Monday, December 27, 2010

Makan hangin post

Badan memang berangin kalau tak cukup makan.. Makanan kat opis baru sangat JAHUHHHHHHHHHHH berbeza ngan opis lama.. Tetiba nak appreciate nasi lemak best kat Klinik Mediviron Dataran Prima. sekali piknik dalam ofis, mak ai bau dia menyusuk ke hidung dgn nasi lemak daun pisang........ (kak, sy dah promote ni, len kali bagi nasi lemak free)




Motip entry untuk citer aktiviti masa jadi penganggur... G jalan2 kat JB. Hotel ni facing Singapore... Boleh la eksen lambai2 konon orang seberang tambak boleh nampak kiter.. Haram nyer.... Tapi eksen la katakan, orang tak pernah masuk Singapore, dapat lambai pun jadi la....




Nak upload gambar internet buat pasal.. Kejap ada kejap tak.. Geram betul.. Nasib baik mata mengantuk pasal semalam Alya batuk2.




Gambar akan diupload setelah internet yang telah di maki 'naik' nanti... Till then,, adios!!!!

Wednesday, December 15, 2010

Bestnya jadi penganggur jap..

Kalau ikutkan minggu ni bersamaan dengan hari Jumaat 17 December 2010 5.31pm, sahlah aku jadi penganggur terhormat... Aku suka beb.. Ingat senang nak jadi penganggur.. Orang lain taknak, aku nak.. 




PELIK TAPI BENAR




Bukan apa, lepas dari belajar dulu, hari ni habis sekolah, esoknya dah jadi cikgu ganti kat sekolah mak. Tak rehat pun.. Sampai la sekarang.. Alhamdulillah, murah rezeki aku tapi nak jugak rasa rehat.. Letih pikir pasal ofis jer..




Yang pentingnya, lepas kerja hari Jumaat terus nak balik Kuantan. Hari Ahad dah nak g JB bersantai (read : berpoya-poya dgn Mr Hubby). 










JB, HERE I COME!!!!!

Tuesday, December 14, 2010

Say NO to breast cancer.. Jom check breast anda



Actually ada ceramah pasal Breast Cancer hari ni kat ofis. Tapi aku dapat info dah hujung2 sebab tayar kena paku pagi tadi... Ramai yang datang, yang lelaki lagi suka topik2 ni... Ambik peluang jugek...



Ramai yang tak g buat lagi mamogram yang kerajaan duk canang2 tu.. ada orang buat sakit, ada tidak. Doktor2 and nurse2 tu kena tau la camner cara nak buat jgn bagi sakit.. kang serik orang nak datang..




Aku dah buat dah breast checking ni, tapi buat ultrasound jer.... confirm takda 'bunyik'... hehehehe
tapi kena datang lagi la lepas 3 tahun




Korang kena tekan2 macam ni tau.. Gunakan 3 jari comel korang tu....






Korang mesti tak jelas lagi kan.. Memang saja aku bagi yang tak jelas sangat tu.. Gambar yang kat bawah ni mesti SANGAT JELAS untuk korang.. 


Kalau tak jelas jugak memang BUTE MATA HATI.....






Perhatian untuk cik-cik abang yer. Knowledge ni untuk kaum wanita sahaja.. Tapi kalau nak tolong check untuk para isteri amat di alu alukan.. Jangan korang salah raba sudah, makan penampor jawabnya.


Promo sikit.. kalau korang yang duk kat Klang n kawasan yang sewaktu dengannya, g lah Hospital Klang. Doktor & nurse kat situ buat gentle sangat. 

Wednesday, December 8, 2010

Jalan2 sembarangan.. ambik gambar pun sembarangan jugak

Semalam ajak adik2 g beli barang Pak Usu yang nak balik asrama dah hujung bulan ni. So we all pergi One Utama la since lama giler tak menjejak kan kaki ke sana. Cakap lama sebab dari mengandung sampai habis mengandung, habis pantang, anak dah besar 8 bulan baru datang.. Hebat! Hebat! Wink* Wink*  Banyak simpan duit... hehehehe....


Lepas sopping, gesek kat kredit baru, g makan kat food court je sebab malas nak makan fastfood. Jalan2 lagi nak pergi MPH, terjumpa minah RAPUNZEL ni. Eksen kejap Che Ida nya suh ambik gambar.






