Wednesday, December 1, 2010

Jika anda dapat sindrom ini, anda serupa dgn saya.

Ha, apakah yang aku merepek kan pagi2 ni????


Ni kisah semalam la sebenarnya. Hari Senin petang tu aku dah berpinar2 mata. Macam melayang2 gitu. Ada rasa pening2 . Nak muntah. Kalau orang tanya macam2 rasa nak lempang (eceh.. yang ni aku tambah yer cik cik puan)..



Malam tu jugak g klinik. Muka dah pucat lesi. Nasib baik En Hubby yang tolong pegang Alya. Alya pulak nak bergomol dgn mama dia ajer. Nasib baik anak tak kena lesing ngan aku.. dgn anak kena bersabar kan.. kan...



Doktor check tekanan, sah low blood 90/65. Rasa2 nya ini kali kedua rendah macam tu. First time tu masa pregnant. Doktor suh aku check darah masa2 tu jugak, tapi memandangkan aku ni kan memang penakut nak mampus tang jarum ni, tak buat jugak akhirnya. Dapat ubat jer.



Semalam apa lagi tidoooooooo je la kerja nya. Pagi tadi elok rasanya tapi bila masuk ofis rasa berpinar2 balik.. Tandanya?????? (bos MC boleh balik tido kat rumah kan??)



Sapa2 yang ada tanda2 di atas, g farmasi beli ubat tambah darah....




Time to sleep.....zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....

No comments:

Post a Comment