Monday, February 21, 2011

Penyakit hati ...

Recently aku tengok ramai betul orang yg duk gaduh2 dalam blog.Padahal dorang ni tak berjumpa pun.. semua duk kat alam maya je.


Ada satu lagi penyakit yang aku tengok sekarang ni. Yang suka menunjuk2 harta. Mintak maafla kalau ada yang terasa tapi bab2 menunjuk2 harta ni aku memang tak berkenan. Kalau korang buat cam Saiful Nang aku nak tengok. Siap buat tempat untuk warga prihatin. Baru kelassssss.... (aku bukan sedara mara dia, jiran tetangga mahupun kawan2 dia ok....)



Aku akan lebih respek ko kalau



* Simpanan ASB ko memang dahsat banyak

* Ko menyimpan kat Tabung Haji.. jangan setakat menyimpan je, daftar la terus nak g haji. Duit dah banyak kan??? Takkan nak kata tak mampu lagi... tak pun ko kata sampai seru lagi. Tak pun g la umrah dulu.. G melancong sana sini beli barang branded boleh pulak.....

* Banyak lagi rumah anak yatim yang daif tempatnya. Nak belajar pun tak selesa. Orang2 cam ni kalau korang tolong lebih berkat.

Bukan nak kata la ye, orang2 yang suka2 sangat menunjuk harta yang dia beli ni secara sedar ke tak akan  timbul rasa riak dalam hati.


Untuk difikir-fikirkan...... dan ingatan untuk diri sendiri juga.......



No comments:

Post a Comment