Wednesday, March 16, 2011

Aku kenal diri sendiri

Actually hari ini adalah hari busy, tapi nak jual tulis sesuatu.


Pernah tak timbul perasaan orang lain pandai, aku tak pandai?


Orang lain cantik, aku tak cantik??


Orang lain pandai bergaul, aku tidak??


Orang dah cerita 17 juta kali, tapi aku tak paham2 jugak???


Pendek kata orang lain hebat, aku tak hebat.


Pernah???


Aku pernah...


Pengakuan jujur kali ni.


Aku rasa perasaan tu timbul masa sekolah menengah lagi. Masa PMR, bila orang lain dapat result periksa, aku la yang corot. Mana taknya, no 43 out of 50. Gila ko? tak pernah seeiiii... Satu kelas mesti 50 orang (tapi aku kelas no 1 la kan, tapi pedulik apa kelas no 1.. yang penting no dalam kelas). Masa tu rasa Ya Allah bengapnya kamu ni Nurul Ain.....


No 43 dari 50 orang. Cuba korang bayangkan. Malu tak??


Masa kat MRSM pun sama. Kelas BI kelas no 3, takpe boleh terima lagi. Padahal PMR sekolah Convent tu. Masuk kelas sains cikgu cakap omputih. Tak pengsan ko?


Ni kelas BM pun kelas no 3. Bengap tak bengap masa tu..Tapi cikgu BM aku tu memang first class.. Siap bgtau apa nak tulis. Baris pertama adalah....., baris kedua adalah......, mesti ada 5 baris satu perenggan. Nama cikgu je yang aku lupa.. Memang lupa daratan betul aku ni.


Dalam kelas aku tu, aku sorang je yang tercampak g buat akaun. orang lain ambik aliran sains.. lagi down masa tu. Padahal sikit punya benci ngan akaun. Tak ambik paper akaun pun masa SPM, tup..tup.. sampai ke Degree aku ambik akaun.


Padan muka aku.


Sampai la aku kerja pun aku ada lagi perasaan macam tu. Kena buli, orang ambik kesempatan, bos kata bodoh (hui yang ni aku sampai bila2 pun aku akan ingat)...


Now, not anymore darling2 sekelian....



Aku rasa tak kena aku cakap.


Aku rasa ko tak patut cakap macam tu kat aku, aku akan lawan.


Aku rasa ko nak guna2kan aku, aku gunakan ko balik.. (hahaha)


Aku pedulik apa ko bos ke tidak tapi kalau aku tau ko mengata aku kat belakang aku komplen terang2 kat big boss ko. (helo, ingat ni zaman apa??)


Dan yang penting, bila orang cakap sikit, aku dah paham 'lebih'.... Terlebih la sudahhhhhhhh......


Alhamdulillah, walaupun banyak kekurangan di sana sini, aku belajar untuk berpuas hati dengan apa yang aku ada sekarang. Macam mana aku harap orang treat aku, macam tu jugak aku treat orang lain.


Kalau ada sesiapa yang ada perasaan macam di atas2 nun, start dari hari cuba tengok apa yang hebat tentang diri sendiri.


Appreciate diri sendiri. Reward diri anda.


Caranya???

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Jom shopping!!!!! Hahahahaha


Alasan!!!!



p/s : Borang MIA aku ni bila la nak hantar...... :(




4 comments:

  1. sapa durjana yg panggil ko bodo tu kak... cilikan je mulut dia. kat ofis ni org sekawasan ngan akak tulah yg penah panggil org bodo..suka suki je tau dia tu..nyampahhhhhhh

    ReplyDelete
  2. malaun yang ni sama spesis ngan kat opis ko tu sheila. bos2 je yang suka cakap macam ni. tapi masa tu akak ni baik.. orang kata bodoh, senyap je... padahal dia pun tak tau.. nak cover diri sendiri, kata kat anak buah.. cam tu la manusia

    Ko kalau jadik bos ingat2 la kat anak buah yang tak berpa pandai kat bawah ni ha...

    By the way... en kh**i ada lagi kat situ??? :)

    ReplyDelete
  3. Kalau sakit hati dengan bos, baca je kat dia pantun ni (dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’) hahaha:

    Pagi-pagi, sudah mencemuh,
    Si pemandu terus terdiam mengeluh,
    Bos ini jenis yang kecoh,
    Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

    “Ada pelanggan hendak jumpa”,
    Itulah kata si setiausaha,
    Bos enggan, mengantuk katanya,
    Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

    Bos memanggil mesyuarat mengejut,
    Ada pekerja berjalan bak siput,
    Bos pun menengking sampailah semput,
    Para pekerja terkentut-kentut.

    ReplyDelete
  4. awak, dah betul dah semua yg dah berlaku tu... dia sebut semua tu sebagai ujian kat awak ajer... sabar ajer la...

    ReplyDelete