Friday, September 30, 2011

Cerita pasal budak datang interview lagi

Oleh kerana bulan ni ramai yg datang untuk interview, so memang banyak cerita nak kongsi.

Situasi 1

Aku : Helo.

Adik : Sy yg kol tadi.

Aku? Terpinga2.

No 1, aku tak angkat call yg sebelum ni so mana la aku tau ko sapa.

No 2, ini bukan cerita kartun hokey yang bila ko kol ada awan kat atas tepon aku menunjukkan ko yang mana satu.


Apa respon aku?


Aku transfer line ke bahagian recruitment. Tak kosa nak layan.


Situasi 2

Adik : Kak, sy kat roundabout ni (siap ngan sleng Terengganu)

Aku : OK. (dah tu korang nak aku jawab apa?)

Adik : Office ni dekat dgn CIMB Bank tu ye?

Aku : Aha, adik ada nampak pintu no 5 & 7 kan? Nanti masuk ikut pintu tu.

Adik : Aha, ada. CIMB Bank ni kat Sek 14 ye kak?

Aku : Adik ada nampak tak bank?

Adik : Ada

Ok. So what?? Tak kisahla CIMB Bank tu nak duk kat seksyen berapa pun. Tapi ko dah nampak bank tu, dah nampak pintu tu. Apa da hal dgn seksyen tu dik oiiiii??????


Apakah???????????


Ok.. Nasib baik hari ni hari Jumaat. Akak terpaksa bersabar.


Nasib ko memang baik dikkk!!!!!!


Meh tengok contoh hiasan kain kat dinding

Kalau korang tengok entry pasal deco master bedroom, aku ada cakap yg aku berkenan dgn hiasan kat dinding tu kan. Ni gara2 tengok blog Moon la & i heart pretty stuff .


Kalau nak tengok cara2 pun boleh tengok kat situ. Yang penting murah, cantik & senang nak buat (dgn syarat ko mesti rajin la).


Selamat mencuba !!!






Thursday, September 29, 2011

Nak datang interview tolonglah buat homework sikit..

Situasi 1


Adik : Hello, H********s ke ni?

Aku : Ye. Nak carik sapa?

Adik : Sy dapat email ni suh datang untuk interview.

Aku : Sapa yang bagi email. (Padahal aku tau sapa)

Adik : Ntah.


Camne nak jawab ni?


Situasi 2


Adik : Hello, sy nak cakap dgn bahagian HR boleh?

Aku : Berkenaan dgn apa?

Adik : Pasal interview hari ni, sy lewat sampai. Macam mana?

Aku : Ok, adik ni kat mana dah?

Adik : Kat bawah.


Oh please la dik, ko dah kat bawah kan? Naik je la ke atas ni ha. Lain la ko kat rumah lagi atau pun stuck dalam jem ke. Boleh la nak tau macam mana. Kita boleh reshedule balik.



Situasi 3

Adik : Kak, boleh pinjam pen.

Kawan aku 1 : Akak ada 1 je pen dik. (Aku tergelak kejap, pastu dia datang kat aku)

Adik : Kak, boleh pinjam pen.

Aku pun bagi la. Tetiba baru perasan itu pun last pen yang aku ada. Cit!!!


Situasi 4

Adik : Kak, office  ni kat tingkat berapa?

Aku : 3A

Adik : Ke bawah ye kak?


Istigfar kejap.

Aku rasa nak pengsan. Adakah ko makluk dr planet Marikh yang tak tau tingkat 3A tu kat atas ke kat bawah?? Dah dengar tingkat 3 tu pun dah menunjukkan mesti naik ke atas.


Morale of the story,

* Sebelum nak datang tu buatlah homework sikit pasal company. Dapat baca sikit2 pun jadik la

* Tolong la siap2 bawak pen. Kalau yg datang sorang boleh la pinjamkan. Kalau yg datang tu sekali 10?

* Cara bercakap dalam telefon pun kena nampak macam terpelajar la sikit. Take note sapa nama person in charge yang kol korang untuk interview. Bila nak contact kang senang la mintak pass kan line tu kat sapa. Bukan korang sorang j yang kita panggil interview.

* Kalau tak dapat hadir, call in advance. Tak pun reply balik kat email tu kata tak boleh hadir. Tapi kalau dah ada kat ground floor bangunan ni, naik je la. Hadoiiiii..


And adik2, tingkat 3A naik ke atas ok.. Jangan jadik jakun. Kang aku suh tekan lift g basement 7 ke bawah menggigil korang kang.




