Friday, August 6, 2010

Apa punya payah nak menyusu??

Lagi entry tanpa gambar....


Semalam En Hubby kena menjaga anak kesayangannya sebab kakak yang jaga Alya tak balik2 semalam. Di bawaknya ke sana sini.. usung jugaklah anak tu.. Moncong2 molot si Alya...


Petang hari En Hubby ambik aku dari opis bawak sekali anak dara ni. Tetiba ada kawan nak jumpa kat The Curve. Oklah kan tapi sikit punya tak terurus anak aku, baju lain seluar lain.. Susu pun takda..


Sampai jer En Hubby pesan glah pusing2. Ingat kejap la.. Sikit punya lama, adalah sejam lebih.. penat mengusung Alya tetiba nampak stroller percuma (kena bayar deposit n tinggal driving license).. Fuhh!!! Lega mak ko Alya oiiii..


Dah jalan mamanya lapar, g McD makan, anak pun lapar.. arr sudah.. susu cap gantung adalah anak oiii. Aku carik port baikkk punya, selak lah apa lagi.. dia meragam pulak.. ke kanan ke kiri muka dia..

nasib baik tak ramai orang kat situ, kalau tak kes bogel sukarela mama niiiii...


Bila dah habis meeting, masuk kete terus baringkan dia, suap lagi susu gantung.. Fuh... dalam kete takpelah aku separuh bogel pun orang tak nampak kan????


Ingat lain kali aku nak bagi suggestion buat tempat menyusu untuk orang2 yang kena selak betul2 macam aku ni....



p/s: sebenarnya ada ke tempat penyusuan untuk ibu2 kat The Curve tu??

No comments:

Post a Comment