenarnya PB tu?

Sebenarnya ada jugak yang tak pernah dengar pasal PB ni. Ingat ke barang apa la kan.. Ok, PB ni Pakaian Dalam Pembentukan Badan (dipermudahkan korset la). Selain dari membentuk badan dgn menarik, ia juga untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat & seimbang (dah macam doctor pulek). Ada orang nak turunkan berat badan & maintain badan jadi cantik kan?? Ha, itu lah fungsi dia. Sebab PB ni 70% kesihatan, 30% untuk kecantikan. Tak payah ambik ubat, tak payah bedah2 dah….

Yang asma boleh pakai ke PB ni? Kang sesak nafas camner??

Boleh pakai, jgn risau.. Yang ada senggugut, migraine, darah tinggi, gastri, buasir semua boleh pakai.


 
Boleh hilangkan stretch mark tak?

Kalau pakai PB ni secara berterusan boleh hilang tau. Boleh stabilkan hormon & meletakkan balik rahim tu di kedudukan yang betul. Ha, untuk yang nak try conceived pun boleh cuba (insya allah, makan sekali pil Maharani. Kalau tak cuba tak tau kan?)








Gatal tak pakai PB ni?

Tak gatal pun. Itu lah kelebihan PB ni. Dia ada kuasa serapan yang baik & tahan lama. Tapi jgn tak cuci pulak. Seminggu sekali cuci la.







 Cantik je kalau Heidi yang pregnant...


Tiba-tiba je nah!!!!




Ohh.. memang tensi tengok.

Ok.. nanti sambung lagi k.

Wednesday, November 3, 2010

Announcement!!!


Nak BONUS RM 4k??

Nak hadiah JAM TANGAN berjenama?

Nak pergi MELANCONG???

Nak tabung KERETA????


Ain sedang mencari partner untuk buat business Premium Beautiful.

Anyone interested call me 012 3320725 k

Monday, November 1, 2010

BONES

Semenjak dua menjak ambik channel baru ni, dah takda kerja lain nampaknya .. asik-asik tengok BONES….



Add caption

 
Ye la kan, mula2 tengok citer, pastu tengok aisey.. handsome la pulak mamat ni..

Lama2 terpikat… aduhhhhhhhhhh


 



Tetapi, yang ni??? APAKAH????







Hancur hatiku!!!! Tensi lagi

:: mode = tak ceria ::

update hari ni adalah sangat pendek


pening + penat = tak ceria


tapi kalau nak cerita pasal PB, ain ceria!!!

meh kol untuk tau lebih lanjut....

Friday, October 29, 2010

Dengar la lagi.. dan lagi.. dan lagi...

Tak habis2 la nak promote pasal PB ni yer..

Dah muak????


Pedulikkk!!!

Ok, mggu depan cerita yang best2 sikit k. Hari ni dengar la lagi cerita pasal produk ni



Corset PB ni ada 3.. ada long bra, waist nipper & girdle


Kalau ikutkan tiga2 benda nie boleh jadik harga lain2 kalau beli asing2. Boleh beli asing, boleh beli satu set.... tak kisah..

So harga satu set adalah RM2400 (kecil) dan RM2600 (besar)
Camne nak tau korang kat kategori mana? ha, nanti ain cerita camner nak ukur badan


Yang bestnya, sekarang nie kita ada harga rebate. Jadinye, amat berbaloi2 kalau beli PB sekarang sebab harga memang syiok..


Promotion price is RM2175 (kecik) and RM2375 (besar). Ada rebate pulak RM 225. Haikh, tak nak ker???? Pastu dengan baik hati nya ain akan bagi pencuci dia sekali (free tau yang ni).


Meh cerita sekali lagi pasal bayar membayar ni....
  • Lumpsum

  • Credit card - nanti kita akan fax/poskan form untuk ko isi. Kalau ko guna ambank, ocbc, hongleong card. 0% installment plan

  • Menggunakan rhb easy installment plan - Yang nie ko kena pergi counter rnb yang color pink tu. Bagi ic and cakap nak buat loan 2k, nak berapa lama bayar terpulang. Pastu dia akan proses time tu jugak. After 15 to 30min dah dapat duit. Tak perlu ada apa2 documentation, cuma perlu ic. Lepas tu bayar cash kat kami, dan ko bayar bulan2 kat rhb.
  • Cash installment pun boleh, tapi ko tak dapat harga promotion and rebate la. Buat installment dengan harga yang asal RM2400 and RM2600, begitu. Min - RM200 everymonth.

ok.. dah jelas kan... aik, tak jelas lagi??? ko ain @ 012 3320725 atau email nurulainnozirin@yahoo.com.my

dalam facebook pun macam2 ada ...













