Tuesday, June 28, 2011

Pakcik, tolong betulkan enjin motor tu..

Hari ni keluar dari rumah waktu macam biasa. Jalan pun tak jem giler cam semalam.


Masa lalu kat depan Mont Kiara aku rasa cam ada yang tak kena dgn kete aku ni. 
Cam ada benda yang aku heret sama. Nak kata masa lalu tadi ada plastik tak jugak. 
Nak kata heret sampah sarap tak jugak. 
Pelik betul.


Makin lama bunyi makin kuat. Hati dah ingat nak berenti je kat tepi jalan ni. 
Kena hon pun, hon la. Aku tak pedulik.


Tiba-tiba...


Lalu la pakcik motor dengan motor semput dia. Siap masa lalu tepi aku motor dia hilangkan semput kat situ.
Pek.. pek.. pek.. pekk.. bunyik dia...


Kurang ajaq betullll!!!!! 


Mati2 aku ingat kete aku problem. 
Rupanya enjin motor pakcik ni kuat bunyik dr belakang lagi...



Pakcik.. pakcikk.. tolongla g betulkan enjin motor tuuuuu......




Monday, June 27, 2011

Buah hati, pengarang jantung.. dia la segalanya


Anak dara sangat notty sekarang.
Jangan la kata 'tak' kat dia... mula la dia protes nanti.


Semalam, mungkin kerana keboringan di petang hari aku bawak dia jumpa 'mak' (pengasuh).
Kawan2 pun ramai kat sana, sempat la dia main2 kejap.
Balik dari rumah mak, dia tolong En Hubby basuh kete pulak.





kat muka pun ada sabun...:)




Tengok tu..... rajin kan anak aku...





Dia buat muka nakal .....




Alya sangat sibuk k... tolong jgn kacau...



Macam mana nak marah??? Cair lagi adalah...



Friday, June 24, 2011

Dah lama tak capture gambar budak kecik ni.

Lately anak dara suka tido awal. Kadang2 bukan tido pun, dia ajak golek2 atas katil (sambil main remote aircond). Suasana sejuk cepatla dia tido. Tapi bukan boleh kira sangat, kalau tetiba dia rasa nak main, dia turun katil la.


Baru perasan lama dah tak capture gambar dia. Lama tak perati betul2 perubahan dia. Cuma sekarang papa dia kata asal nak balik rumah waktu petang, dia taknak (En Hubby yang pick dia dr rumah pengasuh). Siap nangis2 lagi. Hohoho, seronok sangatkan anak ku main ngan kawan2???





Gambar pertama standard la tak senyum. Lepas tunjuk balik gambar kat dia, dia get ready untuk capture gambar seterusnya.





Jual mahal taknak senyum jugak.


Semalam masa proses membasuh berak, br perasan kat dada dia merah2. Check2 kuku, la panjang betul. Apa lagi, pg td proses memotong kuku la. Mengamuk kawan tu mama kacau masa nak hisap jari. Nasib baik papa tolong. Sangat la mengada anak dara sekarang.


Hujung mggu ni nak belek anak dara lebih sikit la. Dr minggu lepas busy tak sempat nak main2 sangat ngan anak. Tak syiok bila kita miss pembesaran anak.


Selamat Hari Jumaat all....




Thursday, June 23, 2011

Korang baca tak buku ni??



Aku memang suka betul kat buku ni. 
Jalan citer best & somehow practical la cara hubby dia nak overcome problem wife dia ni. 
Cuma sorang dah mati, sorang masih hidup. 
Sedih la jugak at the beginning. 
Korang baca jgn lupa bawak towel k.






Sinopsis novel



Holly and Gerry were the perfect couple.
Not sickening perfect, but perfect for one another. 
And so when Gerry dies of a brain tumor, Holly feels utterly lost and depressed, staying in her apartment and deteriorating. 
Finally she emerges from her cocoon, but still isn't ready to reembrace life.
 Despite the efforts of her family and friends, she can't move on.
Then she receives a package from beyond the grave: the List.
 Gerry wrote it before his death, leaving her instructions to do things like buy a bedside lamp, sing karaoke, and ends every note with "PS, I love you." 
Holly obeys the List -- sometimes happily, sometimes reluctantly -- and her new experiences help her to remember the past, while looking to the future.



Korang baca la sambil lentuk2 kepala.. sure layan....



