Tuesday, June 7, 2011

Aku takkan terpedaya miss promoter

Fuh.. fuh.... (lap habuk jap)


Cam lama tak menulis. Padahal minggu lepas ada entry.. Hover sungguh....


Last Friday our beloved uncle kembali ke rahmatullah kerana kanser. So aku emergency leave la on Friday tu. Tak sangka pulak demam sampai ke hari ni. Actually tak la teruk tapi kejap demam kejap ok.


Sementelah dapat MC (hohoho... doktor tu memang gila baik, sapa yang duk area Sek 13 PJ, boleh tanya kat aku klinik mana aku g) aku pun duk settlekan rumah, taman & kain baju (of course). Tetiba pukul 3 ada la minah ni bagi salam punya la kuat depan rumah aku. Aku tengah jemur kain masa tu (pagi malas nak jemur derrrr sedap tido bersama2 ngan kepala yang bingung)


Aku jengah dr ampaian sambil jawab salam tetiba dia boleh melatah. Dia ingat kelakor agaknya latah dia tu. Muka aku serius macam rimau (gile ko panas2 buta ko jerkah rumah orang). Boleh pulak dia tanya aku owner rumah tu ke sebab rumah tu besar. Aku kata aku sewa j kat sini & rumah ni ada 4 pintu.


Dia tanya pulak owner rumah ni duk mana. Aku dahla muka masam mencuka ko boleh tanya macam2. Geram betul aku ngan perempuan tu. konfiden level tinggi betul masa bertanya. aku cakap je la rumah tu rumah mak aku.


Rupa2nya dia kata last weekend ada kawan2 dia datang edar barang. Aku highligh semula ye. EDAR.
Aku ingat dia edar barang kecik sekali dia masuk kete ambik sekotak besar penapis air. Konon nak cerita kat aku la apa barang tu. Tiba2 dia kata



Meh kak kita masuk rumah


Sah budak ni nak kena. Itu rumah aku ke rumah dia. Binawe betul..


Secepat kilat aku kata aku nak keluar makan tengahari. Boleh pulak dia kata nk datang balik pukul 4. Lagi sengal... 1 jam je. Aku duh datang pukul 5 ptg.



Dah siap sidai kain, aku ajak Mr Hubby g makan pukul 5. Lantakla budak tu nak tunggu ke hapa. Aku tak terpedaya ngan jual2 macam ni dah.


Nasib ko memang tak baik dik.. Salah timing...





No comments:

Post a Comment