Angan-angan, mana tau jadi kenyataan

Kalau tengok rancangan ASTANA yg ada Kak Nita tu rasa cam kerdilnya rumah aku. Tapi since dorang ada banyak duit, tak kisahla camane pun korang nk deco rumah masing. Semalam cam terpikir nak carik something yang boleh di gantung kat dinding rumah. Nak bagi tukar2 mood sikit la kan. Tetiba tergoogle gambar master bedroom. Jom la kita feeling2 kejap.






Comei kan? Deco dia sweet. Takla mewah pun & sejuk je mata memandang.





Yang ni pun comei. Aku suka tang permaidani tu & gambar kat wall. 





Yang ni ada campuran colour cream & purple. Lagi sweet. Tapi katil adalah kecik. Kalau anak dara tumpang sekaki, confirm mama & papa kena tendang tido bawah. 





Yang ni frame katil dia lebar tapi tilam nya kecik. cam membazir pulak tapi selamat. Sebab???
Kalau anak dara golek2 terlajak katil tak jatuh ke lantai. 
Tapi ada potensi dia tido bawak katil.


Tak caya??



Meh tengok ni




Kan aku dah kata....


Siap hisap jari lagi. Menggelabah mencarik anak kat mana. Rupa2nya bawah katil.




Yang ini angan2 sgt tinggi ok. Berangan bedroom facing kolam renang. Katil dah rendah, memang cantek la. Tapi bahaya. Mama & papa tido, anak dara menyelinap masuk kolam renang.
Dia kalau pasal main air no 1. Kalau tak bagi main siap merajuk facing dinding dlm keadaan bogel.


Fine, kecik2 sgt comel anak ku. Dah besar kamu buat begitu kita tengok sapa tukar jadi tiger.




Alamak termissed Wordless Wednesday. Nak post jugak, tak kira...





Terjumpa, Tersuka & Ter'post'


Have a nice day !!!

Wednesday, September 28, 2011

Blog bertukar wajah

Nak jugak ubah angin sekali sekala kan??



Tema masih sama, PURPLE



HAVE A NICE DAY!!!



Kadang2 hati aku tersentuh kerana anak

Since from last week, aku rasa sgt tak sedap badan. Cepat letih. Rasa bila balik tu nak baring j. Tak nak buat apa2 dah. Tapi bila balik anak dara terkedek2 mendapatkan mama dia dgn suara kecil panggil 'mama', rasa tak sampai hati. Okla, kita rehat kejap pastu sambung buat kerja rumah.


Semalam, sampai aje kat rumah kepala dah kebingungan. Nak kata sakit kepala tak jugak, nak kata bingung tak jugang. Bengong mungkin :). So lepas makan, terus ajak anak dara tido. Masa tu tak pukul 9 pun lagi. On aircond, dah sejuk terasa lega sikit. Tapi anak dara tu mana nak tido lagi. Ntah hape2 di cakapnya, kita layan j la.


Sampai at one time, aku tak layan dah, dia pukul muka aku. Protes agaknya. Suara aku tinggi sikit la suh tido.


Mama :  Mama kata tido. (suara serius)


Alya : Ma, puk (Ma, tepuk)


Mama : Taknak. Ya tido sendiri.


Masa ni dia tak jadi hisap jari. Dia pandang kiri kanan pastu jeling kat aku nak tengok aku pujuk ke tak. Tak lama lepas tu dia pandang. Aku buat2 pejam mata tapi kejap2 intai dia. Anak dara memang sangat perasan yang aku nak main ngan dia agaknya, terus dia senyum. Aku pun senyumla, takkan nak merajuk macam orang tua kan. (read : masih muda, siap highlight lagi. hahahaha)


Alya : Ma, puk.


Mama : Ye la, ma puk. Ya jangan pukul mama lagi y.

Anak dara senyum.

Mama : Ok. Ya tido. Mama zikir ye.

Time ni aku mula la baca Lailahaillah... Tiba2 dia ikut sama tapi suara halus jugak...


Respon aku?


Gelak kat situ jugak. Bertuah punya anak. Boleh tiru kita pulak.


Dan akhirnya, anak dara tertido jugak dgn suara tak berapa nak merdu & tinggal hujung2 je sebab mama pun tak larat.


Memang tak boleh merajuk lama2 dgn anak kan???



Monday, September 26, 2011

Maknya nak mintak sedekah silakan, tp please tinggalkan anak kat rumah

Area rumah aku kat Selayang ni memang ada banyak pasar malam. Kalau di campur dgn area Batu Caves punya memang tak berasap la dapur.


Itu kalau korang malas.