Ohhhh.. kelu sekejap...........


Thursday, October 28, 2010

Buah hati Pengarang jantung

Alya sejak-sejak laju mengensot ni, asik nak lalu bawak meja jer.. Macam thrill giler la kot kalau duk situ... pandai pulak tundukkan kepala masa bawah palang.....





seronok sangat le tu.......





Yeay!!! dah berjaya mama.....







Penat mengutip anak dari bawah meja ni sebenarnya :)

Money!! Money!! - On the way babeh

Jeng!! Jeng!! Jeng!!!



Macam suspen giler tajuk



Hanya dengan Premium Beautiful........


nak tak buat side income tak???
starts from RM4500....!!!
banyak kan...??macam2 boleh beli....:-)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
starts with RM30 only...!!!!
.
.
.
.
.
.
.
nak tau lebih lanjut.. call me 012 3320725

Wednesday, October 27, 2010

Iklan sikit.... Meh tolong sama2

LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU (LIMPAH) adalah pusat kebajikan dan penempatan yang menaungi golongan yang layak menerima zakat (asnaf), fakir-miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.

LIMPAH memulakan operasinya pada Disember 2005 dengan menyewa sebuah rumah di Bukit Beruntung, Rawang, Selangor dengan menempatkan 10 orang kanak-kanak pada waktu itu dari sekitar Selangor.

Berkat kesungguhan dalam memperjuangkan nasib golongan asnaf ini, LIMPAH kini sedang menanggung 70 orang pelajar yang tergolong dalam kategori ini. Mereka di tempatkan beberapa buah bangunan yang digunakan sebagai asrama dan sekolah. Anak-anak ini dididik dan diajar agar menjadi insan yang kenal diri dan Penciptanya, berperibadi mulia serta mampu memajukan diri, dan akhirnya akan memberi manafaat kepada orang lain di suatu masa nanti.

Untuk melengkapkan sistem tarbiah, bermula Mei 2009, LIMPAH telah diamanahkan untuk mengambil alih Sekolah Maahad Tahfiz Aiqan bertempat di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan yang menampung pelajar seramai 55 orang yang terdiri daripada golongan miskin dan anak yatim.

Oleh itu, dengan tanggungan yang bertambah dan kapasiti yang terhad, LIMPAH sangat mengalu-alukan sumbangan yang berterusan dari orang ramai untuk menjayakan hasrat ini. Sumbangan-sumbangan berbentuk barangan keperluan rumah dan sekolah, pakaian, makanan dan wang akan terus dimanafaatkan oleh golongan yang layak menerima ini tanpa melalui kerenah birokrasi yang menyulitkan.

Sabda Rasulullah SAW: “Hendaklah setiap dari kamu memelihara wajahnya dari api Neraka walaupun dengan (bersedeqah) dengan sebiji kurma”.

Marilah kita membela orang lain, mudah-mudahan Tuhan akan membela diri kita.


BENTUK-BENTUK SUMBANGAN YANG BOLEH DIHULURKAN:


1) Wang tunai: dengan masukkan terus ke akaun Maybank Berhad atas nama;

LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU (no akaun MBB: 5120-1701-4255)

2) Zakat: zakat wang simpanan/zakat harta/zakat perniagaan/zakat emas dan sebagainya.

3) Bayaran Fidyah: mengganti bagi mereka yang tidak berupaya mengqadha’ puasa Ramadhan kerana uzur syar’ie.

4) Menaja bahan-bahan mentah untuk makanan (basah atau kering). (RM3,000 sebulan)

5) Menaja barang-barang keperluan dapur, bilik mandi, sekolah dan sebagainya.

6) Menaja peralatan rumah dan dapur.

7) Menaja peralatan pejabat baru/terpakai.

