Friday, March 30, 2012

Kita update satu2 okey

Banyak benda nak cerita. Pasal mak, pasal Alya, pasal maid.. Macam2 la..


Hari ni boleh menarik nafas lega. Mak dah masuk OT semalam. Doktor kena bukak balik jahitan tu & diorang dah bersihkan nanah. Alhamdulillah nanah tu duk kat bawah kulit je. Tapi penjagaan lepas ni start dengan zero semula la. Untuk tangan & kaki tu kena buat fisio. And lepas ni makan kena berpantang macam orang bersalin. Yang ni yang mak lemah tu.


Yang pasal nanah tu la satu2 nya perkara yang kitorang musykil sekali. Dari mana datangnya. Sebab apa. IJN pun satu. Kita dah bawak ke emergency last 2 weeks. Diorang sedar yang itu adalah tak normal,kenapala release patient balik rumah. Sekadar dressing tak mencukupi. Bukan sekali g dressing, dah banyak kali. Tu yang aku pun tak puas hati. Ni tak dapat nak bertanya direct ngan pakar bedah. Harus kalau dapat peluang nak luahkan perasaan tak puas hati. Nak marah masa2 ni pun tak guna.


Readers kalau ada la sesapa yang terkena keadaan yang sama minta alert lebih sikit. Eventho diorang pakar, boleh jugak berlaku kesilapan.


Esok2 kita cerita yang lain k.




Monday, March 26, 2012

Blog akan terabai sekejap

Mak admitted last Saturday at CCU IJN. 
Ada infection and lots more yg tak boleh nak cerita lagi.


Later kita cerita k.



Tuesday, March 20, 2012

Doa Untuk Ibu




Masa dengar lagu ni kat radio aduhai sayunya la pulak. Lagi2 kalau si Pasha Ungu ni yang nyanyi. Aku ni big fan Ungu. So memang kalau keluar lagu dia mesti nak tengok video klip dorang ni. Memang touching2 la semuanya.



Masa duk dengar lagu ni teringat kat makcik yg sedu2 nangis kata anak dia tinggalkan dia kat hotel murah tu. Eventho lepas tu ada keluar berita kata bukan tinggalkan tapi dia keluar bekerja & duk sama kat hotel tu, tapi sedu sedan makcik tu sampai tak terkeluar apa nak kata tetap tak sampai hati nak tengok sampai habis. Pelik kan? Patutnya khabor la ke mak dia, ke anak dia dah britau tapi mak dia tak dapat tangkap msg anak dia. Entah la..



Tapi susah2 anak dia nak jugak dia bela mak dia. Ada orang anak ramai tapi masa sakit payahnya nak menjaga. Lagi2 anak lelaki. Tanggungjawab besar. Sebab tu hukum faraid kata anak lelaki dapat 2 bahagian. Sebab apa? Sebab tanggungjawab dia kat keluarga tu lebih. Bukan sekadar tang dapat harta je lebih. Hukum faraid dah betul tapi bertanggungjawab tak kita 2 kali ganda seperti hukum tu? Anak perempuan pun ada tanggungjawab tapi taat dia lebih pada suami. Bukan kata boleh lepas tangan. Ramai yang rasa dah buat tanggungjawab masing2 tapi ramai TAK SEDAR TAK CUKUP lagi sebenarnya. Kita kan ada anak. Hari ni macam mana kita buat kat mak bapak kita, esok2 anak2 buat balik kat kita.


Tepu dada tanya akal.



Saturday, March 10, 2012

Apam polkadot punya pasal

Semalam rasa cam nak buat kuih kat rumah mak. Sekali tergoogle apam polkadot. Kes boleh buat macam2 colour, tu yang terexcited lebih.




macam biasa anak dara mesti nak interframe





 mesin Kenwood mak yg dah bertahun + beratnya mak ai = tapi kuih selama ni kami pakai mesin ni la...




 polkadot aku je yang menjadik nampaknya. yg nampak huru hara tu harap maklumla, tangan orang lain k. ada filing blueberry & kaya.




yg ni idah yg deco. dia kata berseni. kita ye kan je laaaaaa.... habis bintang bulan ada. Lambang kementerian wanita & masyarakat takda pulok... next time nak suruh dia buat


Baru masuk trip pertama kuih As dh cakap nak buat untuk raya tahun ni. Tak payah buat biskut2 dah. 
Masak la.... Dah la bulan posa tahun ni aku dalam pantang. Alya la yang tolong buat nampaknya.



