Wednesday, December 28, 2011

Wordless Wednesday


anak dara & chicken pox...


dah seminggu ni. cepatla sembuh ye nak


mama emo anak sakit lama-lama...




Friday, December 16, 2011

Kalau tak pasti jgn tokok tambah hukum

Salam Jumaat semua.


Gigih mengupdate blog dgn keadaan PC yg sedikit semput sekali sekala dia buat pergerakan slow, rasa nak lempar belakang bukit pun ada. Nampak nau tak sabar tuan punya blog.


Nak cerita pasal kawan2 yg suka tokok tambah hukum agama ni. Kadang2 walaupun org tu lebih tua dari kita tak semestinya hukum agama yg dia cakapkan tu betul. Nak belajar agama bukan dgn sorang guru je. Belajar la dgn ramai guru. Mungkin ada percanggahan antara guru yang ini dgn yang itu. Rujuk lagi dgn tuan guru yang lain. Bukan takda guru yang tak betul, ramai tau u ollssss.... Tak kurang yang suka tokok tambah hukum.


Ada la di suatu ketika org kata kat aku kalau pakai telekung sembahyang bukan warna putih semua tak elok (ok, dia cakap lain tapi aku sebut tak ok je kat sini sudah lah). So aku pun tanya, ada dalam syarat2 sah batal solat ke? Orang yang pakai jubah, stokin siap, kira cukup syarat tutup aurat nak solat tak boleh ke? Dia kata ustazah dia kata macam tu. Korek punya korek rupanya dia memang ikut ustazah ni dr dulu lagi.


Fine.


Aku kan senang, kalau tak boleh jawab soalan aku kat atas u tadi, aku kira org tu terlebih sudah bab hukum ni. Pun tak la kata aku pandai sgt bab hukum ni. Tak tau aku rujuk kat mak abah. Mak abah tau sure atau bercanggah hukum, rujuk kat ustaz. Rasa nak pandangan lain, carik ustaz lain pulak. Habis cerita.


Satu lagi bab salam. Kalau aku masuk ofis aku mesti bagi salam. Bagi salam yg singkat je la, tak la penuh. Pun kena tegur jugak. Katanya tak betul & org yg dengar tak wajib jawab salam aku. Kali ni oleh kerana aku tau dah org ni macam mana malas nak berbahas la. Kang lain pulak jadinya.


Pun ustaz2 yg ada facebook ni, bila org bertanya hukum jgnla jawab yg singkat je. Melainkan hukumnya jelas haram & halal. Kadang2 ada macam2 condition, jelaskan la betul2. Mazhab ni kata gini, mazhab tu kata gitu. Orang tak konfius. Pun follower pun jgnla taksub sgt dgn ustaz masing2. Belajar 2,3 guru kan elok. Banyak ilmu dapat.


Okla, nak buat kerja rumah pulak.




Thursday, December 8, 2011

Saat diberikan kesakitan

Barulah kita menghargai kesihatan kan??


Hi all. Baru nak mengupdate blog kan? Sempat jugak memjengah blog2 lain dulu. Mana tau ada mood nak cerita.


Masih lagi mabuk tapi tak seteruk 2 minggu lepas dan harapnya semakin baik. Tapi masih lagi rasa pening2 dan sekali sekala sakit kepala lebih2 lagi minggu ni. Salah makan sikit sakit kepala dari pagi sampai ke malam. Nasib baik memang mintak ubat awal2 dr doktor, jadi tak la takut sgt nak makan ubat. Ada minyak cap kapak yang biasa pakai pun macam tak lut. Angin dalam badan toksah cakap la. Sentiasa ada. Kalau En Hubby ada boleh transfer angin. Kalau ada kat rumah mak, ada adik yg boleh tolong.


N sejak2 jadi surirumah tangga sepenuh masa ni rasa cam lamba je masa berlalu. Nasib baik cuti sekolah, ada banyak rancangan tv best belah pagi. Petang la bosan sikit.