8) Menaja anak angkat: Melalui tajaan kos perbelanjaan anak-anak yang dipilih menjadi anak angkat (RM300 seorang/sebulan).

9) Menaja sewa premis pejabat dan asrama. (RM5,000 sebulan)

10) Menaja pembayaran bil utiliti (TNB, Syabas, Indah Water dan Telekom). (RM1,500 sebulan)

11) Kenderaan: van atau kereta untuk pengangkutan ke sekolah, mengambil dan menghantar barang-barang bantuan. (Pengangkutan RM2,500 sebulan)


LIMPAH sangat mengalu-alukan sumbangan dari tuan/puan, badan-badan korporat, agensi-agensi kerajaan, NGO dan sebagainya demi memastikan segala keperluan mereka ini sentiasa terbela.

Semoga sumbangan ikhlas tuan/puan akan mengeratkan lagi ukhuwah serta menyuburkan rasa kasih-sayang di kalangan kita dan mendapat nilaian di sisi Allah, agar mendapat keredhaanNya untuk keselamatan di dunia dan di akhirat.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi;

LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU
No. 9954, Jln BBN 1/3G, Putra Point Fasa 2A, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus

Setiap sumbangan melebihi RM1,000 boleh diberi resit pengecualian cukai pendapatan atas permintaan. Ruj : LHDN 01/35/42/51/179-6.5132

Cikgu Mustaffa Kamil b Ahmad (018-2183001)
Ustazah Normala bt Muhammed (013-2931490)

Tuesday, October 26, 2010

Rebate on PB.. Jom beli cepat..

Tinggal 4 hari aja lagi rebate untuk Premium Beautiful



Banyak tau ........ RM 225 (sikit ko)



Boleh tanya macam2 kat ain.. Ain bukak 'kaunter pertanyaan'...

Antara soalan2 yang populer!!!!!


*Boleh tak I pakai girdle nye je?

effectnya takkan sama, as Long Girdle akan menolak semula lelemak ke atas.. and u end up having a muffin top... u mesti x nak kan?



*I lahirkan anak secara c-sect, boleh tak pakai PB ni?
Bolehhh!! Tapi lepas luka jahitan sembuh..



*Kalau i duk overseas macam mana?
Boleh je i can courier it to yourdoor step. pilih je ape2 delivery services of your choice.



*Camner nak bayar?
is either CASH, Credit Card or also RHB easy installment plan.



*Berapa lama nak kena pakai?

minimum at 8 hours a day, and semasa memakai PB seelok2 nya minum 8 gelas air sehari.



*Harga berapa ye?

ok pricenye ialah RM2000 or RM2200 (size S-5XL), harga asal RM2600. plus u dapat lagi REBATE on top of that bermula RM225




*Lifetime Warranty tu cover ape?
Cover semua any defects koyak, cabut, patah etc. Kalau tergunting korset tu kena tanggung sendiri tauuuu



Jom!!!!!!!!!!!!!!! Kol j terus 012 332 0725

Tak baik = Not good

Dalam pada nak buat baik, ada jugak orang ambik kesempatan....

BENCIIIII!!!!!!!!!!

SEDIHHH!!!!!!!!!

BUAT JAHAT MASUK NERAKA TAUUUUU....


P/S : Mintak maap emo, sedih ni.....

Premium Beautiful - The Real Stories (Part 1)

Ok, Hari ni nak cerita pasal produk Premium Beautiful. Ramai dah pakai & ramai dah nampak keberkesanan nya... Ewah, cam promoter pulek!!!!






Yang orang tak tau di sebalik PB ni.. Aik! ada jugak udang disebalik batu????



Meh tengok cerita leader2 i ni... (ber i pulakkkkk)


Leader Hanis


Dia ni muda lagi baru 26 tahun tapi dah dapat macam-macam.. Bermula dengan pen & jam tangan...




Pastu layak pulak g trip. Yang g jalan2 yang tak tahan ni...
Japan 2009





Beijing 2010




Dapat kete pulak.. Adoiiiiiiii





Dan yang paling tak tahan bonus company bagi... Meh tengok
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





Uiks...... i tergoda...
Anyone interested nak jadi macam leader i.. ( i pun nakkkkk) call me k 012 3320725
*P/s: part 2 pun my leader jugakkkk..


