Friday, January 6, 2012

Bila semua bergabung!!

Pernah masa aku kerja kat PJ dulu, aku kena sakit perut, sakit kepala, mengantuk sesangat & tak solat lagi masa tu. Kalau korang, korang buat yang mana dulu???


Aku pilih tido dulu, boleh??


Masa tu dalam ofis takda surau. Kalau nak g solat kena pergi surau yang building tu sediakan. Bos pun bukan Melayu, dia pun tak kesah sangat hal surau ni. Dah la tandas ngan surau tu jauh. Memang tak siokla kan. Sebab tu aku kata aku tido dulu.


Masuk je dalam surau, memang dah tak boleh nak angkat mata dah sebenarnya. Pulaknya sakit kepala yang melampau sampai rasa nak muntah tapi sebab mengantuk yang terlampau mampu aku tahan sakit kepala tu. Masa tu pulak la nak sakit perut. Masa tu Allah je la yang tau. Dengan tak solat Zohor lagi. Aku budget sempat la ni hilangkan mengantuk sekejap.


Memang betul; tindakan aku masa tu. Lepas dapat tido kejap, aku bangun nak ambik wuduk tapi sebab tak tahan sakit perut boleh cancel, pakai tudung balik, g tandas dulu. Dah la tandas jauh. Memang menyumpah2 masa tu sebab waktu Zohor dah nak habis. Dah 'melepas', segera balik ke surau ambik wuduk zup.. zup.. zup.. solat. Tak lama lepas tu azan Asar pulak. Memang kita 'solat jamak' dah masa tu. Aku tak kira dah.


Nasib baik bos tak tanya mana aku pergi. Takkan aku nak kata g 'B****K bos'. Huhuhuhu...


Janganla kena lagi yang macam tu.. Aku tak relaaaaaa......






No comments:

Post a Comment