Monday, May 16, 2011

Bila penat menguasai diri, macam2 perasaan ada

Semalam seharian kami keluar. Dari pagi sampai petang baru balik. Dah balik rumah takda elektrik pulak, keluar lagi (ikut En Hubby jumpa kawan). Bila sampai rumah semula dah hampir Maghrib.


Masak la cincai2 malam semalam. Walaupun badan penat tapi nak jugak masak hari2 cuti ni. Alya pun tak makan bubur tghari tu. Masak bubur sikit je la kononnya. dah lepas masak, mandi n siap2 nak bagi anak makan.


Tengah2 makan 2, 3 suap aku pulak gatai2 main letak botol Vicks atas kepala. Bila Vicks tu jatuh seronokla dia. Bila turn dia, Vicks tu jatuh betul2 dalam mangkuk bubur. Berderai semua bubur atas lantai.



Masa tu perasaan hancur luluh hati ni. Ye la, anak tengah sedap2 makan tetiba semua kat atas lantai dah. Mungkin campur ngan badan yang letih. Tapi sebenarnya memang aku la yang salah sebab au yang ajak main.



Anak dara senyap je. Agaknya tau aku sedih. Nasib baik ada nasi yang baru masak, nasi tu la jadik pengganti.


Agaknya cam tulah perasaan mak2 bila balik dari kerja dengan badan yang penat, anak pulak buat macam2 hal. Nak marah tapi sebab sayangkan anak, senyapkan je. Pun nama budak2, nak marah2 tak pandai nak bezakan baik dan buruk lagi.


Ada masanya benda2 macam ni membuatkan aku teringat zaman kecik dulu2. Macam manalah aku agaknya....




1 comment:

  1. ha... tu kena ingat ... kena appreciate kat emak emak kita ... so, kalau kena pukul ngan rehal masa tak dapat baca kitab tu ... ada la sebabnyer tu ... hahaha... pastikan rehal kat umah awak tak dibuat dari kayu... lebam kepala alya nanti...

    ReplyDelete