Thursday, March 31, 2011

Kisah benar suami macam tu suami macam ni... ambik iktibar ye...

Sepanjang 6 bulan yang lepas saya menerima banyak aduan dari kaum wanita yang tak puas hati, tak puas nafsu, sakit hati, pedih ulu hati, sakit perut, nak muntah, meloya, bosan, meluat dengan lelaki yang hidup disamping mereka. Saya cuma boleh turunkan disini 40 kes sahaja. Yang lain tu biarlah saya simpan dulu untuk hari lain.





1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama.



2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.



3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.



4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya.Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.



5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.



6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.



7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.



9. Suami tetap 'mahu' walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.



10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.



11. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.



12. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan "maknyah".



13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya. Rupa2nya dahulu dia "maknyah" dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.



14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.



15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.



16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk "contoh" lain.



17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanja untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh.



18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu dan rumah tidak boleh bersepah... walaupun saya sedang sarat mengandung.



19. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.



20. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.



21. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya menyara anak2.



22. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata 'takde duit'. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana 'lemaknya'.



23. Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10,letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.



24. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi 'bersangkak'.



25. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami dibaling tahi.



26. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak menganggu hidupnya.



27. 3-4 bulan suami 'hilang' itu perkara biasa. Kadang2 sampai setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia kena 'serkup' waktu tengah tarik ganja dengan kawan2.



28. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV.



29. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.



30. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak sementara dia di dalam penjara.



31. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.



32. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja kilang nak sara anak2.



33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini?



34. Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi "jaga".. siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.



35. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat "gigitan cinta" perempuan lain di badannya.



36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan pihak hospital.



37. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam orang muda... sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak.



38. Walaupun sudah lama masuk Islam... mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat.



39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata...



40. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah. Dahulu 'isteri' sekarang 'pengurus anak-anak'. Hubungan dengan suami amat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang 'terhegeh-hegeh' . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.


Sumber : Facebook




Pagi nan indah nampak 'mendung' sikit....

Ni perbualan aku n En Hubby pagi tadi. Tengah2 gosok tudung nak g kerja, tiba2


Aku : Abg, sy ingat lepas bulan 6 ni kita g jalan2 nak tak?


En Hubby : Lepas bulan 6 bukan mak operate ke? Bulan 5 ni la bila xxxxxx dapat nanti.


Aku : Ooowww.. ye ke. Tapi ingat nak g jauh2 sikit.


En Hubby : G mana?


Aku : Tak tau lagi. Nanti sy tengok2 la.. Dulu abg pernah g mana?


En Hubby : New York la


Aku : NY tak nak la. Saya takut. G shopping boleh la.


En Hubby : Dah tu?


Aku : Yang lain??


En Hubby : Sepanyol.


Aku : Orang Sepanyol tak tau cakap omputih.. Susah..


En Hubby : Melbourne pun ok, Gold Cost ke..


Bila sebut Melbourne, Gold Cost tu adalah bunga-bunga cinta nak berkembang dalam hati.


Tiba2...........


En Hubby : Bandung la


Bila sebut Bandung, harapan HANCURRRRRR...


Aku : Bandung???? Bandung banyak habuk, orang merokok.. G shopping boleh la...


Bandung pun Bandung laaaaaa.....


Hai la badan, hai la nyawa....



Bear n Alya dah sama besar

tengok la anak dara aku ni ha... dah pandai selongkar beg. sibuk nak makeup jugak pagi2. akibatnya pagi tadi aku lambat lagi......
meh la posing jap....
time ni aku boleh paksa bear cium dia. bear ni mak ngah, pak ngah n rayyan yang bagi...
ok.. yang ni tiada paksaan dalam ciuman... ahaksssss.....
        





Wednesday, March 30, 2011

Home sick

Bunyik sungguh mengada tapi memang tengah rasa home sick. (ada feel sedih kat situ)


Ahad lepas, mak abah as n idah untuk mengerjakan umrah. Alhamdulillah, tengahari senin aku dapat msg dr idah kata dorang dah selamat sampai. Aku duk seriau sebab dorang naik Pakistan Air (dalam banyak2 airline apa ke airline ni yang agensi tu pilih)


Tahap ke'confident'an terhadap airline pun penting jugak. Aku duk memikir macam2. Elok ke dak airline tu.. selamat sampai ke tak.. Hish...


Baru 2 hari dorang pergi aku dah rasa cam duk sorang2 pulak kat sini. Malam tadi balik rumah mak jap ambik tepon tertinggal. Sedih pulak rasa balik rumah mak abah takda.... Kurang2 adik2 ada..


