Thursday, March 24, 2011

Anak oh anak

Semalam kami bawak Alya g PMC. Memang ke situ la kitorang pergi kalau nak injec dia. Most of the time dia tak sihat pun kami sanggup g sampai Bukit Rahman Putra tu. Ubat kat situ memang kena dgn Alya. Dah cuba banyak kali klinik kat BBS hampeh. Pernah sekali En Hubby buang ubat kat tong sampah, sakit benar hati dia demam anak tak kebah2.


Asalnya pujuk2 En Hubby bawak g PMC pasal Alya gatal2 kat leher. Puas dia mengaru. Aku ni duk cakapla.......


'Ntah2 sorang je anak kita bang. Tak cantik kang camne...' Boleh???? Ye la kan. Mana tau ditakdirkan alya sorang je anak aku..tiba2 kat leher ada tanda macam2. Hish....


Dah sampai PMC kena injec terus la untuk 1 tahun punya. Doktor dah cakap yang ni sakit, tapi kawan tu sardin buat tak tau je. Aku dah siap tutup2 muka takut anak nangis.


Setakat hari ni aku tengok Alya ni memang jiwa kental sikit. Lapar susu tak nangis, bangun tido pun tak nangis. Kebanyakan injection yang dia dapat pun tak nangis.


Mungkin ke sebab dari dalam perut lagi aku duk nasihat kat dia supaya jadi kuat. Jangan jadik cam aku ni ha. Tapi masa mengandung aku memang sensitif. Sikit cakap dah bergenang air mata.Tapi kalau tak kerana mengandung pun aku memang ratu air mata la.


Harap2 sampai besar la hati dia kental. Aku bimbang jugak kalau besar2 esok dia jadi ratu air mata cam aku ni ha... Boleh banjir rumah kita ni nak oiiiii.


Satu aje aku harap anak dara ni berubah..Harap2 besar esok dia ni senang la nak tido. Ni menurun papa dia la ni. Suka tahan mata yang mengantuk. Mata dah lelap pun boleh bangun duduk nak main. Pagi tadi lepas minum susu dia boleh duduk bercakap ntahahapehape kat aku.


Baru pukul 5 pagi nak. Boleh pengsan mama tau..



No comments:

Post a Comment