Thursday, January 5, 2012

Update on 15 weeks pregnancy

Musim loya2 dan muntah2 tak tentu kala dah berakhir. Tapi tekak masih rasa tak best. Rasa kelat, ada je yang tak kena. Akhirnya penyelesaian minum air sejuk. Tak main la air kosong ni, mesti ada perisa. Masa muntah2 nak ribena, sekarang air sirap je. Siap mintak mak buatkan sirap lagi. Padahal sikit punya senang nak buat, tapi mengada punya pasal mak buatkan jugak. Mintak buatkan untuk selori pulak tu. Gila tamak. Mak mertua pun buatkan, siap bagi bekal lagi.. Maluu sehhh...


Kelmarin rasa tak sedap tekak sampai g kedai sendiri. Hasilnya beli aiskrim kotak perisa vanila & coklat. Tak main sekotak, 3  kotak terus. Pregnant kali ni kalau lebih berat daripada mengandungkan Alya dulu, masak la aku nak turunkan berat badan.


Ada makanan yang aku tak dapat nak makan lagi. Last 2 weeks JJCM kat TV3 ada tayang gerai char kuew tiaw kat Rampai Business Centre. Sikit punya sedap nampak. Siap ada mee udang lagi. OOO... mula la teringat mee udang masa g Penang dulu. Nasi ketam pun sungguh best. Ni kawan baik aku Aida la punya pasal. Memang sekali tu la aku dapat makan. Sampai sekarang boleh rasa manis ketam tu lagik...


OO... Yang gerai char kuew tiaw tu aku g jugak tengok, nak beli la konon nya ni. Sekali baris belah kanan ada 20 orang, belah kiri 20 orang. Tak kuasa aku nak tunggu. Sempoi gila gerai dia. Kalau tak salah nama gerai dia BOTAK CHAR KUEW TIAW. Kalau sesapa yang dekat kat situ g la merasa.


Ok la, nak sambung buat kerja..


No comments:

Post a Comment