Friday, February 17, 2012

Pasal kerja lagi

Pagi tadi masa drive on the way to IJN, terdengar la kisah orang yang dalam dilema nak mencari kerja lain sebab current company nak closed down. Dia nak balik ke company lama tapi dah 2 kali berhenti dgn company tu. Reason being nak maintain gaji besar yang dia dapat sekarang. Kalau company baru dia takut tak dapat gaji macam sekarang.


No 1, aku rasa itu bukanlah tindakan yang betul. Tindakan untuk balik semuala ke company lama yang dah 2 kali ko berenti. 2 kali tau, bukan sekali. Even sekali pun aku akan pikir banyak kali nak balik kerja semula. Bos yang nak ambik balik ko kerja pun akan pikir banyak kali. Unless, ko keluar dulu atas sebab kesihatan, sambung belajar ke atau sebab2 yang takda kaitan dengan duit. Atau mungkin company tu pakcik ko punya, boleh la..


No 2, rasa2 nak letak muka kat mana kalau balik semula ke company tu. 2 kali ko berenti maknanya ada 2 kali farewell party orang buat untuk ko. Kalau kali ke 3 ko berenti nanti, orang buat kenduri tahlil, bagi ko takut. Baru padan ngan muka.


No 3, berlambak2 kerja kat luar sana. Aku rasa kalau ko konfiden dengan kerja yang ko buat, ko yakin ngan diri sendiri, jual la resume ko tu. Ini la masa nak try market ko kat luar macam mana. Unless masa ko kat current company, ko kipas bos maka sebab itu gaji ko melampau tinggi. Tak setanding ngan responsibilities yang ko buat. Bukan takda orang yang macam tu. Masuk ofis, cakap kat telepon 3, 4 kali. Cakap pulak kuat sambil mundar mandir bagi satu ofis tau ko buat kerja. Lemas la weiiii..


Pastu tetiba dapat bonus jatuh dari langit. Orang lain buat kerja, orang lain dapat nama.


Emo akak tau!!




1 comment: