Monday, November 28, 2011

Mehla kita update sikit..

Salam Maalhijrah semua.......


Bersiar langsung dr rumah ni....ok,gedik kan?


Aku tengah mentry buat post dr Samsung Galaxy Tab. Sungguh la aku tak paham cara memakai benda gadget2 ni. Susah benau nak menaip pun. Alang kalau dr laptop pun aku terkial2, inikan pulak gadge2 cam ni. Akhirnya aku save dulu post aku ni, aku bukak balik kat desktop.


Senang, Ringkas. Tak semak kan pikiran aku.


Hormon tak berapa nak stabil. Bukan 2,3 kali ingat dah nak post something tapi penyakit MALAS sampai. Tak boleh nak concentrate lama2 depan PC. Kadang2 naik menyampah.


Alamak korang, dah tak boleh nak cerita. Esok lusa tulat tonggeng aku cerita la yer... Tak siok la tak da gambar....



Bye......


Thursday, November 17, 2011

Tuan blog tak sihat, harap maklum...

Dah nak masuk bulan ke 3 ni mabuk adalah tak tentu kala. Jap rasa mabuk, jap lagi rasa ok. Tapi kepala rasa bingung je. Low blood punya pasal. Pulak tu bukan jenis yang makan hati lembu, kerang untuk tambah darah. menyebut pun dah tak lalu.


Pagi2 nak bfast dah memikir makanan apa yang boleh masuk. Kang tengahari pulak. Malam lagi. Mujurla anak dara ok. Cuma manja la pulak sekarang. Memanjakan diri sendiri. Dapur pun lama dah tak berasap. Nasib baik En Hubby ok.


Okla ye. tak larat nak update dah. Ada story nak cerita. Later k.





Friday, November 11, 2011

It's all about attitude

Okla, pagi ni nak cerita sikit pasal attitude orang2 kat HR department secara specific sebab aku rasa orang HR ni kena handle human, so kalau takda attitude yg betul macam mana ko boleh duduk kat department tu.


Aku bagi contoh yg aku baru alami sendiri la ye. On my first day masuk dia bagi replacement offer letter sebab ada typo error tapi sebab typo error tu kat page no 1 (perhatian ye, page no 1 dah salah, offer letter ni!! ) so fine la kan. Aku ambik je. Tapi original letter of course aku tak sain, sebab tak setuju dgn terms. Dia marah pulak (1st day dah kena marah u olls) knp tak sain. Aku pun mula la kan. Pagi2 lagi ko dah buat hal saje la tu.


Aku :  I will only sign valid copy.


Senyap kawan.


Dah memang dia salah. Who cares kalau dia duk HR pun. Aku betul kan? Aku tak marah dia surat salah dah cukup baik. Plus, at the 1st stage dapat kerja dia tak agree dgn gaji yg aku mintak. Katanya dorang pun ada benchmarking sendiri.


Pedulik dgn benchmarking. Apa kaitan dgn aku? Ko dah letak range, aku mintak ikut range la kan. Aku punya agak ( ni dah jahat la kan) pasal aku Malay ko nak buat benchmarking?


So, korang tau la ye, orang HR yang ni bukan Malay.


And by the way knp guna perkataan benchmarking?


Dah la muka ketat.. Tak suka tau...


Aku teringat masa kat company lama, ada sorang kakak HR ni pun orang tegur pasal tak senyum. Kita tak harap la ko tersengih 24 hours tapi bila selisih berjalan, apa salahnya bertegur sapa. Senyum paling tidak. Bila orang tegur depan2 br nampak perubahan. Kan elok macam tu.


Barula sejuk hati masuk HR department kan?? kan???



Thursday, November 10, 2011

Rutin yang baru

Fuh.. fuh...


Lap habuk jap.


Sorry guys lama tak update blog. Last week sibuk dgn habiskan sisa2 kerja yang terakhir. This week sibuk dgn tugasan baru pulak. Yup, tempat baru, kerja baru & bos baru.


Gaji pun baru. Syukur pada Allah... :)


And rutin setahun sebelum ni berubah tetiba dgn kn bangun awal2 pagi lagi. Pukul 8 dah ada kat ofis tapi yg sioknya balik pukul 4.30 ptg. Maknanya paling lambat sampai rumah pun pukul 5.30 ptg. Sempat la menggodek rumah lebih sikit tapi tetap tak masak ok. Nama pun berbadan dua.


Alhamdulillah, it's nearly 7 weeks now.


And time untuk wek.. wek pun bermula. But this time morning session ok sikit compared to last time pregnant. Pagi kena makan berat. Kuih muih, roti tak main la. Then, makan tengahari pun awal. Jam 2 dah start lapar balik, mengagau carik makanan. Semalam mintak En Hubby belikan Nesvita. Boleh la tampung sikit2 sebelum sampai rumah. Kang sampai rumah makan lagi. Gila makan pulak, tapi portion sikit pun cukup asal kerap. My 1st & 2nd day En Hubby hantar la kerja, lepas tu g sendiri la kan. Kesian la pulak. Kalau muntah teruk baru nak mintak hantarkan...


Okla, nak update itu je. Harap maklum kalau tengok blog terbengkalai kejap maknanya tuan tanah tak cukup tangan nak menaip.



Take care all!!!



Wednesday, November 2, 2011

Tuesday, November 1, 2011

Anak dara kami lagi



Ini rupa orang merajuk bila mak bapaknya duk berdua-duaan. 
Aksi yang pertama lagi tak tahan, dia boleh peluk betul2 mesin basuh tu. 
Bila aku g jengah dia pandang. 
Aku pun nakal, patah balik kat bapak dia. 
Dia nampak, lari balik sambung peluk mesin basuh.



Kuat jeles betul anak dara aku. Ikut sapa la agaknya (ehem2)