Monday, June 20, 2011

Anak dara & macam-macam perangai

Salam & Happy Monday All....


Pelik, biasa nya asal Senin je aku malas. Hari ni aku berkobar duk depan komputer. Sambil buat kerja, sambil update resume. Eh.


Anak dara ku makin lama makin bijak nak ajak main. Pun makin lama makin cengeng. Jatuh sikit nangis, tak ikut cakap dia nangis. Meleleh2 air mata ni. Merah2 hidung. Air hidung ngan air mata sama banyak.. hahahaha....


Kalau masa makan dia pun nak suap sendiri. Sekarang kena sediakan 1 bowl unt dia, satu bowl lagi makanan yg aku nak suapkan. Sambil makan, sambil dia kacau makanan dalam bowl dia. Aku ni dah la bangas tak suka org buat sepah. Bila sampai kat anak yang buat sepah, terpaksa sabar. Nak di marah kecik lagi. Kalau tak bagi kang melalak lagi aku tak sabar.


Aku ingat lagi masa Adik kecik2 dulu. Kalau aku marah kat dia mesti lepas tu aku nangis pulak. Padahal dia takda apa pun. Actually time Alya ni pun aku cam tu gak, lepas aku rasa geram, aku rasa bersalah. Sayang tu memang la sayang tp kalau dia buat perangai, eeeiiiii geram betul.


Semalam aku bawak dia jalan2 kat kawasan perumahan ni. Kusyuk sungguh dia tengok ayam.. Pelik benar agaknya ayam tu tak sama ngan kucing. Siap buat bunyik2 lagi panggil ayam tu. Sangat sweet. Agaknya kalau dia nampak hanjing, maukah dia buat suara sweet itu?? hohohoho




Dia nyaris duk atas kucing semalam. Kalau tak ditahan harus dia guling2 kat situ
(gambar adalah di google y kawan2)


p/s : semalam dia duduk atas buah oren. agaknya boleh makan lagi tak buah oren tu???



2 comments:

  1. hehehehe.....slalu kan dia cium buah tu..awaitnya ya duduk plak...rasanya kalau makan lagi sedap kot......heheheehe.cecuba

    ReplyDelete
  2. hehehe...ala dh besar,dah pandai,sabo je la long,sedap gak kalau makan oren penyek,tak pn ya nak tlg wat jus oren kot...

    ReplyDelete