Hari ni birthday En Hubby pulak

Semalam birthday aku, hari ni birthday En Hubby pulak. 
It's double celebration !!!
Rai pun sekali j, takda duaploh ampat kali.




alya sangat menurun muka papa dia kan? kan??


HAPPY BITHDAY PAPA ! 


from mama & alya

Tuesday, June 21, 2011

My half boil egg

Aku tau susah nak reka macam2 nama yang hebat untuk tarik perhatian orang nak datang makan kat kedai kita.
Tapi ada masa nya deme kena gak berkira-kira nak bagi nama. 
Cuba korang agak apa nama komersial yang dia bagi untuk makanan kat bawah ni?






tak sempat nak snap gambar yg betul tp bila google, eh... sama la...


jom teka tajuk makanan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



sweet love toast with boiled egg.



aku harapkan ada la honey (sebab sweet kan) rupanya ko buat bentuk love atas roti tu.
lunyai la weiii roti tu.. 
demmm.....



Monday, June 20, 2011

Anak dara & macam-macam perangai

Salam & Happy Monday All....


Pelik, biasa nya asal Senin je aku malas. Hari ni aku berkobar duk depan komputer. Sambil buat kerja, sambil update resume. Eh.


Anak dara ku makin lama makin bijak nak ajak main. Pun makin lama makin cengeng. Jatuh sikit nangis, tak ikut cakap dia nangis. Meleleh2 air mata ni. Merah2 hidung. Air hidung ngan air mata sama banyak.. hahahaha....


Kalau masa makan dia pun nak suap sendiri. Sekarang kena sediakan 1 bowl unt dia, satu bowl lagi makanan yg aku nak suapkan. Sambil makan, sambil dia kacau makanan dalam bowl dia. Aku ni dah la bangas tak suka org buat sepah. Bila sampai kat anak yang buat sepah, terpaksa sabar. Nak di marah kecik lagi. Kalau tak bagi kang melalak lagi aku tak sabar.


Aku ingat lagi masa Adik kecik2 dulu. Kalau aku marah kat dia mesti lepas tu aku nangis pulak. Padahal dia takda apa pun. Actually time Alya ni pun aku cam tu gak, lepas aku rasa geram, aku rasa bersalah. Sayang tu memang la sayang tp kalau dia buat perangai, eeeiiiii geram betul.


Semalam aku bawak dia jalan2 kat kawasan perumahan ni. Kusyuk sungguh dia tengok ayam.. Pelik benar agaknya ayam tu tak sama ngan kucing. Siap buat bunyik2 lagi panggil ayam tu. Sangat sweet. Agaknya kalau dia nampak hanjing, maukah dia buat suara sweet itu?? hohohoho




Dia nyaris duk atas kucing semalam. Kalau tak ditahan harus dia guling2 kat situ
(gambar adalah di google y kawan2)


p/s : semalam dia duduk atas buah oren. agaknya boleh makan lagi tak buah oren tu???



Thursday, June 16, 2011

Tak tau apa nak update, main redah je

Tajuk adalah sangat huru hara. Kalau aku kata sekian terima kasih mesti korang marah kan..... hihihi


Tak tau nak update apa. Hari2 dgn benda yang sama. Keje tak habis2. Kalau nak gaji j mesti last minit. Apa pun last minit la. Tapi keje nak up to date. Aku tensi. Bank kata sorang staff kat sini, hari ni kawen esok nak anak. Cam tu la kira2 perumpamaan Karam Singh Walia version ofis aku nih.



Toh puan alya amina payah betul nak minum susu sekarang. Manangis2 taknak minum susu. Orang lain menangis2 lapar, dia terbalik. Malam tido tetap tak minum susu, tetiba tengah malam bangun, aku bancuh susu 8 auns, habis dia minum. Licin. Tau pulak dia lapor.


Semalam huru hara sikit sebab En Hubby ada hal kat luar. Ambik dia dah la lambat, pastu smpi rumah j terus capai biskut cheese craker. Pandai pulak dia carik biskut tu. Sambil makan biskut (pegang kanan kiri lagi) dia nak dukung. Pastu merengek2. Aku syak masuk angin budak ni. Bawak goling2 atas katil sambil bukak aircond, dia senyap sikit tapi masih merengek. Biskut tetap tak lepas. Susu tetap tak minum. Pastu tertido..


Aku dah la jenis cuak. Lagi2 kalau berkaitan anak ni. Sensitif nau. Ada sekali tu alya jatuh aku bantai menangis teresak2. Alya pun pelik agaknya, sapa yang sakit. Dia ke aku???