Ye, terpaksa berhenti kerja sebab minggu pertama aku kat tempat kerja baru, aku baru masuk 7 minggu. Mabuk yg teruk & condition ofis yg tak berapa best (kilang lama convert to office) & diorang pun ada operation kat kilang. Gaji memang la sangat best sebab company US tapi sebab ada yang makan 'ba alip ba ya' aku memang tak boleh tahan. Duk dalam aircond lagi, korang bayang la bau dia. Plus kena turun naik tangga version sekolah. Aku turun naik sekali dah cukup buat aku mencungap. Pucat kejap muka. Nasib baik bos adalah yg sangat baik. Tak tanya banyak & agaknya dia nak tahan pun tak boleh kan.


Yang paling seronok, mestila anak dara. 2 minggu duk ngan aku dia dah jadik mengada2. Sangat mengada2. Takpe la dia sorang masa ni, kalau dah ada adik buat perangai macam tu mintak izin bapak dia cubit anak la jawabnya.


Dah dekat sebulan duk rumah ni ada rasa nak kerja balik tapi mana ada company yang nak ambik perempuan memboyot kerja kan? Nanti la, ingat nak google2 kang mana tau ada rezeki.


Okla u olsss.. Take care....





Monday, November 28, 2011

Mehla kita update sikit..

Salam Maalhijrah semua.......


Bersiar langsung dr rumah ni....ok,gedik kan?


Aku tengah mentry buat post dr Samsung Galaxy Tab. Sungguh la aku tak paham cara memakai benda gadget2 ni. Susah benau nak menaip pun. Alang kalau dr laptop pun aku terkial2, inikan pulak gadge2 cam ni. Akhirnya aku save dulu post aku ni, aku bukak balik kat desktop.


Senang, Ringkas. Tak semak kan pikiran aku.


Hormon tak berapa nak stabil. Bukan 2,3 kali ingat dah nak post something tapi penyakit MALAS sampai. Tak boleh nak concentrate lama2 depan PC. Kadang2 naik menyampah.


Alamak korang, dah tak boleh nak cerita. Esok lusa tulat tonggeng aku cerita la yer... Tak siok la tak da gambar....



Bye......


Thursday, November 17, 2011

Tuan blog tak sihat, harap maklum...

Dah nak masuk bulan ke 3 ni mabuk adalah tak tentu kala. Jap rasa mabuk, jap lagi rasa ok. Tapi kepala rasa bingung je. Low blood punya pasal. Pulak tu bukan jenis yang makan hati lembu, kerang untuk tambah darah. menyebut pun dah tak lalu.


Pagi2 nak bfast dah memikir makanan apa yang boleh masuk. Kang tengahari pulak. Malam lagi. Mujurla anak dara ok. Cuma manja la pulak sekarang. Memanjakan diri sendiri. Dapur pun lama dah tak berasap. Nasib baik En Hubby ok.


Okla ye. tak larat nak update dah. Ada story nak cerita. Later k.





Friday, November 11, 2011

It's all about attitude

Okla, pagi ni nak cerita sikit pasal attitude orang2 kat HR department secara specific sebab aku rasa orang HR ni kena handle human, so kalau takda attitude yg betul macam mana ko boleh duduk kat department tu.


Aku bagi contoh yg aku baru alami sendiri la ye. On my first day masuk dia bagi replacement offer letter sebab ada typo error tapi sebab typo error tu kat page no 1 (perhatian ye, page no 1 dah salah, offer letter ni!! ) so fine la kan. Aku ambik je. Tapi original letter of course aku tak sain, sebab tak setuju dgn terms. Dia marah pulak (1st day dah kena marah u olls) knp tak sain. Aku pun mula la kan. Pagi2 lagi ko dah buat hal saje la tu.


Aku :  I will only sign valid copy.


Senyap kawan.


Dah memang dia salah. Who cares kalau dia duk HR pun. Aku betul kan? Aku tak marah dia surat salah dah cukup baik. Plus, at the 1st stage dapat kerja dia tak agree dgn gaji yg aku mintak. Katanya dorang pun ada benchmarking sendiri.


