Thursday, August 25, 2011

Bila tengok gambar 2 lama...

Aku tak rajin dah ambik gambar lepas ada anak ni. Masa mengandung lagi la. Boleh dikira. Dengan muka tembun, badan debab.. eeeiiii camno nak ambik gambar. Tak selera.


Pagi ni rajin pulak belek pendrive tengok gambar2 lama. Actually tak la banyak beza except for certain bahagian yang sedikit mengembang (taknak ngaku jugak tu). Gedik masih sama.



ni namanya ambik gambar control macho  padahal bukan ada sapa dalam kete. 




hohoho.. ni gambar raya, so ada reason knp pipi nampak lebih gebu drpd biasa




aku suka gambar santai2, tak perlu kata cheese atau 1,2,3.. tup2 tau gambar cantik (sebab camera dia dahsat mahal lol)




gambar gedik tak hengat pura2 pandang tempat lain sambil dibantu oleh rakan2...benci ahhh





kurus tak pipi ai??? auwwww




gambar wajib oltromen taro & adik beradik harus ada.. lagik benci kan???

 



lastly, kegedikkan itu dikongsi bersama adik beradik yang sama gedik tapi tak sama saiz..


sekian, entry hari ni akibat rasa tak hingin nak kherojeee..


Wednesday, August 24, 2011

Beli yang murah aje udah..

Semalam lepas g pejabat pos, 'terlalu' kat depan Guardian pulak. Masuk al kejap konon nak usha lotion untuk Alya. Sekali 'terpegi' kat bahagian kosmetik. Ada gak lotion kat situ. Lotion muka.


Lepas jengah2 lipstik 'terbekenan' pulak kat lipstik Silkygirl ni. Aku kan muda remaja lagi. So tak rasa bersalah la duk kat situ. Colour ok. Tak matte sgt, tak la cair sgt macam 1 lipstik lama aku tu. Asal letak, minum air sikit, dah hilang. Kalau duk kat mulut sejam dah cukup baik. Yang ni tak kering & elok je warna dia...


Dan yang penting harga dia pun tak mahal. RM 17.90 je korang.. Aku ambik 2 colour, NAKED & SENSUAL. Korang boleh check kat sini .


Yang lagi best buy 1, free 1. Kalau anak korang baling & patah pun korang boleh ganti lagi 10. Tak ralat. Cuba kalau yang dia baling tu lipstik MAC. Tak menangis???


Masa aku nak bayar tu duk mengulang tanya kat adik kat kaunter tu 2 kali mengonpomkan. Tak kuasa nak beli sampai 2 sebenarnya tapi kalau free aku ambik la kan. Adik tu siapkata 'takpe kak, kedai ni saya yang punya'. Padahal aku tau bukan dia yang punya tapi sebab dia yang duk kat kaunter, dia yang tag harga, ikut la kan. Kalau tetiba dia yang salah, dia la yang ganti. Nak aku snap gambar dia letak kat sini, risau pulak kena berenti kerja dek statement yang dia bagi kat aku. Tak pasal.


Apa lagi korang. G la terjah Guardian.





Monday, August 22, 2011

IFTAR @ Funky Villa




Motif letak gambar ni dulu sebab kitorang duk sebaris. Senggung tangan sikit dah berlaga. Kalau gemuk sikit lagi berlaga punggung pulak... Kalau nak ngumpat lagi best, siap cakap 'on skype' ... Padahal duk sebelah2 je. Boleh siap gelak2 lagi macam jauh sangat...





Nak g solat..




Aku rasa aku kurus bulan posa ni tapi pipi tak turun-turun. Tetap nampak bolat.




Aku takda dalam gambar. Ni yang aku marah. Dah balik baru nak ajak ambik gambar ramai2. Tensi ai ...



Thursday, August 18, 2011

There is no perfect father




Sedih pulok rasa lepas tengok video ni. Tu yang aku malas nak tengok time kerja ni, bergenang2 air mata. Dah la memang ratu tang air mata.


