Thursday, October 6, 2011

Macam2 hidup berjiran

Sapa suka duk rumah bertingkat, angkat tangan???


Tak kisahla rumah tu ada 2 tingkat ke, 5 tingkat ke, empatbelas tingkat ke, asalkan bertingkat. Angkat tinggi2 please!!!!


Banyak cobaan kan tingkat rumah bertingkat ni. Rumah yang kitorang duduk sekarang is actually rumah bungalow besar yang ada 4 pintu. Pintu masuk asing2 tau u ollsss. Bukan satu pintu besar ada 4 bilik. Lain benar maknanya tu. Kawasan ni memang kebanyakan rumah mesti bertingkat & rapat2 la jugak. Tapi still ada ruang boleh main2 & parking kete.


Masa mula2 duk sini, selalu dengar orang menumbuk pakai lesung batu. Malam pertama ok la. Esoknya ada lagi. Eh tulat ada lagi. Kang bawak sampai ke minggu depannya. Dalam hati rajin benar jiran atas ni buat sambal belacan tiap2 malam. Bila borak2 dgn jiran baru tau dia tak masak pun malam. Arr, sudah, sapa pulak yang menumbuk sambal belacan tu????


masak kak???



Rupa2nya, oleh kerana rumah pun dekat2, kita mungkin dengar orang2 sebelah menumbuk. Sama la macam dengar suara budak menangis. Rumah atas ada baby 2 orang. Rumah sebelah pun ada baby jugak. Duk dengar baby menangis hari2, aku pun memikir takkan la baby ko hari2 nangis macam tu. Rupanya baby2 ni take turn.


Pandai korang ejas ye.



Sama la kalau orang atas kita ada anak berderet2 & semua nya lincah2 belaka. Bunyi dah macam bersilat kat atas nun. Bayangkanlah macam mana perasaan orang kat bawah ni ha. Jap jap terkejut. Kalau tiap2 malam? Boleh tensi kan???


Ada satu malam tu anak dara tengah tido dalam bilik & tiba2 dia menangis. So aku pun masuk la pujuk & dia tido balik. Rupa2nya anak jiran ni duk bising2 (biasala kan budak2). Anak dara pulak jenis yang tido awal.
Tiba2 anak dara menjerit




'BETULLLLLL'




Siap angkat tangan lagi. Pastu sambung tido.


Boleh teringat kat Upin Ipin dia lagik tu. Bertuah punya anak!!




No comments:

Post a Comment