Thursday, February 23, 2012

Anak dara ai



Anak dara suka sangat posing. Gambar yang ni masa g KLCC hari tu. Punya la banyak tempat kosong dia nak berkawan ngan abg baju belang2 jugak. 





 Abg baju belang2 jual mahal. Takpe,bagi ai posing kejap.




Tiba2 abg baju belang2 blah macam tu  je. 

Fine.

*perhatikan posisi abg baju belang2*




Ai pun boleh duduk atas lampu la abg baju belang2. Eleh...

*takda anak org lain yg duduk atas lampu nak*






Bestla papa duk atas ni.


*Mama & Papa terpaksa redho*


Wednesday, February 22, 2012

Tuesday, February 21, 2012

:: Quick update ::

Mak dah selamat operate jantung (bypass) tengahari tadi.
Alhamdulillah stabil.
Masih kat ICU untuk pemerhatian doktor.


Nanti kita update lagi. :)



Friday, February 17, 2012

Pasal kerja lagi

Pagi tadi masa drive on the way to IJN, terdengar la kisah orang yang dalam dilema nak mencari kerja lain sebab current company nak closed down. Dia nak balik ke company lama tapi dah 2 kali berhenti dgn company tu. Reason being nak maintain gaji besar yang dia dapat sekarang. Kalau company baru dia takut tak dapat gaji macam sekarang.


No 1, aku rasa itu bukanlah tindakan yang betul. Tindakan untuk balik semuala ke company lama yang dah 2 kali ko berenti. 2 kali tau, bukan sekali. Even sekali pun aku akan pikir banyak kali nak balik kerja semula. Bos yang nak ambik balik ko kerja pun akan pikir banyak kali. Unless, ko keluar dulu atas sebab kesihatan, sambung belajar ke atau sebab2 yang takda kaitan dengan duit. Atau mungkin company tu pakcik ko punya, boleh la..


No 2, rasa2 nak letak muka kat mana kalau balik semula ke company tu. 2 kali ko berenti maknanya ada 2 kali farewell party orang buat untuk ko. Kalau kali ke 3 ko berenti nanti, orang buat kenduri tahlil, bagi ko takut. Baru padan ngan muka.


No 3, berlambak2 kerja kat luar sana. Aku rasa kalau ko konfiden dengan kerja yang ko buat, ko yakin ngan diri sendiri, jual la resume ko tu. Ini la masa nak try market ko kat luar macam mana. Unless masa ko kat current company, ko kipas bos maka sebab itu gaji ko melampau tinggi. Tak setanding ngan responsibilities yang ko buat. Bukan takda orang yang macam tu. Masuk ofis, cakap kat telepon 3, 4 kali. Cakap pulak kuat sambil mundar mandir bagi satu ofis tau ko buat kerja. Lemas la weiiii..


Pastu tetiba dapat bonus jatuh dari langit. Orang lain buat kerja, orang lain dapat nama.


Emo akak tau!!




Wednesday, February 15, 2012

Wordless Wednesday - Adakah patut??


Adakah patut anak buat muka macam tu bila mama ajak ambik gambar?


Muka bosan giler ambik gambar skema maut. Dia tak tau mama duk cover perut.


Owhhh.. Kecik ati ai!!!



Tuesday, February 14, 2012

Aduhai anak

Last Thurday rumah aku ni blackout. Dah la hari tu last day citer Gemersik Kalbu tu. Sikit punya tension tak dapat tengok. Last2 En Hubby ajak g jalan2 round KL. Alya demam pulak masa tu, memang sangat tak comfortable dengan keadaan panas2 macam tu.


Balik dr KL lebih kurang pukul 10, dia taknak tido. Bagi makan mashed potato sikit & susu, barula nampak segar sikit. Aku ingat lena la dia tido malam tu. Tetiba dia sangat cergas bermain sampai pukul 1 pagi. Aku dah pengsan dulu pukul 12 tu. Pukul 1 pagi En Hubby ajak keluar pusing. Tak sampai 10 minit dalam kete dia dah tido. Lega. Sampai rumah terus sambung pengsan.


Esok paginya aku kelaparan nak makan western breakfast. Last2 teringat McD (macam western sangat kan). Yang penting anak dara tu boleh makan sikit.












Macam mana pun perangai mama tetap panggil intan payung.

*sayangkamuketatketat*







Thursday, February 9, 2012

Meh la tengok gambar pulak

Boring nya la kalau petang2 yang panas macam ni takda kerja nak buat. Kalau mata ngantuk boleh gak g tido selenggok. Baru teringat tak upload gambar anak dara lagi. Ni gambar masa g Banding hari tu.



 Permandangan dari bilik. memang purposely mintak view facing tasik since tak ramai orang pun masa tu. Alya macam takut2 masa ni, lepas tu selamba je dia.




Mana pernah ambik gambar yang tak isapjari. G mana2 pun mesti nak take 5 jugak.




 Pandai posing dah!!



Alya ni sama ngan En Hubby. Tak takut tinggi.
View depan hotel.


Ada gambar aku ngan anak dara tapi biarla aku simpan sendiri je sebab view tak 'cantik'. Maklumla dah out of shape sekarang. Duk dalam gambar cover line sikit pun tetap tak cantik. 

