Sunday, February 5, 2012

Doktor gigi

Aku memang ngeri nak jumpa doktor gigi. Ni memang penyakit berjangkit adik beradik perempuan. Semua yang jenis penakut nak tampal gigi. Kalau tak terdesak memang tak jumpa. Pernah masa sekolah2 dulu, sorang doktor gigi ni nak bagi pingat kat aku sebab hampir 10 tahun tak jumpa doktor gigi. Gila cool masa sakit gigi. Macam2 benda letak termasukla minyak cap kapak. Lepas tu dia punya angin mak ai, hazab!


Daripada ramai2 doktor gigi tu ada sorang doktor gigi ni memang fav family kitorang. Aku yang penakut pun boleh segar la kalau jumpa dia. Nama tak tau, tapi nama klinik dia Klinik Kamilah. Doktor haruslah lelaki baru ada semangat nak pergi (ayat berani mati depan mak). Tapi memang ramai yang perasan rambut doktor tu stylo. Siap blonde lagi. Perfume apatah lagi.


Cuma lagu corong radio je tak stylo. Lagu ala-ala Sinar FM. Hancur!!!


Yang bestnya bila dia tengok keadaan gigi kita, once dia bukak mulut, sgt convincing. Bak kata Idah, siap bawak model gigi britau keadaan gigi. Dah macam masa sekolah2 dulu pulak rasa. Ok, tang tu masih rasa best. Bila dia nak start buat kerja je mula la cuak. Macam-macam perasaan ada. Nak lari tak boleh, kena langgar 2 pintu dulu. Maruah kena jaga jugak. Gila nak lari macam tu. Kecik2 dulu boleh la buat drama.


Betul ni, masa kecik dulu aku lari. Dah duduk atas kerusi, doktor dah ada. Sempat lari. Bergantung kepada kadar keluasan tempat nak lari. Masa time aku lari tu kerusi tu duk depan pintu besar. Salah port dorang ni sebenarnya. Belum sempat bukak mulut, dah lari sekuat hati masuk kelas balik. Anak cikgu pulak tu buat macam tu. Kali pertama lepas la, kali kedua kena marah sebab lari. Orang pun pelik takda rekod kali pertama.



Even masa dah besar ni pun aku rasa kalau aku jumpa doktor lagi aku akan suruh dia bius dulu. Dah pernah kena marah jugak yang tu pun. Dah tua bangka pun takut lagi.


Ke penyakit keturunan takut jumpa doktor gigi ni??? Hahahaha. Janganla anak aku ikut. Mati mama dia nak tenangkan.




No comments:

Post a Comment