Bila tengok video ni teringat satu kisah masa aku kat Yayasan selangor. Tak salah aku masa tu Form 2. Sorang kakak senior ni memang lancau sikit mulut dia. Sikit2 maki. Salah sikit pun dia mencarut.


Satu hari ayah dia janji nak datang. Sepatutnya tengahari tapi tak datang2. Dia dah siap tunggu kat lobby. Dulu2 mana orang pakai nau handphone ni kan. So dia kol la thru public phone. Masa tu dia dah marah dah. Lepas kol masih tak sampai2 jugak. Hati kawan tu panas la. Dia maki ayah dia. Kitorang yang duk lepak kat bawah tu siap beristigfar dah masing2. Yer la kan, yang ko maki tu ayah sendiri. Tak lama lepas tu sebelum maghrib dia dapat berita...


Ayah dia eksiden kat bulatan yang jauhnya lebih kurang 200m dr asrama kitorang. Yang sedihnya, ayah dia meninggal u all... Meraung kakak tu. Kitorang ni dah tak tau nak kata apa dah. Tak terkata. Spechless...


Nasihat aku nak maki berpada2. Kalau salah sikit2 tu tak perlu la sampai nak maki. Kalau tak tahan sangat ko tulis blog macam aku. Kan senang. Dah tulis, post.. lega..


Aku tertanya2 camna dia mengatasi rasa bersalah kat arwah ayah dia.



p/s : Teringat abah kata lepas arwah Pak Aik,  dalam ramai2 adik beradik dia, hanya Mak Cu yang cium dia. Start from that, kalau aku teringat, mesti lepas salam cium abah. 

Tuesday, August 16, 2011

Kisah hantu di bulan Ramadhan

Mana ada hantu bulan Ramadhan kan? Kan setan2 semua kena ikat, hantu pun sekali la kan?? kan??


Teringat kisah hantu kat rumah parents masa mengandungkan Alya dulu. Kalau tak salah hari kejadian tu sehari sebelum puasa. Macam ni kisahnya....


Kat area2 atas rumah aku ni ada pusat asuhan kanak2. Ala, pusat asuhan biasa2 j. Tak la glamer2 cam tempat lain. Budak2 bujang ni suka lepak kat depan rumah tu waktu maghrib. Kawasan perumahan ni pulak bersebelahan dengan hutan sikit. Kadang2 ada babi hutan yang tersesat keluar dr hutan tu. Kadang2 hanjing. Aku tak pasti la pulak, hanjing tu hanjing hutan ke hanjing bandar. Camane pulak le aku nak check ye tak???


So, malam tu budak2 ni duk melepak ramai2 tiba2 keluar la sekor hantu ni. Kalau ikut cerita kata PONTIANAK. Ntah ye ntah tidak pun aku tak tau. Camane dorang boleh kenal PONTI pun aku tak tau.. Sama macam dalam cerita kah??? Bertaburan la budak2 ni berlari balik. Ada yang ketar2 bila dah sampai rumah. Tau pulak dorang ni takut.


Tapi tu la yang memusykilkan aku tu. Bukan ke kalau esok dah puasa, malam tu setan dah kena tambat? Habis sapa pulak yang jadik PONTI tu yerk??


N aku wonder jugak apa agaknya dorang maki hantu tu. adakah dorang kata 'cilanat punya hantu' atau 'setan betul'. Ke dorang kata 'babi betul'?? macam tak kena sebab bukan babi yang kejar dorang kan??


Mungkin dorang kata 'kambing betul'... Busuk agaknya bau PONTI tu. kan??? kan???







Friday, August 12, 2011

Aku memang tak boleh baca citer sedih.. lebat 'air hujan' hari ni


Aku copy cerita ni dr FB. Ntah ye ntah tidak aku tak tau. Yang pasti cerita ni betul2 menyentuh hati.