Pedulik dgn benchmarking. Apa kaitan dgn aku? Ko dah letak range, aku mintak ikut range la kan. Aku punya agak ( ni dah jahat la kan) pasal aku Malay ko nak buat benchmarking?


So, korang tau la ye, orang HR yang ni bukan Malay.


And by the way knp guna perkataan benchmarking?


Dah la muka ketat.. Tak suka tau...


Aku teringat masa kat company lama, ada sorang kakak HR ni pun orang tegur pasal tak senyum. Kita tak harap la ko tersengih 24 hours tapi bila selisih berjalan, apa salahnya bertegur sapa. Senyum paling tidak. Bila orang tegur depan2 br nampak perubahan. Kan elok macam tu.


Barula sejuk hati masuk HR department kan?? kan???



Thursday, November 10, 2011

Rutin yang baru

Fuh.. fuh...


Lap habuk jap.


Sorry guys lama tak update blog. Last week sibuk dgn habiskan sisa2 kerja yang terakhir. This week sibuk dgn tugasan baru pulak. Yup, tempat baru, kerja baru & bos baru.


Gaji pun baru. Syukur pada Allah... :)


And rutin setahun sebelum ni berubah tetiba dgn kn bangun awal2 pagi lagi. Pukul 8 dah ada kat ofis tapi yg sioknya balik pukul 4.30 ptg. Maknanya paling lambat sampai rumah pun pukul 5.30 ptg. Sempat la menggodek rumah lebih sikit tapi tetap tak masak ok. Nama pun berbadan dua.


Alhamdulillah, it's nearly 7 weeks now.


And time untuk wek.. wek pun bermula. But this time morning session ok sikit compared to last time pregnant. Pagi kena makan berat. Kuih muih, roti tak main la. Then, makan tengahari pun awal. Jam 2 dah start lapar balik, mengagau carik makanan. Semalam mintak En Hubby belikan Nesvita. Boleh la tampung sikit2 sebelum sampai rumah. Kang sampai rumah makan lagi. Gila makan pulak, tapi portion sikit pun cukup asal kerap. My 1st & 2nd day En Hubby hantar la kerja, lepas tu g sendiri la kan. Kesian la pulak. Kalau muntah teruk baru nak mintak hantarkan...


Okla, nak update itu je. Harap maklum kalau tengok blog terbengkalai kejap maknanya tuan tanah tak cukup tangan nak menaip.



Take care all!!!



Wednesday, November 2, 2011

Tuesday, November 1, 2011

Anak dara kami lagi



Ini rupa orang merajuk bila mak bapaknya duk berdua-duaan. 
Aksi yang pertama lagi tak tahan, dia boleh peluk betul2 mesin basuh tu. 
Bila aku g jengah dia pandang. 
Aku pun nakal, patah balik kat bapak dia. 
Dia nampak, lari balik sambung peluk mesin basuh.



Kuat jeles betul anak dara aku. Ikut sapa la agaknya (ehem2)





Monday, October 31, 2011

Aktiviti hari cuti

Lately rasa tak larat je. Kalau duk kat rumah tak kemana2 rasa panjangnya la masa. Pagi2 hari Sabtu (tak sempat bfast) lagi dah tanya En Hubby nak keluar ke tak. Tetiba En Hubby ajak g Ikea. Kita on je la. Tapi sebelum pergi tu siap kemas rumah, vacuum segala, sidai kain & dah lap2 meja, baru boleh keluar. Kalau tak, memang balik tu karang rasa tak best.


Masa jalan2 kat Ikea tu boleh feeling2 nanti nak beli itu ini, padahal bukan ada banyak ruang pun kat rumah tu. Rumah aku kan sekangkang kera. Lari sikit dah jumpa dinding, lari sikit lg jumpa dinding lagi. Tapi yang bestnya senang nak kemas & senang nak jerit kat Alya. Asal dia buat sepah, aku dah nampak. Nak lari masak sambil tengok TV pun boleh. Tak la penat.


