Friday, December 16, 2011

Kalau tak pasti jgn tokok tambah hukum

Salam Jumaat semua.


Gigih mengupdate blog dgn keadaan PC yg sedikit semput sekali sekala dia buat pergerakan slow, rasa nak lempar belakang bukit pun ada. Nampak nau tak sabar tuan punya blog.


Nak cerita pasal kawan2 yg suka tokok tambah hukum agama ni. Kadang2 walaupun org tu lebih tua dari kita tak semestinya hukum agama yg dia cakapkan tu betul. Nak belajar agama bukan dgn sorang guru je. Belajar la dgn ramai guru. Mungkin ada percanggahan antara guru yang ini dgn yang itu. Rujuk lagi dgn tuan guru yang lain. Bukan takda guru yang tak betul, ramai tau u ollssss.... Tak kurang yang suka tokok tambah hukum.


Ada la di suatu ketika org kata kat aku kalau pakai telekung sembahyang bukan warna putih semua tak elok (ok, dia cakap lain tapi aku sebut tak ok je kat sini sudah lah). So aku pun tanya, ada dalam syarat2 sah batal solat ke? Orang yang pakai jubah, stokin siap, kira cukup syarat tutup aurat nak solat tak boleh ke? Dia kata ustazah dia kata macam tu. Korek punya korek rupanya dia memang ikut ustazah ni dr dulu lagi.


Fine.


Aku kan senang, kalau tak boleh jawab soalan aku kat atas u tadi, aku kira org tu terlebih sudah bab hukum ni. Pun tak la kata aku pandai sgt bab hukum ni. Tak tau aku rujuk kat mak abah. Mak abah tau sure atau bercanggah hukum, rujuk kat ustaz. Rasa nak pandangan lain, carik ustaz lain pulak. Habis cerita.


Satu lagi bab salam. Kalau aku masuk ofis aku mesti bagi salam. Bagi salam yg singkat je la, tak la penuh. Pun kena tegur jugak. Katanya tak betul & org yg dengar tak wajib jawab salam aku. Kali ni oleh kerana aku tau dah org ni macam mana malas nak berbahas la. Kang lain pulak jadinya.


Pun ustaz2 yg ada facebook ni, bila org bertanya hukum jgnla jawab yg singkat je. Melainkan hukumnya jelas haram & halal. Kadang2 ada macam2 condition, jelaskan la betul2. Mazhab ni kata gini, mazhab tu kata gitu. Orang tak konfius. Pun follower pun jgnla taksub sgt dgn ustaz masing2. Belajar 2,3 guru kan elok. Banyak ilmu dapat.


Okla, nak buat kerja rumah pulak.




No comments:

Post a Comment