Hargai & sayangi org2 disekeliling kita sementara mereka masih bernyawa.....

Kisah Benar : "Abang,tunggu mak di syurga ya"


Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.


Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.


Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.


Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.


"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.


Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.


"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"


Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.


Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.


Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"


Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.


Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.


Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.


Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.


Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?


Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.


Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.


Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.


Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.


Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.


Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.


Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.



26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!


Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,


Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.


Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.


Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.


7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.


Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.


Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.


Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"


Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.


Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.


13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.


Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?"


Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"


Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"


Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.


Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"


Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.


Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.


Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"


Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"


Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.


"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"


Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.


Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.


Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.


Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!


Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!


Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.


Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!


27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.


"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"


Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.


5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.


"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"


Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.


Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.


7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.


Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.


Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.


Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.





8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu.


Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.


Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.


Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.


"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"


Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia



9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.


Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.


Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.


Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.


"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"


Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.


"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?"


Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.


Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.


"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.


Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.


"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."


Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!


Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"


Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.


"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"


Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.


"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"


Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.


Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.


Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.


"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...


Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"
Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?


Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.


Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.


Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.


Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.


Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.


Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.


Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang ta[i... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.


Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).



Thursday, August 11, 2011

Rasa nak jadi TIGER sekali sekala

Betul la banyak cubaan dalam menjaga anak. Bila makin besar, makin banyak perangai yang menguji kesabaran.  Kadang2 smpai mengetap2 bibir tahan sabar. Tu kecik lagi tu, kalau dah besar ntah macam mana la agaknya aku tahan sabar.


Semalam, anak dara tersayang tu jatuhkan semangkuk penuh mee goreng yang En Hubby buat. Masa tu dia duduk kat papa dia berbuka puasa. Biasanya dia duk kat aku. Dah aku alihkan semua mangkuk & pinggan atas meja jgn bagi dekat ngan dia, tapi memang tangan anak dara ni 'cepat' betul. Selamba je dia tarik mangkuk tu (nasib baik bukan mangkuk kaca) berderai makanan jatuh ke bawah.


Nasib baik dah letak kat pinggan En Hubby. Aku makan nasi. Tapi nak la merasa air tangan suami pulak, ye dak? Konon nak rasa lepas makan nasi tu. Sekali nan ado!!


Suara aku dah tinggi masa tu. Tapi sebab En Hubby cool aje, aku biarkan la. Sibuk dia tengok makanan kat lantai. Lepas dia duduk kat papa dia, dia nak duduk kat aku pulak. Kali ni berebut kotak tisu. Kuat pulak dia pegang kotak tisu tu, aku rentap la sikit. Tersembam sikit muka dia kat meja. Tak pasal aku pulak yang salah :(.


Semalam dah aku lecture kan anak dara tu. Terkebil2 mata dia memandang. Ntah paham ntah tidak. Kot dia kata 'mama ni pok pek pok pek pok pek jeeee...'


Macam mana la tak membebel kalau tiap2 minggu ada aja benda yang dia tumpakan. Hujung bulan lepas, garam sepaket. Minggu lepas minyak masak. Semalam mee goreng. Tu tak campur air masak yang dia sengaja tonggengkan. Aduhai anak...


Pasrah mama kamu nak..


Wednesday, August 10, 2011

Akibat makan semalam, 'naik 3kg'

Semalam balik rumah mak kat Sg Choh berbuka puasa sama2. Awal2 lagi mak & abah dah cakap tak yah masak-masak. Nak beli j. Yang beli abah la, kang orang lain beli tak kena dgn tekak susah pulak.


So, aku pun menurut perintah la kan?? Lagi2 kalau kata tak payah masak. Aku masak serawa durian je ptg semalam untuk En Hubby. Bawak sikit balik rumah mak.


Sampai aje rumah mak, aku g tengok lauk apa yang abah beli. Nasi  beriani kome.... Sikit punya banyak lauk dengan ayam, daging, acar, dalca. Siap ngan air tebu. Lauk tambahan ada kuih & pisang goreng. Gila marvelles pisang goreng dengan lemak berkrim disukai ramai dengan cukup garing.



gambar terpaksa google sebab tak syiok cerita takda gambar. tapi lebih kurang cam ni la ropanya.... delicious kan???


