Friday, January 13, 2012

Nak makan apa lagi yang best?

Sambil menaip sambil makan roti sapu mentega & kaya. Jap2 tadi makan Koko Krunch. Hebat seiii. Lunch makan macam tu. Esok turun 3 kilo.


Eksen gila kan?


Serius takda selera nak makan apa untuk lunch. So pagi makan berat sikit. Tgahari kalau makan nasi jugak mesti carik lauk yg agak2 membuka selera, tapi hari ni lebih teruk taknak makan langsung. Harus malam kang carik burger je. Dengan Alya sekali aku tak bagi makan nasi banyak sekarang. Asik sembelit je. Semalam berak macam orang besar. Kesian pulak. Dah 2, 3 hari aku bagi makan pisang & buatkan air buah oren. BAgi diet sikit.


Pelik la pregnant kali ni, aku tak berapa nak ngan ayam. Makan ayam je rasa tak best lepas tu. Kalau makan kat kedai la, masak sendiri ok. Pastu tak boleh tengok iklan maggi kari. Adaka patut masak maggi campur terung dalam tu. Memang tak acceptable langsung. Fine la dia nak campur kacang panjang, Itu pun aku dah rasa loya. Memang tak boleh langsung tengok iklan tu. Tak boleh ke dia masak biasa2 je campur telor bagi budak2 makan dengan rakusnya. Kan lebih menyelerakan. Pelik sungguh aku.


Lagi satu dia buat iklan maggi asam laksa campur ikan seketul dalam tu. Kembang tekak makkkkk.. Iklan tu dia start aje aku tukar channel lain. Tolongla, nak buat iklan agak2 la sikit. Ko tengok selera ke??


Nasi ayam KFC tu pun aku tengok iklan je dah mual. Padahal sedap je aku makan sebelum pregnant. Cuma bila tengok sekarang rasa cam 'camner aku boleh makan dulu'.



Memang macam2 la selera org mengandung masa pregnant kan. Teringin nak makan ketam dah dapat, udang dah dapat, kupang pun dah dapat. Ni ada teringin nak makan ketam masak lemak cili api. Nak kena balik rumah Sg Choh baru dapat ni. Kalau masak sendiri macam tu kat rumah sendiri tak siok sebab kena makan ramai2, berebut2 baru best. Haihh.. terbayang dah...





No comments:

Post a Comment