Monday, October 31, 2011

Aktiviti hari cuti

Lately rasa tak larat je. Kalau duk kat rumah tak kemana2 rasa panjangnya la masa. Pagi2 hari Sabtu (tak sempat bfast) lagi dah tanya En Hubby nak keluar ke tak. Tetiba En Hubby ajak g Ikea. Kita on je la. Tapi sebelum pergi tu siap kemas rumah, vacuum segala, sidai kain & dah lap2 meja, baru boleh keluar. Kalau tak, memang balik tu karang rasa tak best.


Masa jalan2 kat Ikea tu boleh feeling2 nanti nak beli itu ini, padahal bukan ada banyak ruang pun kat rumah tu. Rumah aku kan sekangkang kera. Lari sikit dah jumpa dinding, lari sikit lg jumpa dinding lagi. Tapi yang bestnya senang nak kemas & senang nak jerit kat Alya. Asal dia buat sepah, aku dah nampak. Nak lari masak sambil tengok TV pun boleh. Tak la penat.


Balik rumah sebelum Zohor, makan kat kedai la tengahari tu. Masa kitorang makan Alya tido, dah habis makan br dia bangun. Sampai aje kat rumah aku & En Hubby ni dah letih. Anak dara of course la cergas, sebab dia dah tido. So aku layan la anak dara main kat ruang tamu sambil tengok TV. Tapi TV tengok aku, aku bantai tido. Ntah apa Alya membebel sorang2 sampai pukul 4. Bila aku terjaga, aku ajak tido.. eh dia pun ajak masuk bilik. Apa lagi cergas mama dia bangun masuk bilik.


Papa dia pulak pasang aircond masa tido.. Kalau papa dia suh tido nak pulak anak dia ikut, kalau aku? Sikit tak takut. Anak dara tido sampai pukul 6 ptg. Ngantuk punya pasal.


Lepas makan malam adik msg kata nak datang pagi Ahad. Apa lagi operasi melipat baju la. Kang esok adik tengok ada pulak yang duduk beramai2 melipat baju tak ke malu. Aku memang malas betul melipat baju, tapi kalau dah start memang clear habis. Habis je operasi boleh berteleku kat En Hubby mengadu penat.Dah rupa macam orang mintak ampun di hari raya. Sangat mengada kan?? Masa ni anak dara kat bawah kerusi meja makan. Jeles tengok mama papa dia duk berdua2an.


Ha, dah la tu. Bencik betul bila cerita takda gambar. Tepon tertinggal kat rumah. Sikit lagi tepon tu nak jadik sejarah, asik kena baling dek anak dara. Berderai. Lepas baling senyum. Apa dia ingat kelakar ke???


Adoyai..




No comments:

Post a Comment