Tuesday, October 4, 2011

Entry sempena PMR : Subject apa yang paling tak suka

GEOGRAFI


Sampai ke saat ini aku masih tak paham kenapa kena study subject Geo. Bukan sikit yang tak paham, semua nya aku tak paham. Sampai hari ni pun aku tak paham lagi. Korang bayangkan la...


No 1, dulu aku tak tau yang Penang tu Pulau Pinang. Aku ingat Penang tu city of PP. Pun aku tak paham knp nak ada english version of PP. Negeri lain ok je pakai Bahasa Melayu. Apakah???


No 2, kenapa Melaka takda nama bandar? Kenapa negeri lain ada. Ke ada tapi aku tak tau.


Ada lagi, tapi tak ingat dah. Nanti aku tanya lagi.


Memang dari sekolah benci betul dengan subjek ni. Cikgu masuk j aku mengeluh. Gila tak suka sebab mesti setiap kali dia suh lukis gambar Semenanjung Malaysia & aku memang fail tang melukis ni. Mula2 ada la bentuk, lama2 gambar Semenanjung Malaysia tu jadi cam buah mangga panjang. Makin lama makin panjang..





Tak lama lepas tu cikgu bulatkan lukisan aku & komen


'Sila lukis semula'


Kecik ati mak tau..


Bila nak ambik result, hati aku duk berdebar2. Dapat je result tetap bersyukur tapi masa tu tak tengok jelas apa yang tak kena. Bila orang tanya dapat berapa, aku kata la 7A, 1B (ini bukan berlagak y.. lagipun PMR je). Tetiba org tanya B subjek apa, baru perasan nak tengok.


Geografi B


Aku agak dah!!




No comments:

Post a Comment