Ok.. tetiba ada keja last minit.. Eeeiiii .. benci mak..




Tuesday, June 14, 2011

Sapa kata kecik2 tak boleh tolong mama kat dapur



Walau kat dapur, posing tetap posing





Siap lambai2, dah macam artis...


Still, she's my everything.. Thank you Allah. 


Monday, June 13, 2011

Demam Nora Elena

Korang mesti tengok kan cerita ni? Tengah 'berhantu' citer ni sekarang. Habis semua orang nak husband yang caring maring macam Seth tu.




Ada satu episod tu aku siap ui syiok giler nengok dorang berdua. Rasa cam nak lompat dalam citer.


Gile hover......


Sian anak aku, kalau selalu pukul 7 tu aku dah bukak Astro Oasis dengar orang duk berzikir, sekarang mama dia ambik alih 'zikir' lain pulak.. Takpe nak, lepas habis citer ni, mama tak tengok dah citer lain...





Tiba2kan minggu lepas aku tengok ada surat bantahan ke TV3 untuk citer ni.. Korang baca la sendirik ye....



Nowa,
Kakitangan Kajaan,
Putrajaya

TV3
Sri Pentas,
No 3, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya

Tuan,

Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena

Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut.

i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu. Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah dengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni?

ii) Jiwa jiwa suami juga turut terganggu. Ini kerana, apa bila tiba scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, tingkat bawah..(gila gagah..aritu aku nak branak, laki aku gendeng henbek aku, beg kain aku, pastu tunggu aku kat grill depan umah, aku la terkedek-kedek jalan sendiri..pastu pegang lengan aku je tau..bila suh dukung macam biasa drama atau filem buat, laki ckp, "ah gile mung, patoh pinggang!" Pastu sampai sepital, lari lari amik wilca..kalu dukung macam drama melayu kan bagus??)
Oh pasal part romantik tu, biasanya isteri akan menjeling kepada suami, disertai dengan kata kata sinis, "dedi mung ni masa dulu geletak nok ke mami, masa mami begetoh je belanar beli bunga, minyok wangi, cekelat bagai..leni doh dapat mami doh haghammmmmm!!! asal besday ke anniversary ke, pakai tektik, hadiah ai pada yu adalah sebuah cinta yang murni dan ikhlas"....itu je?? harharharharam!!
Paling koman, selepas jelingan tajam, cubitan kental di lemak perut pasti akan singgah di bahagian perut suami.
Jadi, sebagai lelaki melayu, suami, mereka juga merasa hangat dengan penyiaran drama bersiri ini.
Kebiasaan jugak, malam malam yang sepatutnya diisi dengan aktiviti sukan berair akan berlalu begitu saja, pabila sang isteri makan hati, lelaki melayu dalam drama lagi romantik dari laki sendiri. Saje saje wat merajuk, ingatkan si laki pujuk cam si Seth pujuk Nora, tapi tak tau laki sendiri penat, dah, amik kau, sampai ke pagi tak dapat apa apa..laki tak pujuk satu hal, laki horny dibuat bini gitu pun satu hal..Sian Johnny!

iii) Memberi harapan pelesu kepada gadis gadis yang belum menikah.
Apabila pengaruh Seth Tan mula menular, maka ramai gadis gadis mencari pasangan hidup yang romantik nak mampus macam Seth Tan. Selepas menonton siri itu juga, kajian secara rambang mendapati kebanyakan dahi gadis gadis lebam. Ini adalah berikutan dengan tabiat sebelum tido mereka yang gemar meletakkan belakang tapak tangan ke dahi sebelum tido sambil berangankan lelaki seromantik Seth Tan, walau sebenarnya, Non Ada lelaki MELAYU seromantik itu. Yang romantik cumalah, lelaki Bangladesh, lelaki Lombok, dan Shahrukh Khan sahaja.