Balik rumah sebelum Zohor, makan kat kedai la tengahari tu. Masa kitorang makan Alya tido, dah habis makan br dia bangun. Sampai aje kat rumah aku & En Hubby ni dah letih. Anak dara of course la cergas, sebab dia dah tido. So aku layan la anak dara main kat ruang tamu sambil tengok TV. Tapi TV tengok aku, aku bantai tido. Ntah apa Alya membebel sorang2 sampai pukul 4. Bila aku terjaga, aku ajak tido.. eh dia pun ajak masuk bilik. Apa lagi cergas mama dia bangun masuk bilik.


Papa dia pulak pasang aircond masa tido.. Kalau papa dia suh tido nak pulak anak dia ikut, kalau aku? Sikit tak takut. Anak dara tido sampai pukul 6 ptg. Ngantuk punya pasal.


Lepas makan malam adik msg kata nak datang pagi Ahad. Apa lagi operasi melipat baju la. Kang esok adik tengok ada pulak yang duduk beramai2 melipat baju tak ke malu. Aku memang malas betul melipat baju, tapi kalau dah start memang clear habis. Habis je operasi boleh berteleku kat En Hubby mengadu penat.Dah rupa macam orang mintak ampun di hari raya. Sangat mengada kan?? Masa ni anak dara kat bawah kerusi meja makan. Jeles tengok mama papa dia duk berdua2an.


Ha, dah la tu. Bencik betul bila cerita takda gambar. Tepon tertinggal kat rumah. Sikit lagi tepon tu nak jadik sejarah, asik kena baling dek anak dara. Berderai. Lepas baling senyum. Apa dia ingat kelakar ke???


Adoyai..




Friday, October 28, 2011

Anak dara demam, tak sedarkan diri.

Hari Rabu anak dara demam panas. Actually dr hari Ahad lagi tapi malam Selasa tu br teruk. Eventhough dah g hospital hari Selasa & dapat antibiotik, demam dia masih tak berkurangan.


Pagi2 Rabu tu dia dah bangun awal carik papa. So dia pun keluar carik papa dia kat ruang tamu. Lepas tu En Hubby masuk bilik semula dengan anak dara yg dah lentok. Aku kejutkan pun tak bangun. Of course aku cuak. Ada la dia menyaut hujung2 tapi lepas tu senyap.


Masa ni dah bergenang air mata. Aku kan heroin Hindustan sikit..


Sikit jeeee.. (tak nak ngaku jugak kan?)





Tubuh dia lembik betul masa ni. Time nak tukar baju sebelum g Hospital Selayang tu pun dah tak larat sangat.


On the way nak g hospital tu aku duk penang nadi dia. Bimbang. Mula la macam2 benda pikir dalam kepala. Cuak, sungguh aku tak pernah cuak macam ni. Lagi2 anak sendiri. Dah la pagi tu masa dia kat papa dia, papa dia kata anak panggil. Aku masih kat bilik tak sihat kepala,  so buat dunno je la. Kalau la berlaku apa2 tak ko rasa bersalah??


Lepas doktor kata result darah ok, kami sangat2 lega. Mungkin dia lemah pasal antibiotik. Yang paling lega dia mintak susu. Lapar sangat agaknya, dia minum 2 botol. Botol ke 2 tu dah tak larat nak habiskan semua. Itu pun dah cukup banyak. 


Pagi tu lepas sampai rumah, anak dara kemaruk nak makan. Mak ngah dia bg makan nasi minyak & telur rebus. Pastu makan macaroni pulak. Huih.. Boleh tahan..



Untuk those yg duduk kawasan2 red area denggi ni, g la cepat2 test darah kalau demam tak surut 3 hari. Toksah la tunggu lama2. Sekarang ni bukan boleh kira. Hari ni ada, esok dah takda. Nauzubillah...




Thursday, October 27, 2011

Ini contoh orang yg tak takut Allah

Aku dah kerja kat macam2 tempat. Macam2 orang yang aku jumpa. Dr yg tak solat, tak puasa, zakat tu lagi la kan. Yang buat zina tak habis2. Yang gugurkan anak. semua ada. Yang buat hubungan songsang pun ada. Yang minum arak tu toksah kira la kan. TAPI, alhamdulillah tak jumpa lagi yang persoalkan hukum Allah.



