Monday, September 26, 2011

Maknya nak mintak sedekah silakan, tp please tinggalkan anak kat rumah

Area rumah aku kat Selayang ni memang ada banyak pasar malam. Kalau di campur dgn area Batu Caves punya memang tak berasap la dapur.


Itu kalau korang malas.


Fine, aku tak pergi semua pasar malam. Korang ingat aku rajin nak meredah pasar malam yang panjang2 tu. Kalau aku pergi pasar malam, aku pilih wing mana yang aku nak jalan. Dapat barang, balik. Namanya nak serch semua wing nan ado. Unless pasar malam tu takda wing, straight sampai habis, kebanyakkannya end up dgn sekerat jalan j.


Pasar malam yang aku pergi baru2 ni dekat je ngan rumah. Pasar malam memang best. Yang tak best ialah orang2 yang mintak sedekah. Yang paling tak best siap bawak anak yang kecik.


Aku marah sebab bawak anak sekali.


Aku marah sebab maknya sihat walafiat.


Okey, mungkin dia tak berkemampuan untuk sara diri sendiri. Sebab tu aku kata takpe maknya nak mintak sedekah tapi tolong tinggalkan anak tu kat rumah. Tahap kesian aku kat budak2 macam ni sangat tinggi. Time aku dah seluk2 poket nak hulur duit En Hubby larang. Dia kata maknya sihat, tak cacat. Kalau nak bagi, carik yang mak ayah cacat.


Takpela, tapi sampai kat rumah aku teringat kat budak tadi. Budak tu masih menyusu kt tepi jalan tu. Nasib baik cuaca sangat baik. Redup je. Aku mula la nak emo kan. Time taip ni pun dah bergenang2 air mata teringat kat budak tu.


Budak tu besar sikit j dr Alya, harus la aku ingat.


Kadang2 aku tak tau mana mak bapak nya letak sense of responsibility. Aku lebih respek org tua yg buta duk main alat muzik depan Globe Jalan TAR. Dia suami isteri dr dulu memang kat situ la portnya. Kalau tak pun, takkan la tak boleh buat kerja macam dalam drama tu. Macam2 kerja boleh buat.


Aku paham tak semua orang dapat nasib yang sama. Ada yang senang, ada yang susah. yang membezakan kita ialah usaha. Tolonglah jgn carik jalan mudah dgn menggunakan anak sebagai alasan. Duit sedekah yang kita terima tu dah jadi niat untuk anak, bukan untuk diri sendiri.


p/s : Entry tiada gambar sebab tak sampai hati nak capture gambar budak tu.


No comments:

Post a Comment