iv) Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh.
Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga. Sedangkan boipren tu keja Kerani je kat Kementerian Kewangan. Gaji pun RM1500 jek. Kau gile sekuntum bunga brape hengget?? Kalu nak 3 kuntum sebulan, takpe jugak. Ni nak 21 roses everiday?? Kau gile, ko nak mamoh kelopak bunga ke? Kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand-demand? cess

v) Tak logik punya citer..Brape lama kawen baru bole 'bersama'?? Ada ke lelaki sesabar Seth tu.. Ok, takde ke tunjuk scene Seth 'tumbuk sambal'?? eh, kalu betol ada lelaki tak penah sentuh isteri, kira mesti dia 'tumbuk sambal' kan? hahahha...takut awak sakit belakang konon..padahal ajak tido skali..mood cameron suda mari..eh, tetiba teringat Jay....kahkahkahakha

vi ) kari hangus, nasik hangit
Duk sibuk berkejar dari dapur ke hall, pastu ke dapur semula, pastu part ehem ehem, part ada pelangi, dah teralit, tengok sambil berangan, jeling laki, dah lupa kari kat dapur..hangit gitu je..

vii) Mengganggu tumbesaran anak kecil.
Pabila seorang isteri, terpengaruh dengan apa yang dilihat di kaca telebisi, nak perli secara derek kepada laki sendiri takut kena penampo, jadi, anak kecil dijadikan medium untuk menyampaikan isi hati

"tengok tu Alya, dulu dedi mung semart gitu ah, nok g dating siap bukak pintu bagai sume? leni? mami terkedek kedek bawok barang dia hon siap siap doh"
"owoh Alya ork? napok ngat nipu..mana ada orang kawen doh romantik gitu ork??"
Kesian la budak kecit tu terkebil kebil tak tau ape mak dia bebelkan

3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Dan semoga dengan ini, tiada lagi kekeliruan dan kecelaruan minda penonton penonton lagi. Mana ada lelaki romantik gitu dalam dunia..kalu ada pun sebelum kawen, lepas kawen, bagi setahun, atau dah dapat anak sorang, jadi kayu la semuanya..Jadi, dimohon pihak tuan agar tidak mempermainkan perasaan kami, dan memberi harapan pelesu kepada gadis gadis diluar sana

Sekian,

"BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA"



( NOWA)
Pengerusi,
Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan
Putrajaya



p/s: kalau termiss citer ni boleh tengok kat tonton.com.my.. hehehehe


Tuesday, June 7, 2011

Aku takkan terpedaya miss promoter

Fuh.. fuh.... (lap habuk jap)


Cam lama tak menulis. Padahal minggu lepas ada entry.. Hover sungguh....


Last Friday our beloved uncle kembali ke rahmatullah kerana kanser. So aku emergency leave la on Friday tu. Tak sangka pulak demam sampai ke hari ni. Actually tak la teruk tapi kejap demam kejap ok.


Sementelah dapat MC (hohoho... doktor tu memang gila baik, sapa yang duk area Sek 13 PJ, boleh tanya kat aku klinik mana aku g) aku pun duk settlekan rumah, taman & kain baju (of course). Tetiba pukul 3 ada la minah ni bagi salam punya la kuat depan rumah aku. Aku tengah jemur kain masa tu (pagi malas nak jemur derrrr sedap tido bersama2 ngan kepala yang bingung)


Aku jengah dr ampaian sambil jawab salam tetiba dia boleh melatah. Dia ingat kelakor agaknya latah dia tu. Muka aku serius macam rimau (gile ko panas2 buta ko jerkah rumah orang). Boleh pulak dia tanya aku owner rumah tu ke sebab rumah tu besar. Aku kata aku sewa j kat sini & rumah ni ada 4 pintu.


Dia tanya pulak owner rumah ni duk mana. Aku dahla muka masam mencuka ko boleh tanya macam2. Geram betul aku ngan perempuan tu. konfiden level tinggi betul masa bertanya. aku cakap je la rumah tu rumah mak aku.


Rupa2nya dia kata last weekend ada kawan2 dia datang edar barang. Aku highligh semula ye. EDAR.
Aku ingat dia edar barang kecik sekali dia masuk kete ambik sekotak besar penapis air. Konon nak cerita kat aku la apa barang tu. Tiba2 dia kata



Meh kak kita masuk rumah


Sah budak ni nak kena. Itu rumah aku ke rumah dia. Binawe betul..


Secepat kilat aku kata aku nak keluar makan tengahari. Boleh pulak dia kata nk datang balik pukul 4. Lagi sengal... 1 jam je. Aku duh datang pukul 5 ptg.



Dah siap sidai kain, aku ajak Mr Hubby g makan pukul 5. Lantakla budak tu nak tunggu ke hapa. Aku tak terpedaya ngan jual2 macam ni dah.


Nasib ko memang tak baik dik.. Salah timing...