Benciiii..... Nak kutuk sapa ni???????? Idah n as takda... Kalau tak boleh maki2 manja (adakeh???)


Besar2 pun rasa home sick jugak rupanya...



Thursday, March 24, 2011

Anak oh anak

Semalam kami bawak Alya g PMC. Memang ke situ la kitorang pergi kalau nak injec dia. Most of the time dia tak sihat pun kami sanggup g sampai Bukit Rahman Putra tu. Ubat kat situ memang kena dgn Alya. Dah cuba banyak kali klinik kat BBS hampeh. Pernah sekali En Hubby buang ubat kat tong sampah, sakit benar hati dia demam anak tak kebah2.


Asalnya pujuk2 En Hubby bawak g PMC pasal Alya gatal2 kat leher. Puas dia mengaru. Aku ni duk cakapla.......


'Ntah2 sorang je anak kita bang. Tak cantik kang camne...' Boleh???? Ye la kan. Mana tau ditakdirkan alya sorang je anak aku..tiba2 kat leher ada tanda macam2. Hish....


Dah sampai PMC kena injec terus la untuk 1 tahun punya. Doktor dah cakap yang ni sakit, tapi kawan tu sardin buat tak tau je. Aku dah siap tutup2 muka takut anak nangis.


Setakat hari ni aku tengok Alya ni memang jiwa kental sikit. Lapar susu tak nangis, bangun tido pun tak nangis. Kebanyakan injection yang dia dapat pun tak nangis.


Mungkin ke sebab dari dalam perut lagi aku duk nasihat kat dia supaya jadi kuat. Jangan jadik cam aku ni ha. Tapi masa mengandung aku memang sensitif. Sikit cakap dah bergenang air mata.Tapi kalau tak kerana mengandung pun aku memang ratu air mata la.


Harap2 sampai besar la hati dia kental. Aku bimbang jugak kalau besar2 esok dia jadi ratu air mata cam aku ni ha... Boleh banjir rumah kita ni nak oiiiii.


Satu aje aku harap anak dara ni berubah..Harap2 besar esok dia ni senang la nak tido. Ni menurun papa dia la ni. Suka tahan mata yang mengantuk. Mata dah lelap pun boleh bangun duduk nak main. Pagi tadi lepas minum susu dia boleh duduk bercakap ntahahapehape kat aku.


Baru pukul 5 pagi nak. Boleh pengsan mama tau..



Tuesday, March 22, 2011

Suara mu sedap macam biskut lemak

Actually aku ni peminat Awie. Jiwa rock jugak sesekali korang, jangan tak tau.


Paling ingat masa adik (Khairul) kecik2 dulu suka sangat nyanyikan lagu Ratuku.


Sedap apa suara dia. Ada rasa sedap2 macam biskut lemak kan????








Bila Awie berlakon dalam Zombie Kampung Pisang, lagi aku suka. Berapa kali duk mengulang tengok citer tu padahal dah boleh hafal lepas ni babak apa....


Apa pun, aku sangat sukerrrrr dia berlakon dalam HKLBR.. 






Walaupun nampak macam bodoh2 alang, tapi mantopppppp



En Awie, lain kali nyanyi la 1 lagu untuk I.. Awwwwww..


p/s: entry adalah pendek sebab banyak kerja.



Friday, March 18, 2011

Saya Bateri Energizer

Konon2 Alya la yang tulis ni ye....

"Semalam Cik Ida tido kat rumah... Huiii... Best betul. Ada jugak orang nak layan kita. Kalau harap mama asik 'jap ye yang', datangnya tak jugak :(


Korang tak caya.. meh tengok kita main ngan sapa semalam..





Last2, mama dah tak larat nak tunggu kita mengantuk. Masa tu dah pukul 10 malam. Mama ajak kiss semua orang pastu mama paksa tido dalam bilik. Lepas kita goling2, tetiba mama gelak. Kita pun gelak jugak padahal tak tau kenapa kita gelak (sambil mata dah separuh tutup). Lepas gelak kita tido. Krohhhhhhhhh...


The End.

Yang benar dan ikhlas
Alya"


Wednesday, March 16, 2011

Aku kenal diri sendiri

Actually hari ini adalah hari busy, tapi nak jual tulis sesuatu.


Pernah tak timbul perasaan orang lain pandai, aku tak pandai?


Orang lain cantik, aku tak cantik??


Orang lain pandai bergaul, aku tidak??


