Friday, June 24, 2011

Dah lama tak capture gambar budak kecik ni.

Lately anak dara suka tido awal. Kadang2 bukan tido pun, dia ajak golek2 atas katil (sambil main remote aircond). Suasana sejuk cepatla dia tido. Tapi bukan boleh kira sangat, kalau tetiba dia rasa nak main, dia turun katil la.


Baru perasan lama dah tak capture gambar dia. Lama tak perati betul2 perubahan dia. Cuma sekarang papa dia kata asal nak balik rumah waktu petang, dia taknak (En Hubby yang pick dia dr rumah pengasuh). Siap nangis2 lagi. Hohoho, seronok sangatkan anak ku main ngan kawan2???





Gambar pertama standard la tak senyum. Lepas tunjuk balik gambar kat dia, dia get ready untuk capture gambar seterusnya.





Jual mahal taknak senyum jugak.


Semalam masa proses membasuh berak, br perasan kat dada dia merah2. Check2 kuku, la panjang betul. Apa lagi, pg td proses memotong kuku la. Mengamuk kawan tu mama kacau masa nak hisap jari. Nasib baik papa tolong. Sangat la mengada anak dara sekarang.


Hujung mggu ni nak belek anak dara lebih sikit la. Dr minggu lepas busy tak sempat nak main2 sangat ngan anak. Tak syiok bila kita miss pembesaran anak.


Selamat Hari Jumaat all....




No comments:

Post a Comment