Wednesday, January 11, 2012

Mengaji

Dari darjah satu sampai darjah enam mesti satu sekolah  ngan mak. Satu hal la pulak sorang sekolah lain, sorang lagi sekolah lain kan. Tapi yang peliknya elok2 pulak semua orang satu sessi. Lagi2 masa sekolah kat Rawang. Sekolah tu memang satu sessi ajer.


Bila tang pelajaran Agama Islam je, memang mak yang ajar kelas aku. Rasanya masa darjah satu & masa darjah empat je yang mak tak ajar. Mula-mula mak masuk kelas gembira betul siap jerit 'mak' dalam kelas. Lepas tu takut dah. Masa kecik2 kalau cikgu marah sikit kita kata cikgu garang. Biasala kan budak2. Aku ingat lagi masa darjah 3, mak tanya pasal hukum tajwid dalam kelas. Mula2 sorang budak tu dah jawab salah, pastu mak panggil nama aku. Aku pulak boleh sikit punya bebal jawab yang sama pulak.Mak panggil ke depan kena lempang se-das. Senyap kejap aku. Sampai ke rumah merajuk.


Tapi dalam mak garng2 ajar subjek Agama Islam tu, aku jugak yang bebal sekali. Baca Muqaddam sampai darjah 4 tak habis2 lagi alif, ba, ta. Sampai ada satu malam tu kena hempuk ngan rehal kayu. Patah la sayap rehal tu, siap boleh ikat lg, Sampai sekarang ada lagi. Boleh tunjuk bukti kat Alya kang besar sok, pasal kena hempuk ni la mama dia habis baca Muqaddam. Lepas kena hempuk terus baca Fatihah.


Elok-elok ada.



Masa mak buat kelas mengaji kat rumah macam2 jenis budak kitorang jumpa. Yang dah pandai tapi nak betulkan sikit2, yang tak pandai tapi boleh di ajar & yang tak pandai dan teruk benar payah nak di ajar. Penat rupanya jadik cikgu ni. Aku pun kadang2 tak sabar mengajar. Dahla lepas balik dari kerja, sampai2 kat rumah dah penuh ngan budak2. Ramai2 la kitorang duk mengajar. Kalau tak salah tak sampai 2 tahun pun kitorang ajar, pastu taknak terima ramai2 dah. Letih.




Berbeza ngan budak2 zaman sekarang mengaji. Cikgu marah sikit tak nak ngaji dah. Manja tak bertempat. Takda dah budak2 sekarang kena rotan masa mengaji rasanya. Cikgu2 sekarang lebih lembut. Alya pun aku ingat besar2 esok kalau Allah izin mak abah umur panjang, biar sekali sekala mengaji ngan atok nenek dia. Takut aku lembut hati tak sampai hati nak marah.



No comments:

Post a Comment