Orang dah cerita 17 juta kali, tapi aku tak paham2 jugak???


Pendek kata orang lain hebat, aku tak hebat.


Pernah???


Aku pernah...


Pengakuan jujur kali ni.


Aku rasa perasaan tu timbul masa sekolah menengah lagi. Masa PMR, bila orang lain dapat result periksa, aku la yang corot. Mana taknya, no 43 out of 50. Gila ko? tak pernah seeiiii... Satu kelas mesti 50 orang (tapi aku kelas no 1 la kan, tapi pedulik apa kelas no 1.. yang penting no dalam kelas). Masa tu rasa Ya Allah bengapnya kamu ni Nurul Ain.....


No 43 dari 50 orang. Cuba korang bayangkan. Malu tak??


Masa kat MRSM pun sama. Kelas BI kelas no 3, takpe boleh terima lagi. Padahal PMR sekolah Convent tu. Masuk kelas sains cikgu cakap omputih. Tak pengsan ko?


Ni kelas BM pun kelas no 3. Bengap tak bengap masa tu..Tapi cikgu BM aku tu memang first class.. Siap bgtau apa nak tulis. Baris pertama adalah....., baris kedua adalah......, mesti ada 5 baris satu perenggan. Nama cikgu je yang aku lupa.. Memang lupa daratan betul aku ni.


Dalam kelas aku tu, aku sorang je yang tercampak g buat akaun. orang lain ambik aliran sains.. lagi down masa tu. Padahal sikit punya benci ngan akaun. Tak ambik paper akaun pun masa SPM, tup..tup.. sampai ke Degree aku ambik akaun.


Padan muka aku.


Sampai la aku kerja pun aku ada lagi perasaan macam tu. Kena buli, orang ambik kesempatan, bos kata bodoh (hui yang ni aku sampai bila2 pun aku akan ingat)...


Now, not anymore darling2 sekelian....



Aku rasa tak kena aku cakap.


Aku rasa ko tak patut cakap macam tu kat aku, aku akan lawan.


Aku rasa ko nak guna2kan aku, aku gunakan ko balik.. (hahaha)


Aku pedulik apa ko bos ke tidak tapi kalau aku tau ko mengata aku kat belakang aku komplen terang2 kat big boss ko. (helo, ingat ni zaman apa??)


Dan yang penting, bila orang cakap sikit, aku dah paham 'lebih'.... Terlebih la sudahhhhhhhh......


Alhamdulillah, walaupun banyak kekurangan di sana sini, aku belajar untuk berpuas hati dengan apa yang aku ada sekarang. Macam mana aku harap orang treat aku, macam tu jugak aku treat orang lain.


Kalau ada sesiapa yang ada perasaan macam di atas2 nun, start dari hari cuba tengok apa yang hebat tentang diri sendiri.


Appreciate diri sendiri. Reward diri anda.


Caranya???

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Jom shopping!!!!! Hahahahaha


Alasan!!!!



p/s : Borang MIA aku ni bila la nak hantar...... :(




Monday, March 14, 2011

Wajah-wajah Tsunami

Petang Jumaat yang menyedihkan


A whirlpool is seen near Oarai City, Ibaraki Prefecture, northeastern Japan, March 11, 2011. The biggest earthquake to hit Japan on record struck the northeast coast on Friday, triggering a 10-meter (33-foot) tsunami that swept away everything in its path, including houses, ships, cars and farm buildings on fire.
Houses swept by a tsunami smoulder near Sendai Airport in Japan.


A massive tsunami sweeps in to engulf a residential area after a powerful earthquake in Natori.
An oncoming tsunami strikes the coast in Natori City, Miyagi Prefecture, northeastern Japan March 11, 2011.
Sendai Airport is flooded after a tsunami following an earthquake in Sendai.
A massive tsunami hits the coastal areas of Iwanuma, Miyagi Prefecture, northeastern Japan.

My comment????

Speechless... Subhanallah... (dalam hati kalau berlaku di tempat kita, selamatkanlah anak ku)


Friday, March 11, 2011

Kamu yang meruntun jiwa...

Pagi tadi anak dara bangun lambat. Mana taknya, sekarang pagi2 lagi dia dah panjat katil mama & papa dia. Suka sangat duk kat tengah2 kitorang. Alya kalau nak susu tak menangis. Pandai2 mama n papa dia la bagi susu.. Bagus anak mama ni...

So pagi tadi lepas bagi susu, dia tido balik. Pagi ni masa aku nak pergi kerja baru angkat dia dari tempat tido. Sambil bawak kete, sambil pangku dia.. Dekat aja hokey... Tempat aku ni kampung j...




