Thursday, September 29, 2011

Nak datang interview tolonglah buat homework sikit..

Situasi 1


Adik : Hello, H********s ke ni?

Aku : Ye. Nak carik sapa?

Adik : Sy dapat email ni suh datang untuk interview.

Aku : Sapa yang bagi email. (Padahal aku tau sapa)

Adik : Ntah.


Camne nak jawab ni?


Situasi 2


Adik : Hello, sy nak cakap dgn bahagian HR boleh?

Aku : Berkenaan dgn apa?

Adik : Pasal interview hari ni, sy lewat sampai. Macam mana?

Aku : Ok, adik ni kat mana dah?

Adik : Kat bawah.


Oh please la dik, ko dah kat bawah kan? Naik je la ke atas ni ha. Lain la ko kat rumah lagi atau pun stuck dalam jem ke. Boleh la nak tau macam mana. Kita boleh reshedule balik.



Situasi 3

Adik : Kak, boleh pinjam pen.

Kawan aku 1 : Akak ada 1 je pen dik. (Aku tergelak kejap, pastu dia datang kat aku)

Adik : Kak, boleh pinjam pen.

Aku pun bagi la. Tetiba baru perasan itu pun last pen yang aku ada. Cit!!!


Situasi 4

Adik : Kak, office  ni kat tingkat berapa?

Aku : 3A

Adik : Ke bawah ye kak?


Istigfar kejap.

Aku rasa nak pengsan. Adakah ko makluk dr planet Marikh yang tak tau tingkat 3A tu kat atas ke kat bawah?? Dah dengar tingkat 3 tu pun dah menunjukkan mesti naik ke atas.


Morale of the story,

* Sebelum nak datang tu buatlah homework sikit pasal company. Dapat baca sikit2 pun jadik la

* Tolong la siap2 bawak pen. Kalau yg datang sorang boleh la pinjamkan. Kalau yg datang tu sekali 10?

* Cara bercakap dalam telefon pun kena nampak macam terpelajar la sikit. Take note sapa nama person in charge yang kol korang untuk interview. Bila nak contact kang senang la mintak pass kan line tu kat sapa. Bukan korang sorang j yang kita panggil interview.

* Kalau tak dapat hadir, call in advance. Tak pun reply balik kat email tu kata tak boleh hadir. Tapi kalau dah ada kat ground floor bangunan ni, naik je la. Hadoiiiii..


And adik2, tingkat 3A naik ke atas ok.. Jangan jadik jakun. Kang aku suh tekan lift g basement 7 ke bawah menggigil korang kang.




No comments:

Post a Comment