Friday, April 29, 2011

Kena berhenti berbelog kejap ni

Mak baru kena admitted IJN sebab darah cair sangat. 
Doktor tak bagi balik sebab takut kena darah beku. 
So cuti ni berulang alik ke IJN la nampaknya. 


Nanti aku update keadaan mak lagi.


Selamat bercotiiiiiiii




Thursday, April 28, 2011

Monday, April 25, 2011

Saya okay la, baik ape..

Ada sorang kawan yang baca blog ni komen,


Kawan : Dasat la ko kak. Cam tak caya je ko marah kat minah Indon tu..


Sila percaya ye.


Itu maknanya aku betul2 marah la tu. Itu pun aku masih pakai short form WTF. Tak sebut penuh pun.


Memang aku tak pandai nak pakai ayat CELAKA, B**I, F**K etc...


Aku ingat lagi masa kecik masa tu kat meja makan. Aku terbahasakan diri dgn adik sebagai AKU instead of ALONG. Cepat je kena tampar dgn mak. Ko jgn main2. Adik2 aku pun tak pandai pakai perkataan2 ni.



Pun tak cantik rupanya kalau sikit2 salah nak maki pakai perkataan macam tu kan. Cuba kalau korang yang di maki, tak syiok kan???



Morale of the story, jgn pakai, guna atau kitar semula perkataan memaki ni ya...


Entry pendek sebab ada auditor hari ni, tapi nak citer jugak... Hish.. tak sabor betul la budak ain ni



Wednesday, April 20, 2011

Kencing kat tempat wuduk, boleh ke aku sabar????

Yang ni jadik semalam masa aku ke surau untuk solat Asar. Ramai orang dalam tu, ada la dalam 5 orang. 3 orang tengah solat, aku baru masuk, minah INDON ni baru nak ambik wuduk


TAPI, sebelum ambik wuduk tu dia boleh kencing kat situ. Siap bontot dia menghala kat aku. Dalam hati WTF perempuan ni kan. Dah siap cuci2 kat situ aku tanya la


Aku : Knp kencing kat sini?

Indon : Maaf, sy tak tau


HOTAK KAUUUUUUU......


Indon : Takpe kak, lepas ni sy cuci ya.


INI BUKAN MASALAH KAU NAK CUCI BALIK.

Masalahnya

1. Aku siap nampak kau kencing kat situ.. BEBAL TAU TAK...

2. Ko bukan tak tau kat mana tandas. Memang la jauh sikit tapi kau kan cleaner, pandai2 la carik masa nak buang air

3. Hancing la koranggggggggggggggggg


Muka aku mencuka, solat Asar pun tak khusyuk sebab hancing.



Sorry la, aku orang2 yang takda sivik macam ni takda ayat yang sesuai untuk korang kecuali BANGANG.
Ayat memang kasar (korang cuba duduk kat tempat aku agak2 lagi teruk korang maki)



Tuesday, April 19, 2011

Kalau aku tengok kete mesti tengok punggung kete

Cuba korang tengok dulu betul ke tak..

Persona - punggung kete cantik, acceptable la



Civic



Sentra



CIty



Yang ni ntah... aku main tangkap je, asal punggung cantik



Kintel (Vios) ni dah sah cantik punggung dia.. Kete aku nih, kete aku nih




Cuba yang macam ni, korang ada selero ko???? Takdo kan?????




Kesimpulannya, carik la yang cantik 'punggungnya'. Hahahahaha....



Thursday, April 14, 2011

Take 5

Bos dah masuk tadi.. tetiba keluar balik...


yeayyyyyy!!!!!!



Boleh bertenang jap....



Eh.. eh ... dia masuk balik....



Byeeeee.. bingung ek??




Tuesday, April 12, 2011

Busy Bee

Minggu ni sangat bz. Payah la nak update sikit.


Tengah2 google gambar busy woman keluar pulak gambar ni...









Cuba terangkan kat aku tang mana yang busy nya???




Sunday, April 10, 2011

Harapan hari ini, panjangkanlah umurku

Hari  ni aku n En Hubby g menjemput mak, abah, As n Idah yang baru balik dari umrah. Journey kali ni (mengikut cerita) sangat meletihkan. Tapi the whole story tak dapat nak dengar lagi sebab dorang pun tak sihat. Dengar itu sikit, sini sikit je.


Apa yang aku nak kongsikan ialah perasaan adik aku yang sorang ni. Mula2 sebelum nak pergi tu takut2 jugak. Bila dah sampai n dah buat umrah tu dia ada menyebut rasa nak pergi lagi.


Alhamdulillah.


Actually, ramai jugak yang takut2 nak pergi untuk umrah/haji. Antara sebabnya takut Allah bayar cash atas kesalahan yang kita buat. Bila difikir2kan balik kadang2 cerita yang orang bawak balik dari tanah suci ni pun boleh jadi faktor utama 'ketakutan' itu. Mungkin lepas ni bila orng bercerita, kena berpada2 supaya cerita tu tak menakutkan sebaliknya memberi semangat untuk datang membuat ibadah. Itu la tujuan nya pun, kalau ada kesilapan, kita nak minta keampunan, bukan semakin jauh dgn Tanah Suci Mekah.



Bila dengar cerita tentang Raudhah, hati kembali sedih. Rasa ingin pergi lagi, ingin ziarah makan Nabi lagi.


Ya Allah, panjangkan umur ku. Aku ingin datang lagi. Insya Allah.



p/s : entry kena sopan sikit, harap maklum :)




Thursday, April 7, 2011

Hanya gambar yang dapat menerangkan perasaan aku masa ni




Haiyo kawan, boring giler nih.. Ngantuk pun ada





Eh korang... tak ngantuk ke?????





Jap... aku nak menguap... Huargggggggg






Betui ka apa yang nak aku buat nih????



Arrrrr.. sebat je la
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






Gnite!!! ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ







Wednesday, April 6, 2011

Happy Birthday My Sweetheart Alya

Anak yang dikandung 9 bulan


Dah pandai bermain


Dah pandai merajuk

Dah pandai minta perhatian


Dah pandai bersolek


Dan pandai bermanja


Mama love u so much darling





HAPPY BIRTHDAY SAYANG



* My alya was born on 6 April 2010  at 3.37pm


Anak ini pengubat hati mama..



Wajah nakal lepas mandi pagi tadi.....







Tuesday, April 5, 2011

Kadang kala kita jadi manusia yang tak bersyukur

Seminggu ni terasa sunyi je. Mungkin pasal takda mak abah as n idah. Takda orang nak dikutuk (yang ni memang ya). Takkan aku nak kutuk Mr Hubby n Mr Hubby kutuk aku.. itu dah lain namanya...


Home sick minggu lepas masih ada. Mood nak menulis pun takda. nasib baikla makcik kat Terengganu ada kol bertanya khabar aku yang ketiadaan mak abah kat Malaysia ni.



Sah! aku tak mo g obersea.... Teruk home sick aku. Biar kena kutuk asal keluarga aku kat sini. Kutuk la.. kutuk laa....


Sekian...