Alya kalau pasal posing nak ambik gambar serah la kat dia.. Kalau ambik video dia pun sama.. Kalah mak kau Alya oiiiii...

Terasa sama cantik pulak anak aku ngan Rapunzel.. Rambut panjang nanti kita posing2 macam tu yer nak... (tak nak kalah jugak tu)...


Jalan2 jumpa pulak 'minah'ni.. Ambik gambar lagi...








Muka masam sikit.. tak boleh jadik, senyum sikit :)







HOHOHO!!!!!!!


Tapi masa jumpa  'minah' ni, dia pelik...








Apasal putih sangat mama????


Yer... mama ko tak cukup 'putih' kan???



Malam tu Mr Hubby nak makan lamb chop. Aku memang tak pandai nak buat la kan, so ke kedai la kita.. Tak masak lagi.. yuhuuuuuuu....


Tengah2 makan Alya menjerit sebab dia tak dapat makan + lapor tengok mama & papa makan + nak tidoooo..







Anak dara ni kalau dia nak tido memang main gentel2 telinga.. Yang pelik2 aja anak oi..

Monday, December 6, 2010

Si comel yang tak comel bila nangis




Alya memang tak boleh letak apa2 atas kepala. Kalau beli topi yang cantik2, ada bunga2 bagai.. takda mana nya nak pakai. Alang aku letak tuala main cak cak dgn dia pun dia tak berkenan tutup2 kepala ni. Nasib baik dia tak rimas tengok tudung atas kepala aku. Itu pun tangan dia bukan main laju lagi menggapai 'awning' tudung. Dah buruk jap mak kau Alya oiiii....


Tu gambar masa raya haji. Konon nak bagi keinsafan sikit kat anak aku, pakat ngan adik2 nak pakaikan Alya tudung... Che As jadi mangsa pegang dia.... hehehehe





Dah pakai tudung, comei pun... Tapi air mata bergenang2 ha.. Ini mak kau la punya idea..... Sabor je la...

Friday, December 3, 2010

Craving for pancake!!!



Ntah kenapa dari semalam teringin sangat nak makan pancake.

Nak kata 'berisi' tak jugak.. Alya yang teringin kot. hehehe

Meh nak kongsi resipi pancake.


3 sudu besar mentega
1 biji telor (grade A)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powdeer
1 sudu besar gula castor
1 cawan susu segar
secubit garam
1 sudu besar jus lemon (optional)



Ni cara yang paling malas.. korang blend semua bahan tu & biarkan 10 minit.

Pastu masak la atas pan.. Pandai2 lah korang ejas yer...


Esok pagi nak makan pancake la...

Thursday, December 2, 2010

Promosi terakhir ni...

Nak cerita pasal Premium Beautiful la, apa lagi kan.

Promosi berakhir 25 December 2010 untuk PB ni


RM 2000.00 sahaja


Lepas ni harga kembali seperti biasa

RM 2400 - RM 2600

Nak tau lebih lanjut, msg ain 012 3320725.

Wednesday, December 1, 2010

Jika anda dapat sindrom ini, anda serupa dgn saya.

Ha, apakah yang aku merepek kan pagi2 ni????


Ni kisah semalam la sebenarnya. Hari Senin petang tu aku dah berpinar2 mata. Macam melayang2 gitu. Ada rasa pening2 . Nak muntah. Kalau orang tanya macam2 rasa nak lempang (eceh.. yang ni aku tambah yer cik cik puan)..



Malam tu jugak g klinik. Muka dah pucat lesi. Nasib baik En Hubby yang tolong pegang Alya. Alya pulak nak bergomol dgn mama dia ajer. Nasib baik anak tak kena lesing ngan aku.. dgn anak kena bersabar kan.. kan...



Doktor check tekanan, sah low blood 90/65. Rasa2 nya ini kali kedua rendah macam tu. First time tu masa pregnant. Doktor suh aku check darah masa2 tu jugak, tapi memandangkan aku ni kan memang penakut nak mampus tang jarum ni, tak buat jugak akhirnya. Dapat ubat jer.



Semalam apa lagi tidoooooooo je la kerja nya. Pagi tadi elok rasanya tapi bila masuk ofis rasa berpinar2 balik.. Tandanya?????? (bos MC boleh balik tido kat rumah kan??)



Sapa2 yang ada tanda2 di atas, g farmasi beli ubat tambah darah....




Time to sleep.....zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....