Fine, aku tak pergi semua pasar malam. Korang ingat aku rajin nak meredah pasar malam yang panjang2 tu. Kalau aku pergi pasar malam, aku pilih wing mana yang aku nak jalan. Dapat barang, balik. Namanya nak serch semua wing nan ado. Unless pasar malam tu takda wing, straight sampai habis, kebanyakkannya end up dgn sekerat jalan j.


Pasar malam yang aku pergi baru2 ni dekat je ngan rumah. Pasar malam memang best. Yang tak best ialah orang2 yang mintak sedekah. Yang paling tak best siap bawak anak yang kecik.


Aku marah sebab bawak anak sekali.


Aku marah sebab maknya sihat walafiat.


Okey, mungkin dia tak berkemampuan untuk sara diri sendiri. Sebab tu aku kata takpe maknya nak mintak sedekah tapi tolong tinggalkan anak tu kat rumah. Tahap kesian aku kat budak2 macam ni sangat tinggi. Time aku dah seluk2 poket nak hulur duit En Hubby larang. Dia kata maknya sihat, tak cacat. Kalau nak bagi, carik yang mak ayah cacat.


Takpela, tapi sampai kat rumah aku teringat kat budak tadi. Budak tu masih menyusu kt tepi jalan tu. Nasib baik cuaca sangat baik. Redup je. Aku mula la nak emo kan. Time taip ni pun dah bergenang2 air mata teringat kat budak tu.


Budak tu besar sikit j dr Alya, harus la aku ingat.


Kadang2 aku tak tau mana mak bapak nya letak sense of responsibility. Aku lebih respek org tua yg buta duk main alat muzik depan Globe Jalan TAR. Dia suami isteri dr dulu memang kat situ la portnya. Kalau tak pun, takkan la tak boleh buat kerja macam dalam drama tu. Macam2 kerja boleh buat.


Aku paham tak semua orang dapat nasib yang sama. Ada yang senang, ada yang susah. yang membezakan kita ialah usaha. Tolonglah jgn carik jalan mudah dgn menggunakan anak sebagai alasan. Duit sedekah yang kita terima tu dah jadi niat untuk anak, bukan untuk diri sendiri.


p/s : Entry tiada gambar sebab tak sampai hati nak capture gambar budak tu.


Thursday, September 22, 2011

Asik2 gambar anak dara j kan?? Meh bagi orang lain pulak interframe

Letih la tengok gambar anak dara j kan?


Tak trill langsung kan?


Kalau ada orang lain sekali lebih syiok bukan?


Ready???










1














2












Benci kan??? Hahahahaha....












3











tp gambar anak dara tetap ada hokey.. dia kan BUNGA 












taraaaaa........


mula2, gambar mama & makcik2



 mak kata ambik gambar macam orang yang mumayiz sikit boleh tak??


kitorang kata mumayiz la ni.


mak redho dapat anak2 macam ni.


kredit to mak yang tolong ambik kan gambar


(sporting kan mak saya :)  )







main cak2 belakang anak.. anak dara tak bersalah dalam ini gambar. xoxoxoxo






anak dara terpinga2, sapa yang hover.. aku kah????






muka nakal anak.. ikut sapa agaknya??? 





ini muka anak redho buat sebab letak anak dara kat tengah2 supaya makcik2 dapat bergambar. 


ok fine, kat sini jelas, makcik2 memang over




and lastly ini yang paling sweeettttttttttt (macam saya) 


sila lempang diri sendiri hahahahaha








serius sweet ni..........

































betul kan?? kan?? kan???



I LOVE YOU ATOK.


from Alya & Mama


Wednesday, September 21, 2011

Biar gambar yang berkata2 (i'm not in a good mood today)




with my lovely anak dara g beraya rumah makcik..... mama sangat tak presentable (siap pakai jeans lagi)
tapi anak sangat vogue (siap gaun labuh)





 bila tengok anak, sejuk rasa hati

bila balik rumah, anak berlari2 mendapatkan mama macam 10 tahun tak jumpa

bila anak buat muka nakal, rasa nak gigit

Allah's miracles comes in many ways, shapes & forms

for me, Alya is one of the great miracle





Monday, September 12, 2011

Bila anak take over kerja mama


Patut la bila kita dapat anak perempuan, orang akan kata 'dapat orang dapur'


Well, aku tak berharap la anak dara aku dah masuk dapur kecik2 lagi kan.


Tapi anak dara aku aka my little tiger memang suka benar ambik alih kerja aku sekarang






muka stok serius giler macam banyak benar benda nak di sapu


Kat rumah ni kalau ada makanan kat lantai kejap aje semut datang. So memang kerap la aku pegang penyapu. Tu yang anak dara aku berjangkit penyakit pegang penyapu.



I'm busy hokey...




