Tuesday, August 24, 2010

Teringin la pulek...




Hish.. tak patut betul, baru pukul 5 dah teringin nak makan nasi lemak sambal udang.. Huiii.. mesti sungguh siok di samping nasi lemak panas2.. Ada pulak telur mata... t ak kira lah mata kerbau ke, lembu ke.. yang penting telur




Ada pulak ikan bilis n kacang tanah goreng.. ADuhhhhhhhhh..



(all pic google ok.. )
MODE NOW : LAPAR BANGATTTTTT


Wednesday, August 18, 2010

Anak dara papa



Tadaaaaaaaaa........


Setelah berminggu2 entry tanpa gambar, minggu ni mana boleh jadikk, mesti ada gambar punya.. and as usual, gambar ni di capture oleh papanya Alya.. maklum anak kesayangan dia... elehhhh!!!


Alya sekarang bukan main mengada lagi dgn papa dia. Papa tegur sikit dah senyum.. kalau mama dia tegur siap pandang2 tempat lain lagi... Hohohoho.. dengki tauuuuu


Hari Jumaat lepas mak datang rumah nak tengok anak dara ni masa Mr Hubby g semayang Jumaat. Pulak tu Mr Hubby boleh bagi ceramah ringkas kat anak dara dia n britau nak g sembahyang.. Lepas anak dara nampak papa dia dah siap, dia bantai menangis tak hengat punya... macam tau2 jer apa papa dia cakap.. mak kata sampai sejam lah budak tu menangis.. End up aku ambik time off susah ati punya pasal anak menangis. Elok papa dia balik, siap gelak2 lagi.. Sakit ajer ati tau!!!!


Takper lah ni baru kau sorang Alya oiii.. Kalau ada adik lain kang tau lah nasib ko nanti.....

Friday, August 6, 2010

Apa punya payah nak menyusu??

Lagi entry tanpa gambar....


Semalam En Hubby kena menjaga anak kesayangannya sebab kakak yang jaga Alya tak balik2 semalam. Di bawaknya ke sana sini.. usung jugaklah anak tu.. Moncong2 molot si Alya...


Petang hari En Hubby ambik aku dari opis bawak sekali anak dara ni. Tetiba ada kawan nak jumpa kat The Curve. Oklah kan tapi sikit punya tak terurus anak aku, baju lain seluar lain.. Susu pun takda..


Sampai jer En Hubby pesan glah pusing2. Ingat kejap la.. Sikit punya lama, adalah sejam lebih.. penat mengusung Alya tetiba nampak stroller percuma (kena bayar deposit n tinggal driving license).. Fuhh!!! Lega mak ko Alya oiiii..


Dah jalan mamanya lapar, g McD makan, anak pun lapar.. arr sudah.. susu cap gantung adalah anak oiii. Aku carik port baikkk punya, selak lah apa lagi.. dia meragam pulak.. ke kanan ke kiri muka dia..

nasib baik tak ramai orang kat situ, kalau tak kes bogel sukarela mama niiiii...


Bila dah habis meeting, masuk kete terus baringkan dia, suap lagi susu gantung.. Fuh... dalam kete takpelah aku separuh bogel pun orang tak nampak kan????


Ingat lain kali aku nak bagi suggestion buat tempat menyusu untuk orang2 yang kena selak betul2 macam aku ni....



p/s: sebenarnya ada ke tempat penyusuan untuk ibu2 kat The Curve tu??

Monday, August 2, 2010

Akhirnya gelak sakan dia!!

Sementelahnya En Hubby telah pulang ke tanah tumpah daerahnya, makan tinggalkan aku anak beranak kat rumah bonda. Sebelum balik rumah mak lagi aku dah tau ada orang jemput kenduri kawen n tahlil.. Boleh dalam hati merancang2 bila nak balik, nak makan free punya pasal
Sungguh kurang sopan!!
Tapi dah namanya jemputan kawen.. Sapa suruh tulis Haji XXX & sekeluarga. Maknanya dia jemput sekeluarga lah kan.. Ha, tak kiralah anak ada 13 ke.. siap ngan menantu sekali.. datang ajer lah... Kan ke bila ada jemputan WAJIB datang.... redah je lah senah!!


Sesungguhnya makan kenduri kawen memanglah siok.. (padahal nasi minyak orang tu dah rupa cam pulut kuning, kuning gilerrrr)
Masa mengandungkan Alya lagi dah memang jadik habit aku ikut mak abah g kenduri kawen, terbawak2 sampai sekarang...
Dah tak berasap dapur hari tu..
Esoknya pulak, tengahari ada kenduri tahlil.. Makcik tu siap sebut nama adik beradik satu persatu suh datang, maka hukumnya???? WAJIB DATANG!!! (ye, memang pandai)
datanglah kita beramai2 siap bawak Alya lagi.. tengah2 makan (Alya duk dgn tuan rumah) dia menangis tersedu2, ntah apa yang sedih sangat..
Mama dia makan lah dgn cepatnya, salam makcik2 tu, terus balik rumah.. Ni memang betul2 kes datang makan ajer tak nolong2 dah....
Sampai rumah jer, boleh gelak2 lagi anak dara ku ini... Agaknya masa kat rumah makcik tu ramai sangat orang kot.. terkejut dia.. Apa pun.. Alya memang penyelamat mama.. hehehe tak payah tolong basuh pinggan..
owh!! Cantik betul perangai kannnnnnnn