Tapi mamat  dalam cerita (bukan penulis artikel tau) ni memang berani mati statement dia. Boleh tanya pulak mana hukuman Allah pada dia kat dunia. Boleh?????



Malas nak cakap banyak, korang baca la sendiri. Aku rasa dia tak tengok rancangan TANAH KUBUR kat ASTRO. Kalau dia tengok baru ada rasa insaf kot. Takda la dia tanya mana hukuman Allah kat dia.


pic google


Aku kesian kat mak abah dia je. Sia2 dapat anak macam ni.



Ya Allah, jauhi la kami & anak-anak kami dari kemaksiatan.




Wednesday, October 19, 2011

Meh tengok little tiger berendam.. errrr mama tiger sekali

My anak dara aka my little tiger sangat suka air. Kalau dibiarkan dia main air boleh makan jam.

Last week aku memang nak sangat g berkelah. Mula2 cam nak g kat Kalumpang Resort tapi lepas tu En Hubby suggest yang lebih dekat. So pagi Ahad lepas kitorang gerak g Hutan Lipur Lentang. Makanan pun bawak yg simple2 j. Ada mee goreng, jemput2, ada donut (En Hubby beli). Takda yang beria2 bagai.



Jom tengok gambar..







Ada kawan baru. Kebetulan nama dia pun alya jugak. 










Muka excited gila dapat pelampung.




Dia sejuk dah...




Alya cuak masa aku letak dia macam ni. Tapi lepas tu selamba je muka dia.








Aku : Dah la tu. Jom makan dulu.

Alya : Ta nak




Masa makan pun tak lepas pelampung. Siap peluk lagi. 








Dapatla 4 round anak dara main air. Rendam kejap, partu naik makan. Then sambung lg.


Yang bestnya masa budak2 ni tengah main ada la satu bola (kawan Alya punya) yg tercampak jauh. So, ada sorang kakak ni cakap kat anak dia.


'Bagi balik kat KAKAK baju merah tu'


Jom kita tengok sapa KAKAK tu..





Owh lega.... Nampak muda lagi aku ruponya.... Hehehehe


Indahnya dunia....



Monday, October 17, 2011

Asal Senin je boring. Asal boring je Senin. Jom balik nak??

Dah la kome. Tutup le komputer tu. Bos bukan ada pon.



Moh kita balik.



Sekian, terima kasih....





Hahahahahahah... sapa suh korang baca??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Bencik kan???




Meh kita tengok gambar nak???




jalan-jalan kat tempat main layang-layang @ Kepong





anak dara lagi






mama, sudah-sudah la tuuuuuuuu....



ok.. nanti kita update cerita g air terjun pulak



Wednesday, October 12, 2011

Friday, October 7, 2011

Cerita lagi, dan lagi, dan lagi... pasal budak2 ni lagi la.. aiyoooo

Okla korang tertanya2 knp ramai sangat yg datang interview. Company ni ada buat outsource untuk TELCO industry. Ha, sapa yang carik kerja in TELCO industry, meh email aku.


Pun mesti korang tanya knp asik aku j yg jawab tepon. Sebabnya tepon ni kat meja sebelah aku (main line). Kalau orang sebelah takda, aku angkat la. Kalau aku takda orang lain pulak yang angkat.


Aku bukan receptionist ok. Nak kena lempang meh la tanya.


Ini kisah semalam. Situasi 1,

Aku : Hello.

Adik : Hello. Saya dah sampai depan Pusat Perubatan Rahmah. Macam mana nak g sana ye?

Aku : Akak tak tau dik.


Sorry la dik, ko carik la sendirik. Pusat perubatan tu pun aku tak pernah dengar camno nak tolong. Ko kat mana pun ko tak tau. Nak carik landmark pun biar la bebenar sikit.


Selepas budak tu kol, sakit kepala menyerang. Dan call2 selepas itu kalau takda org jawab, aku angkat & transfer terus ke tempat lain. Mintak maap la kome, can't take it anymore.


Bila tengok budak2 ni datang interview pun kadang2 sakit mata. Cara berpakaian takda problem sangat. Cuma rambut masing2 tu jagalah sikit. Kalau letak minyak sikit kat rambut tu nampakla senonoh sikit. Eventhough aku tau budak2 ni fresh lagi tapi masa kat U kan dorang ada ajar macam mana attire nak attend interview. Apa yg kena bawak. Salinan sijil & resume. Jgn la kitorang pulak yg buatkan salinan. Sapa yang nak keje ni?


Yang jawab test pun satu hal. Kat situ dah ditulis tandakan 1 jawapan sahaja. Tanda 1 sudahla. Ini tak, dia tanda semua jawapan. Pastu kalau takda jawapan dia letak E kat hujung borang jawapan.


Apakah?????



And ada certain2 time memang ramai sekali yang datang. Kalau perempuan duk rapat2 aku boleh terima. Kalau lelaki duk rapat2????



Goli dennnn!!!!!!!!




Thursday, October 6, 2011

Macam2 hidup berjiran

Sapa suka duk rumah bertingkat, angkat tangan???


Tak kisahla rumah tu ada 2 tingkat ke, 5 tingkat ke, empatbelas tingkat ke, asalkan bertingkat. Angkat tinggi2 please!!!!


Banyak cobaan kan tingkat rumah bertingkat ni. Rumah yang kitorang duduk sekarang is actually rumah bungalow besar yang ada 4 pintu. Pintu masuk asing2 tau u ollsss. Bukan satu pintu besar ada 4 bilik. Lain benar maknanya tu. Kawasan ni memang kebanyakan rumah mesti bertingkat & rapat2 la jugak. Tapi still ada ruang boleh main2 & parking kete.


Masa mula2 duk sini, selalu dengar orang menumbuk pakai lesung batu. Malam pertama ok la. Esoknya ada lagi. Eh tulat ada lagi. Kang bawak sampai ke minggu depannya. Dalam hati rajin benar jiran atas ni buat sambal belacan tiap2 malam. Bila borak2 dgn jiran baru tau dia tak masak pun malam. Arr, sudah, sapa pulak yang menumbuk sambal belacan tu????


masak kak???



Rupa2nya, oleh kerana rumah pun dekat2, kita mungkin dengar orang2 sebelah menumbuk. Sama la macam dengar suara budak menangis. Rumah atas ada baby 2 orang. Rumah sebelah pun ada baby jugak. Duk dengar baby menangis hari2, aku pun memikir takkan la baby ko hari2 nangis macam tu. Rupanya baby2 ni take turn.


Pandai korang ejas ye.



Sama la kalau orang atas kita ada anak berderet2 & semua nya lincah2 belaka. Bunyi dah macam bersilat kat atas nun. Bayangkanlah macam mana perasaan orang kat bawah ni ha. Jap jap terkejut. Kalau tiap2 malam? Boleh tensi kan???


Ada satu malam tu anak dara tengah tido dalam bilik & tiba2 dia menangis. So aku pun masuk la pujuk & dia tido balik. Rupa2nya anak jiran ni duk bising2 (biasala kan budak2). Anak dara pulak jenis yang tido awal.
Tiba2 anak dara menjerit




'BETULLLLLL'




Siap angkat tangan lagi. Pastu sambung tido.


Boleh teringat kat Upin Ipin dia lagik tu. Bertuah punya anak!!




Kalau tak tau, tak payah komen pasal hukum hudud. Duk diam2 sudah

Rasanya sepanjang minggu ni semua duk hentam pasal artis yang jawab soalan pasal hukum hudud. 
Aku pun pelik, wartawan yang nak tanya tu pun tengok2 la sapa yang korang tanya. Ikut suka hati je. Dah tau jawapan dorang agak2 dah ke laut, toksah la masukkan dalam paper. Tak ke memalukan artis tu jugak.


Kita yang baca pun tensi tau....



Korang baca sendiri la kat sini










Apa pun, suka sangat komen Wardina





Kredit to Beautifulnara & google search.