Tuesday, May 31, 2011

Benci betul bila tak tau nak letak tajuk apa. Korang baca je la

Halu u ollsssss....... (gedik sungguh bunyiknya. hehehehe)


Benci betul bila ada idea nak update blog, masa tu la keja berlambak2 atas meja. Masa tak da kerja idea kering la pulak.


Tak pun idea ada. Dah siap nak tulis ni, tetiba ada pulak kerja urgent. Kalau betul urgent takpe jugak. Bila buat beria2 hari ni tetiba esok ada lagi kat bos. Takda action pun. Dalam hati kalau gitu tak urgent la namanya bos oiiii...


Korang pernah dengar ayat cam ni tak, kalau kita permudahkan kerja orang, orang permudahkan kerja kita balik. Sama cam buat baik kat orang, orang buat baik kat kita. Kalau korang tengok satu2 company tu kalau polisi dia cepat2kan payment orang, aku tengok panjang 'usia' company tu. Kalau payment orang pun liat nak bayar (ada duit tapi suka bayar lewat2), payah jugakla rezeki ko nak masuk.


Sama la jugak kalau suka bayar gaji lambat. Padahal bukan takda duit. Tapi sebab memang penyakit suka buat kerja lewat2 ni. Aku memang benci buat kerja cam ni. Sekarang aku buat cara mudah. Pukul 6 aku nak balik no matter what. Ko lambat ko punya hal. Kalau time gaji (tak kira la gaji sapa pun) aku kejar suh tengok awal. Setiap jam aku tanya..


Hambek kau.....


Orang suka buat kerja bertangguh ni samaada pertama memang penyakit dia. Semuanya lambat. Buat decision lambat, buat payment lambat.. Duit nak pulak cepat masuk. Heran betul. Tengkuk dia aja nak lepas, tengkuk orang dia tak kira.


Atau yang kedua, memang dia dengki orang dapat awal. Tak pun dia memang suka tengok suffer. Orang macam ni kalau ada staff 200 orang yang maki dia, pendek umur la jawabnya.


Nasihat aku, korang kalau nak join mana2 company check2 la dalam forum ada tak orang kutuk2 company tu. Kalau ada toksah la join. Buat sakit ati yo....



Thursday, May 26, 2011

Kelakar tapi memang 'menyedihkan'

Sekadar berkongsi email yang aku dapat tadi. Renung-renungkan la ye. Yang nak kawen check2 la dulu lepas ke tak syahadah.



Sahabat saya seorang Imam masjid,pendakwah dan juga seorang jurunikah di  salah satu qariah di Ampang Selangor menceritakan satu kisah lucu tetapi menyedihkan di satu majlis pernikahan yang baru dia sempurnakan minggu lepas di sebuah masjid.


Biasalah sebelum memulakan akad nikah jurunikah akan meminta bakal suami membaharui syahadah  nya dengan melafazkan dua kalimah syahadah. Maka bakal suami ni mula nak melafazkan syahadah tetapi nampak terkial kial Dia  asyik toleh ke kiri dan ke kanan seolah olah nak  minta bantuan dari orang sebelah tetapi mungkin malu.
Dengan teragak agak dia pun mula melafazkan syahadah dengan sebutan yg lintang pukang telo, bahasa Bangla.Jurunikah pun hairan dan berkata dalam hati, rakyat Malaysia kah orang ini? Apabila cek KP memang sah orang Melayu.



Berkali kali jurunikah  ajar dia mengucap dgn betul tetapi tak boleh juga dia sebut dengan betul.Macam mualaf aje.Lama kelamaan  jurunikah kata tak apalah dulu, lalu minta dia cuba lafazkan erti syahadah dalam bahasa Malaysia.Ini terjemahan dua kalimah syahadah yang di lafazkan si bakal suami itu “SAJA AKU MENGUCAP  DUA KALIMAH SYAHADAH DUA RAKAAT KERANA AULLAH”.Jurunikah tersentak kerana tak pernah jumpa hal macam ini.