*hentak2kakibencik*



Wednesday, February 8, 2012

Pada 12 haribulan nnt mak dah kena masuk IJN untuk operation bypass (jantung). Monday tu mungkin buat ujian sikit2 dulu, pastu baru tau real operation pada hari Selasa atau Rabu. Operation kali ni mak nak kena tukar injap sebelah & sebelah lagi ada kebocoran. Estimated duduk IJN dalam 2 minggu bergantung kepada keadaan mak nanti.



So this weekend, adik beradik semua akan berkumpul kat rumah mak. Doakan pembedahan ni berjaya ye. Apa2 update akan aku inform nnt.






Monday, February 6, 2012

Update selepas balik bercuti

Terlambat dah nak update sebenarnya. PC kat rumah pulak asik hang aje. Masa duk kat rumah mak payah nak update. Alya asik nak nengok cerita dia je kang.




Masa kat Terengganu, nasi lemak ikan adalah TERBAIK!!!! 2 pagi berturut2 makan nasi lemak ikan memang marvelles. Kepok lekor losong makan sikit je (ini betul). Dapat pulak makan cheese cake kawen cousin. Memang rezeki anak dalam perut betul. Bila keluar dari Terengganu tetiba takda selera makan.


Next morning tu g la carik nasi lemak lagi, tetiba jumpa nasi lemak ikan. Tapi memang tak setanding dgn nasi lemak Terengganu. Kalau Terengganu tu sebelah daerah sini je harus tiap2 pagi g carik. Yang tak best sekali berat naik dgn jayanya. Tak la banyak. Adala sikit. Bolat jugak la mata tengok. Rasa2 penimbang yang salah, ehem. Positive thinking.



Bila balik KL makan lagi sikit. Tak selera sangat. Pagi semalam masak telur hancur pun boleh berebut ngan anak. Anak dara pun boleh tahan makan. Sama lapar macam mama dia.


Next week kena jumpa doktor lagi nak ambik darah sepatutnya. Tapi nak cuba buat2 lupa sebab jarum tu panjang sangat. I fobia tang ambik darah ni. Masa mengandungkan Alya doktor tu pakai jarum butterfly (jarum untuk baby) sebab dia kata urat halus. Manis sungguh doktor itu :).


Nnt aku nak cerita pasal operation mak pulak ok







Sunday, February 5, 2012

Doktor gigi

Aku memang ngeri nak jumpa doktor gigi. Ni memang penyakit berjangkit adik beradik perempuan. Semua yang jenis penakut nak tampal gigi. Kalau tak terdesak memang tak jumpa. Pernah masa sekolah2 dulu, sorang doktor gigi ni nak bagi pingat kat aku sebab hampir 10 tahun tak jumpa doktor gigi. Gila cool masa sakit gigi. Macam2 benda letak termasukla minyak cap kapak. Lepas tu dia punya angin mak ai, hazab!


Daripada ramai2 doktor gigi tu ada sorang doktor gigi ni memang fav family kitorang. Aku yang penakut pun boleh segar la kalau jumpa dia. Nama tak tau, tapi nama klinik dia Klinik Kamilah. Doktor haruslah lelaki baru ada semangat nak pergi (ayat berani mati depan mak). Tapi memang ramai yang perasan rambut doktor tu stylo. Siap blonde lagi. Perfume apatah lagi.


Cuma lagu corong radio je tak stylo. Lagu ala-ala Sinar FM. Hancur!!!


Yang bestnya bila dia tengok keadaan gigi kita, once dia bukak mulut, sgt convincing. Bak kata Idah, siap bawak model gigi britau keadaan gigi. Dah macam masa sekolah2 dulu pulak rasa. Ok, tang tu masih rasa best. Bila dia nak start buat kerja je mula la cuak. Macam-macam perasaan ada. Nak lari tak boleh, kena langgar 2 pintu dulu. Maruah kena jaga jugak. Gila nak lari macam tu. Kecik2 dulu boleh la buat drama.


Betul ni, masa kecik dulu aku lari. Dah duduk atas kerusi, doktor dah ada. Sempat lari. Bergantung kepada kadar keluasan tempat nak lari. Masa time aku lari tu kerusi tu duk depan pintu besar. Salah port dorang ni sebenarnya. Belum sempat bukak mulut, dah lari sekuat hati masuk kelas balik. Anak cikgu pulak tu buat macam tu. Kali pertama lepas la, kali kedua kena marah sebab lari. Orang pun pelik takda rekod kali pertama.



Even masa dah besar ni pun aku rasa kalau aku jumpa doktor lagi aku akan suruh dia bius dulu. Dah pernah kena marah jugak yang tu pun. Dah tua bangka pun takut lagi.


Ke penyakit keturunan takut jumpa doktor gigi ni??? Hahahaha. Janganla anak aku ikut. Mati mama dia nak tenangkan.




Saturday, February 4, 2012

Obsesiku Live Acoustic - Aqasha



Hari ni aku nak kongsi lagu yang Aqasha nyanyi ni dr cerita Gemersik Kalbu. Sayang pulak takda video dr cerita tu..


Idah kata dia menyampah tengok Aqasha nyanyi lagu ni tapi aku suka nauuuuu...
Nakal betul masa dia nyanyi dalam cerita tu..


I likeeee.... :)