Monday, October 25, 2010

Mari naik motor ada bunyik!!

Gambar ni masa kitorang pergi teman Mr Hubby main bowling dgn kawan2 dia kat Sunway Pyramid.. Sangatla boring kitorang tunggu, jalan2, lepak2, makan2 (ini tipu, mama ajer yang makan).



Jalan punya jalan akhirnya stopla kejap tengok ikan.. Waaaaa... Besar betul ikan (mama jakun ke anak yang jakun??) Ambik gambar kejap, posing sana sini... Done!!





Gambar seterusnya ... jeng.. jeng.. jeng....




Sapa kata kecik2 tak boleh tunggang motor??? Anak dara boleh!!






(Muka tanpa rela. Paksaan ok... Dipegang oleh Cik Su nya)
Ok... Jumpa lagi!!

Friday, October 22, 2010

I need motivation!!!!!!!

Entah mood apa la yang melanda sepanjang minggu ni.. Takda kerja yang bergerak ni.
Semua nya statik (read : aku statikk!) Tension mak nyah!!!!!!






Nak makannnn!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!








Ada sapa2 nak belanja??????? Donut pun jadik la



Motivation please!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, October 15, 2010

Buta ke tuli???

Aku tak paham betul la. Everytime nak balik rumah mesti jalan daru DUKE ke Jalan Kuching tu jem tak hengat punya...

Tak puas hati betul dgn Pak ***** yang duk letak motosikalnya ditengah2 jalan. Dahlah lane tu 2 jer, ko tutup satu. Tak tengok2 ke kat belakang ni nunnnnnn jauh panjangnya....

Elok dia takda dari ada.. Menyusahkan betolllll!!!!!!!!


Masa2 ni lah aku perlukan air bandung sejuk...


Motip?????

Tuesday, October 12, 2010

Meh tolong doakan untuk Kak Di

Aku ni tiap2 hari kalau masuk ofis mesti check blog Kak Di ni (click here)/selamberrr jerkk... (baca.. syok betul baca dia kutuk orang.. : aku peminat setia)


Hilang japp tension aku.


Alkisahnya Kak Di ni tengah sakit.. ada pulak sorang malaun ni mengutuk dia time2 dia tengah sakit. Aku pun tak taulah manusia sorang ni ada perasaan ke tak.. Mungkin dia nak kena musibah dulu baru nak insaf kotttt... Memang bengongggggg


Tak mo cakap banyak, meh doakan Kak Di ni sihat yer.... Boleh dengar dia celoteh lagi..


i loikeeeeeeee!!!!!!!!!

Thursday, September 23, 2010

Perangai Bermusim

Eeeeiiii.. Berangin betul badan dengan sorang so called 'kawan' yang disahkan mengandung baru2 ni. Tiba2 pulak taknak bertegur sapa ngan aku yang tak buat salah kat dia.. Tetiba nak muncung (aku memang ada rasa nak tarik muncung dia biar sampai sedepa, ha!! baru puas ati aku..)


Tak paham betul lah, aku pun pernah mengandung jugak, takda la mood swing macam tu.. Nak bersalin pun nak buat perangai tak senonoh cam tu... Eeeeiiii.. Aku tak doakan yang bukan2 kat ko pun dah cukup baik laaaaaaa!!!!!


Tak mo kawan sudah!!!!

Aku tak rogi pong!!!!!!!!!



End....

Wednesday, September 22, 2010

Raya!! Raya!!

Quick update on Hari Raya
It's me!!!!!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
--
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-





on my very first day raya.....
and my beloved parents..
taraaaaa.....






SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
&
MAAF ZAHIR & BATIN

Tuesday, August 24, 2010

Teringin la pulek...




Hish.. tak patut betul, baru pukul 5 dah teringin nak makan nasi lemak sambal udang.. Huiii.. mesti sungguh siok di samping nasi lemak panas2.. Ada pulak telur mata... t ak kira lah mata kerbau ke, lembu ke.. yang penting telur




Ada pulak ikan bilis n kacang tanah goreng.. ADuhhhhhhhhh..



(all pic google ok.. )
MODE NOW : LAPAR BANGATTTTTT