Para hadirin tidak boleh tahan lalu ketawa besar walaupun sedar mereka sedang berada di dalam dewan masjid.Sahabat saya pun (jurunikah tu) nak ketawa juga tetapi dgn susah payah menahannya.Dia kata memang lucu tetapi sedih kerana sudah pasti di luar sana ada lebih ramai lagi pemuda saperti ini yang tidak reti mengucap .










Perlukah glamour?

Pagi tadi aku dengar radio Muzik. Sekali sekala dowh, tukar channel seronok jugak. Kalau korang nak dengar lagi macam2 genre waktu petang, mohle dengar radio Muzik ni. Lagu dolu2, lagu Hindustan, lagu Korea, lagu Jopun, semua ada la. Pukul 5ptg-9mlm.


Tak pasal aku promote radio Muzik.


Motip sebenar nak citer pasal ada sorang ni kol cerita ada sorang friend kat FB ni ada kawan 36 orang je. Tak bersosial langsung.


Eh Friend!!!


Ko tu tak. yang banyak2 sangat friend tu bukan kawan dia. Kawan kepada kawan, jiran sekampung, jiran kampung sebelah, yang tersalah add (nama banyak serupa lol), yang saja2 nak berkenalan, yg dolu satu batch belajar tapi haram tak kenal (tapi sebab ada mutual friend gasak je la add).


Owh tapi tak kurang jugak yang giler glamour nak friend ramai.


Tak usahla percaya sgt. Tapi kalau nak cuba nasib glamer ke tak boleh la bukan fan page.


Ahaks!!!





Tuesday, May 24, 2011

Sepagi @ KLCC

Hari Selasa lepas kami bawak Alya g main kat KLCC. First time la kiranya ni bawak dia g main kat taman permainan. Anak dara so excited sampai berlari2 ke sana sini.






Mula2 takut.. lepas tu bukan main lagi berani





Siap suka lagiiii.....





Takut jugak tuuu.....




Aku siap tarik seluar tu ke atas sikit takut terjatuh




Weeeehuuuuuuu!!!




Nasib baik la g 2 orang. Boleh la sorang tunggu kat atas, sorang tunggu kat bawah




Mama support dr bawah lagi... hahahahaha





Lasak betulll..





Cayang mama!!! Papa jugakkkkk!!!





Lepas mandi, masuk kete bagi susu... baringkan je terus lelap...

Penat la mama....


Cayang anak dara mama...






Orang buat baik aku kenang sampai sekarang, orang buat jahat lagi aku kenang

Aku ingat lagi masa belajar dulu ada sorang kawan ni aku sangatla kenang budi bahasa dia. Tapi aku tak ingat nama penuh. Aku panggil dia Cuda je. Orangnya memang lemah lembut, baik. jarang la aku dengar dia meninggi suara. Kalau bad mood duk diam2. Lepas sembahyang rajin mengaji. Kalau aku ada abang memang aku rekemen kawan aku ni. Masalahnya aku sulung. Abang angkat ada la..


Pernah satu hari dia bad mood. Aku gatai mulut menanya macam2 tetiba dia marah kat aku. Aku diam la, tak menjawab since dia pun tak rajin marah, so aku dah guess mesti ada benda tak kena. Tetiba dia datang mintak maaf n kata dia bad mood. Siap pegang aku lagi ni cakap maaf. Tersentuh pulak rasa.


Tak ramai dari kita mintak maaf yang betul2 bawak kesan. Kebanyakannya mintak maaf asal cakap je. orang tu maafkan ke tak kita pun tak pasti. Macam hari raya jugakla, mintak maaf & mintak halalkan makan minum tapi tak sampai ke hati pun. Camno???



Aku pun sama je sebenarnya......





Monday, May 23, 2011

Bila takde masa nak menulis....

Sejak2 kena ambik alih kerja orang ni, tak cukup tangan nak capai semua benda. Minggu ni dah masuk minggu ke 3 tapi masih ada benda yang huru hara. Yang dirancang pun setakat hari ni masih tak menjadi. Nak menulis apatah lagi.


Idea ada, masa yang tak cukup. Mungkin esok kalau ada kelapangan ada cerita yang aku nak share.


Take care koranggggggg........



Secret Recipe pun tak halal????

Baru sat jengah blog ina achik. Baru tau rupa2nya Secret Recipe dah tak halal lagi.


korang baca la kat sini


Walaupun kita ni negara Islam tapi payah nak tau halal ke tak makanan kat satu2 restoran tu. Macam SR ni jugak la. Dulu dah ada sijil halal, kita pun duk pakai sijil tu sampai sekarang. Mana ada orang rajin nak check kat JAKIM tu dia dah renew ke belum, tahun ni ada isu ke tidak.



Pas ni nampaknya no more cakes la.



Monday, May 16, 2011

Bila penat menguasai diri, macam2 perasaan ada

Semalam seharian kami keluar. Dari pagi sampai petang baru balik. Dah balik rumah takda elektrik pulak, keluar lagi (ikut En Hubby jumpa kawan). Bila sampai rumah semula dah hampir Maghrib.


Masak la cincai2 malam semalam. Walaupun badan penat tapi nak jugak masak hari2 cuti ni. Alya pun tak makan bubur tghari tu. Masak bubur sikit je la kononnya. dah lepas masak, mandi n siap2 nak bagi anak makan.


Tengah2 makan 2, 3 suap aku pulak gatai2 main letak botol Vicks atas kepala. Bila Vicks tu jatuh seronokla dia. Bila turn dia, Vicks tu jatuh betul2 dalam mangkuk bubur. Berderai semua bubur atas lantai.



Masa tu perasaan hancur luluh hati ni. Ye la, anak tengah sedap2 makan tetiba semua kat atas lantai dah. Mungkin campur ngan badan yang letih. Tapi sebenarnya memang aku la yang salah sebab au yang ajak main.



Anak dara senyap je. Agaknya tau aku sedih. Nasib baik ada nasi yang baru masak, nasi tu la jadik pengganti.


Agaknya cam tulah perasaan mak2 bila balik dari kerja dengan badan yang penat, anak pulak buat macam2 hal. Nak marah tapi sebab sayangkan anak, senyapkan je. Pun nama budak2, nak marah2 tak pandai nak bezakan baik dan buruk lagi.


Ada masanya benda2 macam ni membuatkan aku teringat zaman kecik dulu2. Macam manalah aku agaknya....




Saturday, May 14, 2011

Sepagi @ Teluk Cempedak

Pagi Sabtu En Hubby ajak g jalan2 kat TC. Best jugak pagi2 dah jumpa air laut. Nyaman je. Yang paling seronok anak dara la....



Mama....mama...





Cak!!!!






Dia pulak yang seronok weiiii






Say Cheeseeee!!!!!






Ok, nak sambung main.





Friday, May 6, 2011

Rozita Che Wan & My Couture

Makin cun pulak aku tengok Rozita Che Wan ni. Sekarang dah bukak business pulak. Korang nak tengok click kat bawah ni.


My Couture










Comei kan?? Umur dah dekat 40 dah (ke dah 40?) tapi macam anak dara. Hish.. camno ni? Jelesnya!!!!!


Thursday, May 5, 2011

Doa buat Alanna - Hati sayu

Semenjak Cik Puan Sheila ajak reader2 dia baca blog Alanna ni, aku cuba sedaya upaya menghabiskan cerita pasal anak kecil yang ditimpa penyakit Gaucher Desease Type II




Korang google la sendiri apa penyakit tu atau boleh baca terus dari blog ni.




Hatta 1 entry tentang anak mereka ni, aku dah bergenang2 air mata. Mereka bercerita tentang arwah anak mereka, aku terbayangkan anak sendiri.




Nauzubillah. Lindungi la anak ku Alya.




Korang bacalah sendiri & sedekahkah Al-Fatihah untuk anak kecik ini.




p/s: kalau korang jenis yang emo, jgn baca kat ofis. boleh meleleh air mata. kang bos korang tanya pulak. 


Gaji nak tinggi tapi....

Kalau ikut kiraan congak aku, tahun ni cukup 10 tahun aku berkerja. Dari kuli sampai ke jawatan sekarang, semua ada kenangan pahit manis. Dari gaji yang tak sampai 1 ribu smpi gaji sekarang. kalau dikenang2 kan balik , aku tak tau camna aku survive ngan gaji banyak tu. Tu duk ngan mak abah, kalau duk bujang lagi lah teruk agaknya.


Tapi budak2 sekarang aku tengok, yang baru keluar U (fresh keluar dr oven ni) masuk kerja dah dapat gaji 2k. Senang betul dapat. Tak la kata jeles, rezeki masing2 la kan. Tapi yang tak bestnya suka nau mengeluh kerja susah. Kena marah sikit, merajuk. Kena tegur sikit, mencuka. Tak campur duk cakap belakang ngan kawan2 lagi.


Pernah sorang budak ni, dek kerana kena tegur kerja kena cepat cepat je nak tulis surat berenti. Bukan dia tak buat kerja tapi dia buat kerja slow sikit. Ketua dia pun sound la buat cepat sikit. dah tak tahan. Adohai... camne la.


Aku suka britau budak2 baru ni belajar la dulu. Tak kisahla dapat berapa pun, ambiklah pengalaman tu dulu. Memangla keja potostat tu cam bodoh2 je, tapi apa salahnya. Semua yang baru belajar start dr keje2 bodoh gitu jugak. Aku pun buat jugak keja potostat tu dulu.


Mak selalu cakap lagi tinggi gajinya, lagi banyak tanggungjawab.


Bila aku ngular2 kerja (kadang2 takda mood kan???? jalan2 la kejap), tetiba teringat kata2 mak ni....


Insaf kejap, pastu buat balik .... hehehehe




Tuesday, May 3, 2011

Update semasa coti

Hari Isnin, En Hubby ajak g makan nasi Arab dekat2 dgn Setiawangsa. Ni belanja sempena anniversary la.
Tentula seronok orang nak belanja.. Lompat2 dalam hati, kalau lompat sungguh buruk benar rupanya.






En Hubby makan nasi Arab lauk kambing, aku lauk ayam. Sedap tapi tak habis makan. And dia punya service pun kasar sikit.


the food


Hari Selasa, aku n Idah pergi Penang ambik adik yang baru habis exam. Sikit punya tension travelling ngan budak ni. Kejap2 dia tanya,


Along, itu gua batu kapur kan????

Yang tu bukit ke gunung????

Eh, kan sini pun ada pencawang letrik.

Batu kapur boleh buat apa long??

Macam mana nak tau yang tu bukit ke gunung??


Tension akuuuuuuu!!!!!!!! Nak kata gagal Geografi tak jugak. Apa ke banghal sangat soalan. Yang kurang ilmiah sikit tak da ka??


Nak aja aku turunkan dia tepi highway. Kalau tak mengenangkan mak bakal tanya mana anak dia, memang dah selamat aku tinggalkan budak ni.


update : ye la, ye la. ada benda lagi yang aku tak citer. oleh kerana idah banyak sangat tanya pasal gunung n bukit tu tetiba bila kitorang sampai di satu tempat ni, gunung2 (or maybe bukit2 tu) nampak bersambung antara satu sama lain. aku pun sardin je la jawab, mungkin BANJARAN


Jawapan sangat hancur sebab knowledge Geografi ke laut..


Soalan : Memang BANJARAN kah????
 


Monday, May 2, 2011

Hari ni ulang tahun perkahwinan kami yang ke 2

Aku baik hati kome, bg coti kat kome2 semua sempena anniversary aku yang baru no 2


Ingat senang ke nak bagi coti??


Sikit punya susah tau.. hehehehehe


Doakan kami yang bertiga (setakat ini) bahagia dunia akhirat yer...


Dah, g sambung coti...