Tuesday, May 31, 2011

Benci betul bila tak tau nak letak tajuk apa. Korang baca je la

Halu u ollsssss....... (gedik sungguh bunyiknya. hehehehe)


Benci betul bila ada idea nak update blog, masa tu la keja berlambak2 atas meja. Masa tak da kerja idea kering la pulak.


Tak pun idea ada. Dah siap nak tulis ni, tetiba ada pulak kerja urgent. Kalau betul urgent takpe jugak. Bila buat beria2 hari ni tetiba esok ada lagi kat bos. Takda action pun. Dalam hati kalau gitu tak urgent la namanya bos oiiii...


Korang pernah dengar ayat cam ni tak, kalau kita permudahkan kerja orang, orang permudahkan kerja kita balik. Sama cam buat baik kat orang, orang buat baik kat kita. Kalau korang tengok satu2 company tu kalau polisi dia cepat2kan payment orang, aku tengok panjang 'usia' company tu. Kalau payment orang pun liat nak bayar (ada duit tapi suka bayar lewat2), payah jugakla rezeki ko nak masuk.


Sama la jugak kalau suka bayar gaji lambat. Padahal bukan takda duit. Tapi sebab memang penyakit suka buat kerja lewat2 ni. Aku memang benci buat kerja cam ni. Sekarang aku buat cara mudah. Pukul 6 aku nak balik no matter what. Ko lambat ko punya hal. Kalau time gaji (tak kira la gaji sapa pun) aku kejar suh tengok awal. Setiap jam aku tanya..


Hambek kau.....


Orang suka buat kerja bertangguh ni samaada pertama memang penyakit dia. Semuanya lambat. Buat decision lambat, buat payment lambat.. Duit nak pulak cepat masuk. Heran betul. Tengkuk dia aja nak lepas, tengkuk orang dia tak kira.


Atau yang kedua, memang dia dengki orang dapat awal. Tak pun dia memang suka tengok suffer. Orang macam ni kalau ada staff 200 orang yang maki dia, pendek umur la jawabnya.


Nasihat aku, korang kalau nak join mana2 company check2 la dalam forum ada tak orang kutuk2 company tu. Kalau ada toksah la join. Buat sakit ati yo....



2 comments:

  1. ofis ET ni takdelah masalah lambat byr gaji.. selalunye by 29 dah dapat

    masalah problemnya adalah.... suke nau suruh aku buat cepat..cepat..cepat...... pastu bila dah buat baru nak pikir...akhir kata PENDINGlah keje yg aku buat ceceapt tu kat dlm bilik... asal tanye je.. "oh aku lupa" jawab bos itu

    sy cek jugak kat internet pasal company baru ni..so far lom jumpa lagi....tak tauhlah kalo doarng tak kutuk tak reveal nama companya ke

    ReplyDelete
  2. baik sgtla kalau orang tak reveal nama company. tak pun dia pakai short form. ko check2 jugak la. jadik jugak ko berenti sheila oii.... tak dapat la anugerah pekerja terulung kalau camni. tak cukup 10 tahun

    ReplyDelete