Sunday, January 22, 2012

:: quick update ::

Aku kat KT sekarang. N baru pagi ni daapat makan nasi dagang terengganu.Cant wait for nasi lemak lauk ikan. Owh....... Marvelles hokey...


Dan berjaya menternak badan dengan jayanya. Lemak di sana sini...... Hoooooyeayyyyyy


Happy Chinese New Year all....

Thursday, January 19, 2012

Entry yang tak boleh di tahan-tahan

Ok, no 1 aku dapat makan ketam masaklemak cili api. Siap tepon Idah mintak tolong abahbelikan sebab Sabtu tu aku nak tido kat rumah. 3 hari makan kuah ketam. Marvelles gila.


Ok,sekarang cerigeta no 2. Aku kat Banding Lake Inn ni. On the way to KB. Hotel ok cantik. Food, so so la. Dah dalam dalam hutan ni tak boleh nak mintak macam macam. Semalam hubby kata mintakla nak makan apa. Aku mintak prosperity burger.



OK, carik pasal namanya tu.


Tapi malam tadi masa nak tido cuak betul. Sliding door kitorang ni macamkena langgar. Binatang kot. Pastu ada bunyi. Ok, aku ni kalau dengar sekali ok, masuk kali ke 2, gabra beb. Datang la darah gemuruh tu. Bukak Yasin sepanjang malam. Lampu bukak.


Sampai pagi nak subuh baru tutup yasin. Hubby boleh usik pulak. Ait, dh tutup dah.... Siap suh tutup lampu lg.....  ooooooo geram betul aku. Ada hati nak sambung duduk sini.


Nehiiiii.......









Friday, January 13, 2012

Nak makan apa lagi yang best?

Sambil menaip sambil makan roti sapu mentega & kaya. Jap2 tadi makan Koko Krunch. Hebat seiii. Lunch makan macam tu. Esok turun 3 kilo.


Eksen gila kan?


Serius takda selera nak makan apa untuk lunch. So pagi makan berat sikit. Tgahari kalau makan nasi jugak mesti carik lauk yg agak2 membuka selera, tapi hari ni lebih teruk taknak makan langsung. Harus malam kang carik burger je. Dengan Alya sekali aku tak bagi makan nasi banyak sekarang. Asik sembelit je. Semalam berak macam orang besar. Kesian pulak. Dah 2, 3 hari aku bagi makan pisang & buatkan air buah oren. BAgi diet sikit.


Pelik la pregnant kali ni, aku tak berapa nak ngan ayam. Makan ayam je rasa tak best lepas tu. Kalau makan kat kedai la, masak sendiri ok. Pastu tak boleh tengok iklan maggi kari. Adaka patut masak maggi campur terung dalam tu. Memang tak acceptable langsung. Fine la dia nak campur kacang panjang, Itu pun aku dah rasa loya. Memang tak boleh langsung tengok iklan tu. Tak boleh ke dia masak biasa2 je campur telor bagi budak2 makan dengan rakusnya. Kan lebih menyelerakan. Pelik sungguh aku.


Lagi satu dia buat iklan maggi asam laksa campur ikan seketul dalam tu. Kembang tekak makkkkk.. Iklan tu dia start aje aku tukar channel lain. Tolongla, nak buat iklan agak2 la sikit. Ko tengok selera ke??


Nasi ayam KFC tu pun aku tengok iklan je dah mual. Padahal sedap je aku makan sebelum pregnant. Cuma bila tengok sekarang rasa cam 'camner aku boleh makan dulu'.



Memang macam2 la selera org mengandung masa pregnant kan. Teringin nak makan ketam dah dapat, udang dah dapat, kupang pun dah dapat. Ni ada teringin nak makan ketam masak lemak cili api. Nak kena balik rumah Sg Choh baru dapat ni. Kalau masak sendiri macam tu kat rumah sendiri tak siok sebab kena makan ramai2, berebut2 baru best. Haihh.. terbayang dah...





Wednesday, January 11, 2012

Mengaji

Dari darjah satu sampai darjah enam mesti satu sekolah  ngan mak. Satu hal la pulak sorang sekolah lain, sorang lagi sekolah lain kan. Tapi yang peliknya elok2 pulak semua orang satu sessi. Lagi2 masa sekolah kat Rawang. Sekolah tu memang satu sessi ajer.


