Monday, January 31, 2011

Aku tensi!!

Sejak2 Alya demam ni, aku payah betul nak tengok tv. Tengok memanglah tengok, tapi tengok2 ayam (pernah korang dengar). Macam mana nak tengok, budak kecik tu kalau takda orang kat dia, kang merengek. Masa demam ni takpe la, aku layan jerrrrr..


Sabtu lepas bawak la anak dara ni g Putra Medical Centre. Demam tak hilang2 lagi. Dah jumpa doktor, dia kata dia dengar macam ada bunyi kat sebelah kiri paru2 dia. Kena buat x-ray. owh, sebelum tu ambik darah dulu. Melalak anak dara aku... Mr Hubby yang pegangkan. Doktor tanya " bapaknya ok??" hahahahaha.... Aku pulak duk pegang belakang Mr Hubby... Padahal aku pun cuak anak melalak.....


Masa g x-ray, bogelkan anak dara, dia melalak lagi. Tapi kali ni tak lama. Bila jumpa doktor, dia kata ada infection sikit sebelah kiri paru2 tu tapi not that bad. Dapatla ubat antibiotik untuk 3 hari.... Lega. Kalau tak tak tido lagi la mama kau...


Balik rumah petang tu tiga2 beranak tido keletihan. Yang terlebih letih nya aku. dah berapa malam tak tido lena, anak demam punya pasal. Ingat malam tu boleh la tengok TV macam biasa. Tiba2 mamat ni pulak buat hal....






Tensi betul tau. Orang sibuk nak tengok berita dia je.. aku nak tengok rancangan aku jugak... potong mood betuuuulllll. Nasib baik aku sakit kepala, sakit tekak (batuk punya pasal)..


Aku lastik mamat ni baru tauuuu..... Owh BONES!!!!!

No comments:

Post a Comment