Monday, January 24, 2011

Kalau busuk hati, mulut pun busuk

Ada terbaca satu entry kat satu blog ni. Kisah orang dengki mendengki. Dengki orang tu cantik. Dengki orang tu upkan diri dia. Dengki rumah dia cantik. Hakikatnya kalau memang cantik, kita admit ajerla...


Teringat seorang makhluk Allah masa sekolah2 dulu. Serumah, sekelas. Tapi tak sangka dengki kat aku. Nak kata hebat sangat sampai nak dengki tak jugak. Dia terror lagi.


Cam ni kisahnya.


Masa belajar dulu, aku ambik kelas Mandarin. Sem pertama ok. sem kedua  for sure la aku nak duk ngan kawan2 yang sekelas masa sem 1. Dah lepas daftar sama2, esoknya masa nak confirmkan semula,. aku tengok nama aku kena potong n masuk kelas lain. Pun tertanya2 kenapa pulak... Dipendekkan cerita aku ni cerita la balik kat kawan2 serumah ni. Dorang pun macam terkejut la. Sedih la masa tu sebab kena duk kelas lain.


Tak lama lepas tu ada sahabat yang cerita dia nampak sapa yang potong nama aku tu, tapi demi menjaga persahabatan aku n makluk Allah ni, dia  diamkan. Sebabnya aku kawan ngan dia ni dah lama. Tapi akhirnya lepas aku paksa jugak, sahabat ni britau la.. Terkejut aku. Sampai nangis2 la tak paham kenapa dia buat camtu.


Malam tu aku face to face dgn dia. Dia dengan selambanya mengaku dia yang buat dan tak rasa bersalah langsung. Tak nak mintak maaf. Aku tanya kenapa dia kata dia tak suka kat aku tapi aku tak tau kenapa.. Yang pasti ini semua pasal DENGKI.


Akhirnya, hujung minggu tu jugak aku pindah keluar dari rumah tu n join sahabat aku, ANA KECIK. Ada nama kecik sebab dia kecik orangnya. Aku appreciate sangat sahabat yang sorang ni sebab kalau tak kerana dia yang bagi support aku memang down giler tak tau dah nak cakap macam mana....


Sampai sekarang aku tak boleh nak memaafkan makhluk Allah tu 100%. Ye, sebab aku bukan insan yang perfect, maka makhluk Allah ini antara yang akan aku ingat sampai mati.


Dan aku masih menganggap mulut dia busuk macam hati dia...


Morale of the story, jgn buat jahat kat aku. Aku tak ampunkan baru korang tau... Carik la aku kat akhirat sok.



P/s: Hari ni emo sebab Alya demam & aku pun rasa tak sihat....

No comments:

Post a Comment