Sungguh syiok sampai aku tak ingat langsung nak snap gambar makanan.


N dengan nasi beriani yang seingat aku, aku tambah 2 kali & ada hati nak tambah lagi tapi malu punya pasal, kansel.. Oh!!!.. Rugi.. rugi...


Dan serta merta terasa naik 3kg hasil dr makan mlm semalam. OMGeeeeeee!! Anak dara pun dah gemuk, papa dia suka bagi makan.

















mesti nak hisap jari jugak..





sejuk ati mama 




Friday, August 5, 2011

Teringat dolu-dolu berpuasa

Hari ni macam best pulak buat kerja kat ofis. Pasainya???


Hari ni JUMAAT dowhhhhh.. Memang best la...


Macam tak penat sangat hari ni. Semangat nak kena keluar g bank & income tax kejap lagi. Tetiba teringat pulak masa puasa kecik2 dulu. Giler tak larat. Rasa sampai menggigil2 badan ni tahan lapar nak menyampai ke Maghrib tu. Siap boleh tido round 1, round 2 tak azan2 lagi.. Menitik air mata tunggu azan.


Masa g sekolah agama belah petang lagi tak larat sebenarnya. Ustazah ustaz mengajar kat depan kita dah bongkok dagu mencecah meja. Yang bongkok tak pa  jugak, yang terus landing tak hingat dunia campur air liur yang menjejeh atas buku (sedar2 buku basah setompok) lagi teruk. Korang ingat camner aku buat masa dulu2 tak nak tido dalam kelas?


Bawak towel kecik korang tau tak????


Towel tu korang basahkan & taruk kat leher. Kan ke sejukkkkkk rasa waktu panas. Masa tu kalau ada panau pun dia timbul masa bulan posa j. Syawal hilangla, tak susah kan?? Kalau panau tu melekat sampai bila2, nasib korang la derrr. Pastu boleh pulak masa solat Zohor & Asar, masa ambik air sembahyang kumur2 bukan 3 kali dah, seploh kali tau. Masa ni la nak rasa kesegaran. Kalau terminum takpe. Kan TAK SENGAJA namanya tu??? hehehehe


Pastu balik rumah siap2 mandi (minum lagi.. eh). Dah segar rasa elok sikit. Masa nak berbuka boleh siap2 letak lauk dalam pinggan. Makanan dah duk sesuap kat jari ni ha. Azan je berseduppppp makan tak pandang dah orang lain. Kadang2 air teguk tak sempat dah 2, 3 kali teguk. Teruk nau puasa kecik2 dulu.


Alya ni aku tak tau la camne la pulak agaknya auta dia nanti. Aku nak kena check jugak dgn MIL nanti, banyak tak auta papa dia. Nak kesan dia menurun dari sapa. Kang tak habis2 aku je yang salah, semua menurun dari aku.




gambar masa g bazaar Taman Melawati semalam. Tapi aku n anak dara duk dalam kete sebab hujan lebat.






pakai baju sejuk bagai cam kat oberseeeeee pulak




Habis lampu, wiper dia bukak. Kalau orang kat depan tu marah aku suh marah Alya, boleh??





Nak kena ajar anak dara lemah lembut sikit la lepas ni. Ganas nau. Habis ngan aku2 pun di pukul nya. Semalam dia tarik telinga papa dia. Huhuhu.. yang tu mama sukaaaaa...




Thursday, August 4, 2011

A moment with atok

Semalam sempat balik rumah jap ambik kunci spare rumah sewa. Ada penyewa yang tertinggal kunci kat kampung. Lepas berbuka & sembahyang berdesup balik Rawang.




atok suka hati la cucu nak main ngan dia




habis bunga duk kat telinga, kiri kanan lagik tuuu




g masjid tok!!


