Wednesday, September 28, 2011

Kadang2 hati aku tersentuh kerana anak

Since from last week, aku rasa sgt tak sedap badan. Cepat letih. Rasa bila balik tu nak baring j. Tak nak buat apa2 dah. Tapi bila balik anak dara terkedek2 mendapatkan mama dia dgn suara kecil panggil 'mama', rasa tak sampai hati. Okla, kita rehat kejap pastu sambung buat kerja rumah.


Semalam, sampai aje kat rumah kepala dah kebingungan. Nak kata sakit kepala tak jugak, nak kata bingung tak jugang. Bengong mungkin :). So lepas makan, terus ajak anak dara tido. Masa tu tak pukul 9 pun lagi. On aircond, dah sejuk terasa lega sikit. Tapi anak dara tu mana nak tido lagi. Ntah hape2 di cakapnya, kita layan j la.


Sampai at one time, aku tak layan dah, dia pukul muka aku. Protes agaknya. Suara aku tinggi sikit la suh tido.


Mama :  Mama kata tido. (suara serius)


Alya : Ma, puk (Ma, tepuk)


Mama : Taknak. Ya tido sendiri.


Masa ni dia tak jadi hisap jari. Dia pandang kiri kanan pastu jeling kat aku nak tengok aku pujuk ke tak. Tak lama lepas tu dia pandang. Aku buat2 pejam mata tapi kejap2 intai dia. Anak dara memang sangat perasan yang aku nak main ngan dia agaknya, terus dia senyum. Aku pun senyumla, takkan nak merajuk macam orang tua kan. (read : masih muda, siap highlight lagi. hahahaha)


Alya : Ma, puk.


Mama : Ye la, ma puk. Ya jangan pukul mama lagi y.

Anak dara senyum.

Mama : Ok. Ya tido. Mama zikir ye.

Time ni aku mula la baca Lailahaillah... Tiba2 dia ikut sama tapi suara halus jugak...


Respon aku?


Gelak kat situ jugak. Bertuah punya anak. Boleh tiru kita pulak.


Dan akhirnya, anak dara tertido jugak dgn suara tak berapa nak merdu & tinggal hujung2 je sebab mama pun tak larat.


Memang tak boleh merajuk lama2 dgn anak kan???



No comments:

Post a Comment