Tuesday, March 6, 2012

New assistant in the house!!!

Anak dara sampai rumah lebih kurang pukul 5 lebih hari Ahad petang tu. Mama & anak dara sama melompat, kes lama tak jumpa. So hari Isnin adalah masa untuk bermanja-manja.




 Alya sama naik nak masak sekali. Papa dia bagi sayur & bekas pemotong tu. Mama terlebih sudah.. siap bagi lesung batu lagi.




 Muka serius buat kerja. Dah siap tumbuk, nak senduk dalam bekas.



Senyum sikit.... Lepas senyum mama bagi carrot & kentang pulak. Sambung menumbuk...


Efisen betul new assistant ni :)



Thursday, March 1, 2012

Apa lagi lepas ni

Marah betul bila tau ada lagi kes dera budak kat pusat jagaan ni. Bila ada kawan2 yang duk post kat FB, aku memang tak tengok. Bukan setakat taknak tengok, taknak ambik tau pun.


Itu bukan selfish.


Sebab apa aku kata bukan selfish? Sebab kalau aku tengok benda2 macam ni kacau emosi aku. Kang teringat kat anak kat rumah pengasuh dia. Walaupun aku hantar anak kat rumah orang, tetap rasa cuak sekali sekala. Mula2 dulu lagi la, jap2 tepon. Kat ofis teringat camne anak aku. Dah lama2 bila dah tau camner pengasuh dia jaga, macam mana dia sayang anak kita baru rasa lega.


Sama jugak kalau orang nak tunjuk gambar budak2 lapar, mintak sedekah.. Benda2 macam ni sangat menggangu perasaan. Aku pernah tulis sekali pasal mak yang mintak sedekah bawak anak sekali duk kat pasar malam. Budak sikit punya sihat, duk tido kat atas pangkuan. En Hubby kata ingat budak2 boleh ke duk tido je cam tu. Mesti ada benda yang dorang bagi.


En Hubby tak bagi aku bagi sedekah kat mak budak tu. Takut menggalakkan mak2 tu duk kat situ. Tapi memang betul pun, lately aku tak nampak ada yang bawak budak lagi. Kurang2 kalau aku bawak Alya g pasar malam dia tak nampak.




Pernah sekali masa tak kawen dulu duk jalan2 kat KL dgn adik aku Idah kitorang nampak sorang mak ni pegang anak dia. Idah tak sampai hati kot. Aku tak bagi bagi sedekah, takut sindiket. Idah tanya dah makan ke belum. Dia kata belum, Terus dia hulur nasi beriyani INSAF. Memang beli 1 pun. Nak bawak balik rumah la kononnya. Aku boleh membebel lagi cakap lain kali bagi anak makan dulu. Kenapa aku ingat peristiwa ni?


Sebab aku jenis emo kalau ada kaitan dgn budak2. Kalau anak orang lain aku boleh emo, anak aku lagi la.


Jadi jangan di uji apa2 antara aku & anak aku. Walaupun aku maafkan, tapi aku takkan lupa apa yg orang buat. Selamanya aku ingat.


Update on 3/2/2012:

Orang dr pusat jagaan tu akan didakwa pada hari Isnin depan. Bagusla, cepat ambik tindakan & tak perlu kita dengar lagi cerita2 macam ni.



Satu minggu yang sungguh panjang

Mood nak meng-hupdate blog adalah ke laut.
Anak dara & En Hubby kat kampung sementara aku jaga mak kat rumah.
Seronoknya la nenek atok & makcik kat kampung.
OK, rasa nak demam balik pun ada.


Ooooo anak, balik la cepat. Boringnya mama rasa.



Update


Oooo.. lupa nak britau mak dah keluar dari IJN Isnin baru ni. Alhamdulillah.
Everything goes well. Terima kasih untuk doa saudara mara & sahabat semua.
Makcik, pakcik & cousins yang datang melawat & membantu menjaga, Allah sajala yang dapat membalas budi baik.