Bila tang pelajaran Agama Islam je, memang mak yang ajar kelas aku. Rasanya masa darjah satu & masa darjah empat je yang mak tak ajar. Mula-mula mak masuk kelas gembira betul siap jerit 'mak' dalam kelas. Lepas tu takut dah. Masa kecik2 kalau cikgu marah sikit kita kata cikgu garang. Biasala kan budak2. Aku ingat lagi masa darjah 3, mak tanya pasal hukum tajwid dalam kelas. Mula2 sorang budak tu dah jawab salah, pastu mak panggil nama aku. Aku pulak boleh sikit punya bebal jawab yang sama pulak.Mak panggil ke depan kena lempang se-das. Senyap kejap aku. Sampai ke rumah merajuk.


Tapi dalam mak garng2 ajar subjek Agama Islam tu, aku jugak yang bebal sekali. Baca Muqaddam sampai darjah 4 tak habis2 lagi alif, ba, ta. Sampai ada satu malam tu kena hempuk ngan rehal kayu. Patah la sayap rehal tu, siap boleh ikat lg, Sampai sekarang ada lagi. Boleh tunjuk bukti kat Alya kang besar sok, pasal kena hempuk ni la mama dia habis baca Muqaddam. Lepas kena hempuk terus baca Fatihah.


Elok-elok ada.



Masa mak buat kelas mengaji kat rumah macam2 jenis budak kitorang jumpa. Yang dah pandai tapi nak betulkan sikit2, yang tak pandai tapi boleh di ajar & yang tak pandai dan teruk benar payah nak di ajar. Penat rupanya jadik cikgu ni. Aku pun kadang2 tak sabar mengajar. Dahla lepas balik dari kerja, sampai2 kat rumah dah penuh ngan budak2. Ramai2 la kitorang duk mengajar. Kalau tak salah tak sampai 2 tahun pun kitorang ajar, pastu taknak terima ramai2 dah. Letih.




Berbeza ngan budak2 zaman sekarang mengaji. Cikgu marah sikit tak nak ngaji dah. Manja tak bertempat. Takda dah budak2 sekarang kena rotan masa mengaji rasanya. Cikgu2 sekarang lebih lembut. Alya pun aku ingat besar2 esok kalau Allah izin mak abah umur panjang, biar sekali sekala mengaji ngan atok nenek dia. Takut aku lembut hati tak sampai hati nak marah.



Tuesday, January 10, 2012

Jalan2 makan angin

Hari Sabtu baru-baru ni kami g Bagan Lalang sebab aku tak pernah pergi & En Hubby pun dah janji nak bawak ke sana. Ajak makan katanya. Bawak anak dara jalan2 sekali. Kesian pulak lama duk rumah tak kemana-mana.




 Sibuk nak bawak jugak bear-bear dia. Penuh kete dgn mainan dia aja.



Seronok nak g jalan. Tapi g jengah nenek kat Sg Choh dulu. Semua duk rindu ngan budak ni.


Punyala jauh rupanya Bagan Lalang tu. Aku ingat dekat je. Pun tak tau tempat tu kat mana. Geografi aku kan ke laut. Kalau sesaja nak datang makan tidakla. Kitorang tido kat Seri Malaysia. Itupun last bilik yang ada. Nasib baik. Kalau tak nak carik hotel lain pulak, aku dah letih masa tu. Dengan anak dara yang melompat2 tengok kapal terbang lalu. Fengsan...




 En Hubby baru angkat takbir, dia dah sujud.




Kebetulan sejadah hotel ada sedia satu, aku bawak satu. Sedang2 elok la dia nak ngikut papa dia solat. Solehah anak aku. BIarlah sampai ke besar hendaknya.


Lepas solat kitorang keluar g pantai kejap. Tengok budak2 n mak bapak budak main layang2.




 


Perut dan nampak. 4 bulan dah minggu ni.



 Macam aku pulak yang hover.









Lama dah takda gambar aku kan. I nak interframe la pulak ye.



Friday, January 6, 2012

Bila semua bergabung!!

Pernah masa aku kerja kat PJ dulu, aku kena sakit perut, sakit kepala, mengantuk sesangat & tak solat lagi masa tu. Kalau korang, korang buat yang mana dulu???


Aku pilih tido dulu, boleh??


Masa tu dalam ofis takda surau. Kalau nak g solat kena pergi surau yang building tu sediakan. Bos pun bukan Melayu, dia pun tak kesah sangat hal surau ni. Dah la tandas ngan surau tu jauh. Memang tak siokla kan. Sebab tu aku kata aku tido dulu.


