Sunday, April 10, 2011

Harapan hari ini, panjangkanlah umurku

Hari  ni aku n En Hubby g menjemput mak, abah, As n Idah yang baru balik dari umrah. Journey kali ni (mengikut cerita) sangat meletihkan. Tapi the whole story tak dapat nak dengar lagi sebab dorang pun tak sihat. Dengar itu sikit, sini sikit je.


Apa yang aku nak kongsikan ialah perasaan adik aku yang sorang ni. Mula2 sebelum nak pergi tu takut2 jugak. Bila dah sampai n dah buat umrah tu dia ada menyebut rasa nak pergi lagi.


Alhamdulillah.


Actually, ramai jugak yang takut2 nak pergi untuk umrah/haji. Antara sebabnya takut Allah bayar cash atas kesalahan yang kita buat. Bila difikir2kan balik kadang2 cerita yang orang bawak balik dari tanah suci ni pun boleh jadi faktor utama 'ketakutan' itu. Mungkin lepas ni bila orng bercerita, kena berpada2 supaya cerita tu tak menakutkan sebaliknya memberi semangat untuk datang membuat ibadah. Itu la tujuan nya pun, kalau ada kesilapan, kita nak minta keampunan, bukan semakin jauh dgn Tanah Suci Mekah.



Bila dengar cerita tentang Raudhah, hati kembali sedih. Rasa ingin pergi lagi, ingin ziarah makan Nabi lagi.


Ya Allah, panjangkan umur ku. Aku ingin datang lagi. Insya Allah.



p/s : entry kena sopan sikit, harap maklum :)




No comments:

Post a Comment