& gambar yang last ni yang tak tahan.
sungguh la mengada2 ntah dari mana dia dapat
asal orang puji lebih sikit, buat muka gedik
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Oh please ok. Perlukan buat muka cam tu anak ku?????
p/s : dah tentu bukan dapat dr aku k.



HAPPY BIRTHDAY ATOK


Lots of love from mama, papa & Alya


Wednesday, August 3, 2011

I'm touched la laling .....

Semalam rasa penat nau pulak berpuasa. Padahal tak keluar ke mana2 pun.
Lepas mask pung pang pung pang, rehat & bagi anak dara makan dulu.
Punya la selera dia makan tak berenti sampai aku kata 'dah la tu, takut mama tengok Ya makan'


Masuk waktu berbuka, terus makan (anak dara harusla join & makan lagi). Sampai buncit2 nampak perut dia. Lepas makan terus dia ajak masuk tido, boleh? Camne nak kurus di bulan puasa kalau lepas makan tido nak oiiii.. Tapi oleh kerana mama ibu mithali (ye la sangat kan) masuk la jugak baring (pun tipu lagi). En Hubby nak g surau, kalau di ajak jugak baring sekali harus 1 rumah tido pukul 8.30 malam.


Lepas solat, sambil2 baring layan2 dia membebel, aku dah mamai. Mana taknya perut penuh disorongkan bantal campur suasana sejuk dgn aircond haruslah mata layu kan? Tiba2 anak dara berdecup2 cium pipi aku, siap ngan muncung2 penuh air liur. Tangan duk main2 pipi & mata. Mama apa lagi, anak cium, terjaga la. Tak pernah lagi dia buat camtu. Cayang jugak Ya kat mama ek .. sob.. sob.. sob.. (drama di bulan Ramadhan)


Biasanya sebelum tido, aku duk pegang2 telinga & pusat dia. Cium2 dulu baru tido. Tapi sebab malam tadi ngantuk nau, mama tido dulu dr anak. Tu yang dia ambik alih tugas aku pulak kot. Hehehehe....


Takpe, petang ni kita masak yang simple2 je ye nak. Lepas tu mama boleh layan Ya main k.


Mama love you laling!!!




habis bunga kat rumah atok nak oiiii




Tuesday, August 2, 2011

Asal bulan posa google resipi..

Betul tak? Asal masuk bulan posa meng-google makanan. Padahal bulan2 lain pun boleh jerk nak google bagai. Motip utama ialah nak-melepaskan-rasa-lapar buntu memikir nak masak apa padahal baru hari pertama.


Dalam perjalanan balik semalam dah terbayang dah nak masak apa. Siap ada Plan A, Plan B lagi. Ye la kalau barang tu takda, kita tukar masak yang lain. Perghhh... Sekali balik rumah yang simple2 jugak ku masak. (tapi rasa tak best sikit semalam pasal tak merasa)




sikit punya banyak lauk...




ngan kuih lagikk.. aduhaiiii



Kalau cakap pasal mencarik resepi ni haruslah meng-google web yang penuh dengan resipi mak, tok & sebagainya laaaa ... Kalau korang nak carik lagi g kat sidebar blog ni belah bawah tu ada senarai yang selalu aku duk google.


Harus di ingat semua bentuk makanan itu adalah cobaan di bulan posa.
Yang korang meng-google beria2 tu nape?
Kurang pahala posa korang.......




Bila anak dara dah pandai berjalan...

video



Sibuk dia nak berjalan. Nak kena temankan tu yang letih.
Mama nak masak pun berkejar2... mengah hokey


Asal tak dapat apa yang dia nak, nangis.
Memang sah anak dara papa.. hohohoho....
Suka nau berjalan, tak kira penat...


Dah penat sangat baru dia tido.... 





itu pun dah masuk kete baru tido tau.... 




Monday, August 1, 2011