Masuk je dalam surau, memang dah tak boleh nak angkat mata dah sebenarnya. Pulaknya sakit kepala yang melampau sampai rasa nak muntah tapi sebab mengantuk yang terlampau mampu aku tahan sakit kepala tu. Masa tu pulak la nak sakit perut. Masa tu Allah je la yang tau. Dengan tak solat Zohor lagi. Aku budget sempat la ni hilangkan mengantuk sekejap.


Memang betul; tindakan aku masa tu. Lepas dapat tido kejap, aku bangun nak ambik wuduk tapi sebab tak tahan sakit perut boleh cancel, pakai tudung balik, g tandas dulu. Dah la tandas jauh. Memang menyumpah2 masa tu sebab waktu Zohor dah nak habis. Dah 'melepas', segera balik ke surau ambik wuduk zup.. zup.. zup.. solat. Tak lama lepas tu azan Asar pulak. Memang kita 'solat jamak' dah masa tu. Aku tak kira dah.


Nasib baik bos tak tanya mana aku pergi. Takkan aku nak kata g 'B****K bos'. Huhuhuhu...


Janganla kena lagi yang macam tu.. Aku tak relaaaaaa......






Thursday, January 5, 2012

Update on 15 weeks pregnancy

Musim loya2 dan muntah2 tak tentu kala dah berakhir. Tapi tekak masih rasa tak best. Rasa kelat, ada je yang tak kena. Akhirnya penyelesaian minum air sejuk. Tak main la air kosong ni, mesti ada perisa. Masa muntah2 nak ribena, sekarang air sirap je. Siap mintak mak buatkan sirap lagi. Padahal sikit punya senang nak buat, tapi mengada punya pasal mak buatkan jugak. Mintak buatkan untuk selori pulak tu. Gila tamak. Mak mertua pun buatkan, siap bagi bekal lagi.. Maluu sehhh...


Kelmarin rasa tak sedap tekak sampai g kedai sendiri. Hasilnya beli aiskrim kotak perisa vanila & coklat. Tak main sekotak, 3  kotak terus. Pregnant kali ni kalau lebih berat daripada mengandungkan Alya dulu, masak la aku nak turunkan berat badan.


Ada makanan yang aku tak dapat nak makan lagi. Last 2 weeks JJCM kat TV3 ada tayang gerai char kuew tiaw kat Rampai Business Centre. Sikit punya sedap nampak. Siap ada mee udang lagi. OOO... mula la teringat mee udang masa g Penang dulu. Nasi ketam pun sungguh best. Ni kawan baik aku Aida la punya pasal. Memang sekali tu la aku dapat makan. Sampai sekarang boleh rasa manis ketam tu lagik...


OO... Yang gerai char kuew tiaw tu aku g jugak tengok, nak beli la konon nya ni. Sekali baris belah kanan ada 20 orang, belah kiri 20 orang. Tak kuasa aku nak tunggu. Sempoi gila gerai dia. Kalau tak salah nama gerai dia BOTAK CHAR KUEW TIAW. Kalau sesapa yang dekat kat situ g la merasa.


Ok la, nak sambung buat kerja..


Yang ado-ado je...



Macam-macam la ustaz ni. Tak cakap pun den tau....




Sunday, January 1, 2012

Nak promote Fabulous Mom

Ok, sapa yang dah pernah beli barang kat FM ni?









Tadi my first experience la g beli barang dari butik ni. Mostly barang2 adalah untuk ibu2 & barang baby. Korang nak carik nursing bra, stroller, ubat tambah susu, baju anak (kurang la sikit pilihan dia), toys. Macam-macam adalah. tapi aku rasa yang memang fav product adalah bra dia.



Koarang boleh add FM ni kat facebook. So each and everytime ada sale, boleh la dapat harga yang best sikit. Diorang ada beberapa outlet kat Malaysia ni so g la google yer. And dia punya material for the above bra is so comfort tau. Even bila aku beli nursing bra kat luar pun still tak sama dgn dorang punya. Yang biasa nursing bra nipis sikit and tak syiok. Yang ni sunguh berbaloi nak beli tau korang.


ha, ambik ko... belang2 lagikkk





Yang penting dia punya design very colourful. Merah, hijau, biru, purple.... Macam2 la. Korang nak colour stripe pun ada, zebra pun ada. Nak buat terkejut2 shocking pink pun ada..








Tapi bila anak ko nak menyusu nanti dia akan kata ' Mak aiiiii.... Merahnya mak ngahhhhhh'







Happy new year!!!



Life is short,
Forgive quickly,
Love truly
and never regret anything that make you smile
HAPPY NEW YEAR!!