Yang ni paling tak tahan? Perlukah aksi ini ketika menyapu???



Pregnant pun cantik... tensi kejap!!

Statement di atas bukan merujuk kat aku tapi kat minah ni
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


This is her second pregnancy. Tapi nampak can biasa je muka kan? Tak de sembab2 bagai macam orang berzaman tak tido. Takde pulak nampak kusut masai sebab tak sempat nak sikat rambut.
Semua cam ok je kan???


Dalam erti kata lain jelita lagi la.


Cuba kalau aku masa mengandungkan Alya dulu. Bedak taknak usik. Kalau usik pun berbedak time pagi nak pergi kerja, lepas solat tak bedak2 dah. Natural beauty la katakan..


Tersedak kejap dak???


Beauty la sangat......





terbekenan pulak kat palazo dia .. haih....




Bedak MAC aku beli  tahun 2010 boleh last long sampai setahun setengah. Boleh cecah dia punya expired date. Dahsat tak dahsat aku berbedak dulu... And of course la masa 2 bulan berpantang tu tak pakai bedak compact. Nak melawa ke mana?? Pakai pilis sudah.. Itu pun ngelat.


Some people, irregardless dia gemuk ke, kurus ke, baru bangun tido ke, lepas mandi, baru lepas bertani ke still looks good. Cantik yang asli. Tapi kalau orang tu memang dah cantik kurus tapi dia rasa masih tak cantik (mungkin dia rasa dia gemuk) akan jadi macam Katie Holmes
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
gambar di atas tak seksi langsung mahupun menghairahkan sebab dah terlajak kurus & tak cantik...


Wednesday, September 7, 2011

Bebal tengok Generasi Y

Berdasarkan Wikipedia, Generation 'Y' atau Gen 'Y' (juga dirujuk sebagai Millenial Generation) adalah generasi yang lahir antara pertengahan tahun 1970 hingga awal tahun 2000. 


Boring kan statement tu. Yang aku maksudkan Generasi Y kat sini ialah ini...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Gambar adalah di google ye. Tak kuasa nak snap gambar real.. Den tak selero!!


Aku pelik betul budak2 zaman sekarang. Suka benar dedah alur pungguk. Tak cantik langsung la dei..


Hari Isnin, masa dalam perjalanan balik dr Kuantan, kami ni singgahlah kat R & R Temerloh. Duk la hujung2 sikit. Dapat port 1 meja ni elok dkt dgn sinki & ada kipas. Elok je aku duduk kat situ, adalah sekolompok mamat mix (ntah Pan Asia ke, tapi bukan orang local) duk mendedahkan alur pungguk. Dah la dia tu banyak bulu di badan, so korang boleh expect la camna alur pungguk kan???


Tak perlu nak explain panjang, aku dah takda selera...


Kalau cantik pun aku tak hingin nak tengok la...


Kat ofis ni pun dulu ada sorang yang begitu. Nasib baik budak praktical j. Aku siap duk lalu lalang memikir nak tegur ke tak. Dah ke bawah sangat dah. Bukan Gen Y lagi, ni dah campur siap ngan anak2 dia punya labuh seluar tu. Masya Allah... Bebal aku..


Tadi kat dalam lif. Aku tak nampak la Gen Y dia tapi bila tengok dr belakang aku perasan dia punya seluar sikit punya tak in dengan pinggang tu. Nak kata pungguk dia labuh tak jugak. Sah.. kalau mamat ni duduk, boleh nampak jelas alur tu.


 Mungkin dorang tak perasan kot...



Tuesday, September 6, 2011

Meh teka.. Bukan gambar raya ...

Korang tentu malas nak baca entry ni sebab takda gambar raya kan??


Salah tu. Yang takda gambar aku, gambar anak tetap ada....


Cuba teka kat mana anak dara aku ni??





Pakai baju dah comel, muka dah berbedak.. tapi .....


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





Sibuk nak duduk dalam beg...

Aku baru nak mengemas baju masa tu. papa dia letak bantal, elok dia baring dalam beg tengok Upin & Ipin.

ooo...Ada baju raya aku di situ... ok la kan...



Meh teka lagi mana anak dara duduk....




Cantik posing siap isap jari tak kira raya ke tidak...


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Dia nak buat macam kat rumah. kalau dah dia kata kat situ, kat situ la dia nak duduk...

Korang nampak beg susu yang warna hijau tu?? kat situ pun dia nak baring. 
Nasib baik ada toto. aku alaskan suratkhabar kat bawah tu baru letak toto. letak bantal sikit, done!!

Psssttt.. ada lagi satu baju raya aku.. tuuuu yang warna oren