Baru sekerat jalan nak ke rumah pengasuh dah bangun. Muka kelat2 lagi.. Lepas aku ambik gambar ni, aku tunjuk la kat dia. Senyum anak dara... Aku ajak ambik gambar seterusnya.....




Boleh bersedia untuk posing.. Mak aiiiii.. Boleh tahan anak dara ni..
Lepas tu aku kata tak boleh jadi.. meh ambik gambar dgn mama pulak..





Sapa over. Mama ke Alya?????






Mama nak ambik gambar jugakkkkkk





Bagi la can kat mama nak hover sekali sekala yer.....








Thursday, March 10, 2011

Alangkah seronoknya dulu2

Sekarang aku dah ada port baru makan roti canai kat ofis tu. Tak kuasa nak melayan mamak yang bila kita datang muka ketat semacam. Nak kata kerja lebih masa aku rasa bukan restoren 24 jam. Dah lah roti canai kering semacam. sejuk pulak tu.



Sambil2 makan ada la segerombolan rombongan Kak Kiah (4 bus) datang buat lawatan. International scholl untuk budak2 tadika. Boleh la nampak anak omputih n macam2 campuran anak lah kat situ. Oh sungguh cumil ok......




Macam aku kecik2 dulu...  ;) termuntah kejap disitu     




Betul pe??? masa kecik memang kiut, besar je hilang kiut. hehehehehe




Oooo.. sambung cerita.. Kalau dulu2 pergi lawatan mesti turun dari bas kena beratur 2 barisan. Pegang tangan kawan sebelah (oh sungguh kiut). Bawak beg sandang belakang dgn bekal dr rumah lagi. Rambut masa tu ikat tocang 2 ngan reben merah.. Aiiii.. rindu la pulekkkk









sungguh cumil berlari2 masa kecik... 






 aku takda gambar cam ni masa kecik... dah besar boleh buat kot...






cuba korang tengok gambar kat bawah ni
bila beratur kena pegang hujung baju kawan
(kadang2 terpegang punggung kawan.. takda pulak orang marah kan)












i love my school....



tetiba???!!





Monday, March 7, 2011

Friday, March 4, 2011

My darling 11 months now

Rasa kejap aje dah 11 bulan anak dara aku ni. 


Rasa macam baru je bersalinkan dia.


Perit muntah2 bulan ke3 pun masih ingat2 lagi.


Kaki yang cramp malam 2 tu pun rasa serik dah.


Tido malam yang tak selesa tu apatah lagi.


Saat melahirkan rasa ngeri.


Tapi, kalau tengok keletah anak semua rasa hilang


Suka sangat memanjat
Suka kacau papa main laptop
Suka sepah2kan dapur.. Macam2 benda bersepah kat dapur
'Auta' pun banyak :)





 bawak anak dara makan2 kat belakang stadium bandar baru selayang
 (yang makan mama & papa je)





 mana mau duduk diam. kejap pandang sini, kejap pandang sana..





 ada 'kakak' yang rajin melayan anak dara (anak tuan punya kedai)





 memang banyak sangat gambar Alya bawak meja makan





 main tolak2 kerusi





ambik gambar jap... peace


Thursday, March 3, 2011

Wajah kesayangan hamba

Pergi kerja JEM, balik kerja pun JEM. Sampai rumah kang nak uruskan rumah lagi, anak lagi. Memang penat.


Tapi kalau tengok gelagat anak sejuk hati. Anak senyum sambut mama balik hilang penat duduk dalam
 jem (padahal kete auto.. masih kena tekan brek, tekan minyak kan..) Semua sakit hati hilang.. anak punya pasal...


Malam tadi tido ber3 beranak kat ruang tamu. Saje nak tido lapang2, anak dara boleh golek2 sesuka hati. And memang sesuka hati dia golek malam tadi. Kejap sama paras kepala aku.. kejap kang kat punggung aku.. Tiba2 muka yang comel tu berpaling kat aku... Comel je muka budak yang takda dosa. Tenang je kan???


Jom layan video ni. Anak dara suka sangat main bawah meja. Dengan kerusi pun jadikkk.....






Mama cayang Alya !!!!



Tuesday, March 1, 2011

Di Sudut Kamar Hatiku

Selamat pagi Selasa korang.


Semalam masa duk tengok citer Dia Bukan Maryam, terkeluar pulak lagu Jamal Abdillah ni...

Bagi la can feeling-feeling pagi Selasa..