Thursday, March 1, 2012

Apa lagi lepas ni

Marah betul bila tau ada lagi kes dera budak kat pusat jagaan ni. Bila ada kawan2 yang duk post kat FB, aku memang tak tengok. Bukan setakat taknak tengok, taknak ambik tau pun.


Itu bukan selfish.


Sebab apa aku kata bukan selfish? