Monday, January 31, 2011

Aku tensi!!

Sejak2 Alya demam ni, aku payah betul nak tengok tv. Tengok memanglah tengok, tapi tengok2 ayam (pernah korang dengar). Macam mana nak tengok, budak kecik tu kalau takda orang kat dia, kang merengek. Masa demam ni takpe la, aku layan jerrrrr..


Sabtu lepas bawak la anak dara ni g Putra Medical Centre. Demam tak hilang2 lagi. Dah jumpa doktor, dia kata dia dengar macam ada bunyi kat sebelah kiri paru2 dia. Kena buat x-ray. owh, sebelum tu ambik darah dulu. Melalak anak dara aku... Mr Hubby yang pegangkan. Doktor tanya " bapaknya ok??" hahahahaha.... Aku pulak duk pegang belakang Mr Hubby... Padahal aku pun cuak anak melalak.....


Masa g x-ray, bogelkan anak dara, dia melalak lagi. Tapi kali ni tak lama. Bila jumpa doktor, dia kata ada infection sikit sebelah kiri paru2 tu tapi not that bad. Dapatla ubat antibiotik untuk 3 hari.... Lega. Kalau tak tak tido lagi la mama kau...


Balik rumah petang tu tiga2 beranak tido keletihan. Yang terlebih letih nya aku. dah berapa malam tak tido lena, anak demam punya pasal. Ingat malam tu boleh la tengok TV macam biasa. Tiba2 mamat ni pulak buat hal....






Tensi betul tau. Orang sibuk nak tengok berita dia je.. aku nak tengok rancangan aku jugak... potong mood betuuuulllll. Nasib baik aku sakit kepala, sakit tekak (batuk punya pasal)..


Aku lastik mamat ni baru tauuuu..... Owh BONES!!!!!

Friday, January 28, 2011

The 39th Restaurant

Jumaat 2 minggu lepas, En Hubby ajak g makan kat the 39th Restaurant. Dulu2 pernah lah google restoren ni tapi tak pernah pergi. Nampak siok je masa buka posa. Yang lagi seronok nak tau sapa????




 suka benor main dgn kain alas tu.. dah macam iklan soflan anak aku




siap geram2 lagi gigit kain







sekejap je dia ralit main kain, pastu sibuk nak makan jugak......







yang ni kat lobi hotel... 


gambar aku macam biasa lah mana ada.. mama tak glamour dah sekarang
semua gambar anak aje.....





Wednesday, January 26, 2011

Bila si kecik dah membebel

Senin & selasa cam senyap jap rumah. Alya kena demam  panas, selsema n batuk. Pagi semalam dia rasa tak selesa kot, nak berpeluk je, baring taknak. Aku yang nak g kerja pun seba salah. Nak ambik MC, esok aku nak cuti ada interview kerja. Dah la baru masuk kerja asik MC jer, sekali dapat surat berenti kerja tak pasal....


Semalam Mr Hubby bawak Alya g klinik & pakaikan cool fever. Alhamdulillah, nampak perubahan. Cuma selsema tu la.. Sian dia tido tak selesa. Malam tadi ntah kenapa ngantuk sangat (kes malam kelmarin duk jaga dia sambil layan FB), Mr Hubby balik pun aku tak perasan. sedar2 dia siramkan air asam jawa kat kepala anak.


Pagi dia dah sengih2, dah start membebel balik. Kalau orang lain membebel aku tak suka, Alya membebel aku senang hati.. Takpe, buatla nak sampai mama ko ni larat nak dengar....


Meh tengok gambar si mata bolat.








Mama cayangggggggg Alya...

Tuesday, January 25, 2011

Macam2 soalan pasal PB (part 2)

Ok, kali ni nak sambung lagi pasal soalan2 glamour pasal PB ni.


Ada kesan sampingan tak?

Yang ni kalau ikut aku punya experience, minggu pertama & minggu kedua tu ada rasa pening2 sikit. Tapi aku minum air memang banyak. Kalau lompat2 memang bergegar la air dalam perut .

Toksah bayangkan, tak cantik pun...


Apa perubahan pertama yang aku rasa?

Masa start pakai tu aku cuba seluar sebelum bersalin. Sebelum pakai PB boleh butang tapi nak zipkan nya tu hazab. Punya la payah. Ko tak payah cuba2 tahan nafas la, tak jadiknya. Lepas pakai PB, boleh zip secara lancarnya.. dan dan aku rasa kurus padahal baru first day... Yang ni aku jamin ramai yang dah cuba PB setuju ngan aku...

Pastu aku rasa kemas je dari tang perut ke punggung.. Sebab korset ni duk elok2 kat badan, rasa syok je. Dah tersorok semua daging2 yang lebih tu. Rasa badan ringan.


Berapa lama baru nampak kesan?


Yang ni sebenarnya depends pada tubuh masing2. Macam aku pakai sebulan (dalam tu ada on n off jugak, time aku tensi, perut memulas ko giler nak pakai PB. Tercirit aku dalam korset tu. Tak pasal) turun 4 kilo. Yang penting sebenarnya kalau konsisten pakai boleh turun banyak. Benda ni kena disiplin. Ko nak kurus, ko kena usaha la. Duk tengok je korset tu tahun bila nak kurus???


Kalau taknak ambik 1 set boleh?


Boleh takda masalah, tiada paksaan. Tapi kalau korang ambik seluar dia, aku suggest ambik bengkung sekali sebab bila pakai seluar , lemak2 kat pinggang dia akan tolak ke atas. Jadi tak cantik pulak la kat pinggang ko kan??? Bila pakai seluar n bengkung, nampak cantik je bila pakai seluar.



Yang penting pakaila max 8 jam. Aku tak suggest orang nak pakai lebih dari 8 jam sebab tubuh kita pun perlu rehat. Korang kalau kena kerja lebih masa pun komplen kan??? Pandai2 la ejas yer....








 tak ke korang jeles? anak 2 body sikit punya cantikkk......





biru kejap mata coklat ku....


Ada lagi nak tanya boleh email ke nurulainnozirin@yahoo.com.my atau msg/kol 0123320725.

Monday, January 24, 2011

Kalau busuk hati, mulut pun busuk

Ada terbaca satu entry kat satu blog ni. Kisah orang dengki mendengki. Dengki orang tu cantik. Dengki orang tu upkan diri dia. Dengki rumah dia cantik. Hakikatnya kalau memang cantik, kita admit ajerla...


Teringat seorang makhluk Allah masa sekolah2 dulu. Serumah, sekelas. Tapi tak sangka dengki kat aku. Nak kata hebat sangat sampai nak dengki tak jugak. Dia terror lagi.


Cam ni kisahnya.


Masa belajar dulu, aku ambik kelas Mandarin. Sem pertama ok. sem kedua  for sure la aku nak duk ngan kawan2 yang sekelas masa sem 1. Dah lepas daftar sama2, esoknya masa nak confirmkan semula,. aku tengok nama aku kena potong n masuk kelas lain. Pun tertanya2 kenapa pulak... Dipendekkan cerita aku ni cerita la balik kat kawan2 serumah ni. Dorang pun macam terkejut la. Sedih la masa tu sebab kena duk kelas lain.


Tak lama lepas tu ada sahabat yang cerita dia nampak sapa yang potong nama aku tu, tapi demi menjaga persahabatan aku n makluk Allah ni, dia  diamkan. Sebabnya aku kawan ngan dia ni dah lama. Tapi akhirnya lepas aku paksa jugak, sahabat ni britau la.. Terkejut aku. Sampai nangis2 la tak paham kenapa dia buat camtu.


Malam tu aku face to face dgn dia. Dia dengan selambanya mengaku dia yang buat dan tak rasa bersalah langsung. Tak nak mintak maaf. Aku tanya kenapa dia kata dia tak suka kat aku tapi aku tak tau kenapa.. Yang pasti ini semua pasal DENGKI.


Akhirnya, hujung minggu tu jugak aku pindah keluar dari rumah tu n join sahabat aku, ANA KECIK. Ada nama kecik sebab dia kecik orangnya. Aku appreciate sangat sahabat yang sorang ni sebab kalau tak kerana dia yang bagi support aku memang down giler tak tau dah nak cakap macam mana....


Sampai sekarang aku tak boleh nak memaafkan makhluk Allah tu 100%. Ye, sebab aku bukan insan yang perfect, maka makhluk Allah ini antara yang akan aku ingat sampai mati.


Dan aku masih menganggap mulut dia busuk macam hati dia...


Morale of the story, jgn buat jahat kat aku. Aku tak ampunkan baru korang tau... Carik la aku kat akhirat sok.



P/s: Hari ni emo sebab Alya demam & aku pun rasa tak sihat....

Friday, January 21, 2011

Oh, No! No! No! No...

Si kecik Alya memang takda kerja lain sekarang... Dia suka sangat naik sofa and then menjatuhkan diri dia ke bawah.. Nasib baik aku memang letak bantal besar 2 kat bawah sofa. Tak tau takut pulak tu, mama kau je yang lemah semangat.. Lagi lemah semangat bila papa dia tau, mama kau yang kena marah...




Tak pasal....




Takpe jugak, kalau kat dapur dia jatuh2kan periuk2 yang memang kental (nasib baik).. dah jatuhkan boleh pandang kat aku, nak tengok kalau2 aku marah kat dia...... Mama kau terbeliakkan mata, kau senyum je kan nak....




Nasib baik anak aku, kalau anak jiran sebelah aku dah naik hangin punya.




Baru 2,3 hari ni dia sangat lawas, pagi berak, petang berak sampai  terkeluar2 la... Lepas berak senyum... Mama kau  & Che Idah ni jugakla yang tahan nafas, busuk nya masya allah.Kalau dibiarkan pampers tu kat dalam bilik air sejam, mama kau boleh pengsan!!!!!!!!!!!




Pitam tak sedarkan diri sekejap...




Pelajaran baru yang dia dapat geleng2kan kepala.. Kalau aku kata no, no, no, no.. dia terus geleng2kan kepala...tengah makan pun boleh geleng2kan kepala, tapi mama suap ko ambik jugakkkkk..

Tuesday, January 18, 2011

Jalan2 g Johor

Aku beria2 la hari tu nak update gambat, tak buat2 jugak ... Ni dah jumpa kabel boleh le meng update....





Alya dalam bilik.. 





 Aku nak naik yang ni sebenarnya tapi maluuuuu....




 Arrrr... gambar yang ni clear sikit kudanya.....
Kalau aku naik bawak alya nampak sangat over.. anak nak naik ke maknya???





 Mama interframe kejap ye... Lama mama tak ambik gambar....





Bergomol dgn papa... anak dara papa la katakan....



Tepon baru

Petang semalam Mr Hubby baru balik dari Kuantan... Dah siap ambik Alya lagi. Kebetulan Idah pun ada kat rumah sebab dia ada program kat PWTC...  Tiba-tiba lepas dekat maghrib Mr Hubby keluarkan tepon baru.



Mahu tapi maluuuuu....


Thanks abang.. Cayang 17 juta......

Monday, January 17, 2011

Lelaki pun kadang2 lebih teruk dari perempuan

Kalau ikutkan perjalanan dari rumah ke ofis hanya 30 min... Let say ada kura2 atas jalan raya g lah 45 min..


Minggu lepas dalam perjalanan balik dari ofis ke rumah. Macam biasa kalau aku bawak kete dah lintang pukang dah...  Tak sabar nak jumpa anak punya pasal. Turun ajer dari DUKE ke Jalan Kuching ada lah BMW 3 series ni. Sikit punya cool kete tap bawak 50 km/j. 


Takpela kalau nak bawak berapa pun, ko duk la lane kiri sekali.. Ini tidak, lane laju jugak dia dudukkk.. Orang lain duk potong kete dia, duk pandang2 boleh buat tak tau aje... 


Aku pun panas la hati, potong la kete ni (punggung kete lu memang cantik, tapi hati wa panas tak boleh tahan).


Sekali JERUNG daaaaa....... 


Tapi apakah daya, kalau ko bawak kete macam semput, JERUNG ke tak, ko tak bermakna di mata aku ok... Baik aku yang bawak SAGA ni ha.... berdesup je bawak kete.. Bak kata abah bawak kete macam pelisit.....


Potong mood aje.....




Friday, January 14, 2011

CUMILLLLL...

