Thursday, December 8, 2011

Saat diberikan kesakitan

Barulah kita menghargai kesihatan kan??


Hi all. Baru nak mengupdate blog kan? Sempat jugak memjengah blog2 lain dulu. Mana tau ada mood nak cerita.


Masih lagi mabuk tapi tak seteruk 2 minggu lepas dan harapnya semakin baik. Tapi masih lagi rasa pening2 dan sekali sekala sakit kepala lebih2 lagi minggu ni. Salah makan sikit sakit kepala dari pagi sampai ke malam. Nasib baik memang mintak ubat awal2 dr doktor, jadi tak la takut sgt nak makan ubat. Ada minyak cap kapak yang biasa pakai pun macam tak lut. Angin dalam badan toksah cakap la. Sentiasa ada. Kalau En Hubby ada boleh transfer angin. Kalau ada kat rumah mak, ada adik yg boleh tolong.


N sejak2 jadi surirumah tangga sepenuh masa ni rasa cam lamba je masa berlalu. Nasib baik cuti sekolah, ada banyak rancangan tv best belah pagi. Petang la bosan sikit.


Ye, terpaksa berhenti kerja sebab minggu pertama aku kat tempat kerja baru, aku baru masuk 7 minggu. Mabuk yg teruk & condition ofis yg tak berapa best (kilang lama convert to office) & diorang pun ada operation kat kilang. Gaji memang la sangat best sebab company US tapi sebab ada yang makan 'ba alip ba ya' aku memang tak boleh tahan. Duk dalam aircond lagi, korang bayang la bau dia. Plus kena turun naik tangga version sekolah. Aku turun naik sekali dah cukup buat aku mencungap. Pucat kejap muka. Nasib baik bos adalah yg sangat baik. Tak tanya banyak & agaknya dia nak tahan pun tak boleh kan.


Yang paling seronok, mestila anak dara. 2 minggu duk ngan aku dia dah jadik mengada2. Sangat mengada2. Takpe la dia sorang masa ni, kalau dah ada adik buat perangai macam tu mintak izin bapak dia cubit anak la jawabnya.


Dah dekat sebulan duk rumah ni ada rasa nak kerja balik tapi mana ada company yang nak ambik perempuan memboyot kerja kan? Nanti la, ingat nak google2 kang mana tau ada rezeki.


Okla u olsss.. Take care....





1 comment:

  1. dok umah diam2.... dah besalin sok barulah cari keje ye. kal

    ReplyDelete