Mendung pagi2 Jumaat masa on the way aku datang ofis, macam nak hujan... Kalau masa belajar2 dulu, kalau hujan, tak g kelas dah.. Kang demam lagi susah (ikut cakap mak.. yer, tang ponteng kelas memang juara)


Nasib baik habis Degree aku...


Semalam laptop buat hal.. tak mau masuk server.. Pelik betul, orang lain ok, aku punya KO.. kalau nak suh aku balik cakapla, senang. Report kat mamat IT (orang Arab dia ni).


Mamat IT : Is this ur girl?
Aku : Yup 9 months.. Whyy???
Mamat IT : oooo.. CUMILLLL

Masa ni aku dah gelak dah... tak sengaja hokeyyyy... At least ko ada initiatip nak cakap Malay...

By the way... memang CUMILLLLLLLLL cara u sebut.......

Wednesday, January 12, 2011

::MODE = MENGANTUK ::

SANGAT
SANGAT
SANGAT
SANGAT MENGANTUKKKKKKKK!!!!!!


Dapat tido ngan Alya best ni 



Alya sebulan sehari....

Monday, January 10, 2011

Kalau nak buat sambal belacan, kena ada belacan....

Tajuk takda kaitan dengan tajuk.. Tajuk adalah sesuka hati nak letak ok...


Actually banyak benda yang tak menarik kat ofis baru ni. Antaranya


1. Takda port nasi lemak yang best. Sebab dah jadi satu tradisi aku kalau tukar tempat kerja mesti carik port makan nasi lemak. Ni takda langsung ok.. Terasa lagi nak makan nasi lemak daun pisang makcik depan Klinik Mediviron Kelana Jaya.. Ohh.. sedapnya...


2. Takda pantry, sebabnya dah rules dia tak bagi makan dalam ofis.. Apakah??? Mana tea time aku???
Pagi2 menggagau carik air panas.. Petang tekak dah haus. G la seven 11 mencarik nescafe.. Tapi siok kah???  Tak langsung ok...


3. Takda surau dalam ofis.. Kena g surau utama kat building ofis tu.. tak bolehla nak lepak2 lelapkan mata kejap... 


4. Pintu tandas utama kongsi ok.. Ini aku memang la tak tahan... Kalau berlanggar tengah2 jalan kan saje timbulkan kontroversi.... Nak betulkan makeup pun tak boleh... Cis!!


5. No more karipap..... Waaaa................ 


Tak mau tulis lagi.. Mau tido... ZZzzzzzzzzzzzzzzz



update : dah dapat dah tempat nasi lemak & karipap.... heaven!!


 

Thursday, January 6, 2011

Take a break with Alya..

Alya kalau dah main satu rumah dia jalan. Dan yang paling dia suka main bekas plastik yang aku guna nak basuh sayur. Ke pasal colour dia cantik (aku beli warna pink & purple).. ntah

Meh tengok alya 'rehat' jap..



rehat kat kaki aku jugak tu...





landing atas papa




bawah katil pun jadik jugak




and lastly,





posing sikit untuk masuk blog....




Monday, January 3, 2011

Kalau ko boleh kurang ajar aku pun boleh DOL!!!!

Situasi kat kedai telepon


 Aku : Hello
Amoi : Mau apa?
Aku : Mouse ada?
Amoi : Yang murah dah habis, yang mahal adala (macam sengkek sgt aku nih)
Aku : Mahal mana?
Amoi : 39 ringgit.
Aku : Mahal ke??? (dengan nada eksen, taknak kalah jugak tu) Bateri ada?


Sambung pulak kat mamat sorang ni
Mamat : model apa?
Aku : Nokia 2100(ye tepon lama tapi aku nak on kan sim card co bagi)
Mamat : Original RM 75 . Baik u beli tepon baru..


OK, fine...


Aku : Nokia C3 ni berapa?
Mamat : 500 plus2
Aku : I boleh dapat bawah 500 la...
Mamat : Macam tu akak beli kat tempat lain la..


Panas dah hati aku mamat ni pulak eksen


Aku : DAH TENTU!!!! (terus blah)


Tolong la ek... (esok aku carik nama kedai ni) ko nak menjual nak eksen yer.,.. Jangan harap ko nak berlagak kaya dengan aku.... AKU PUN BOLEH LA DOLLLLLL.....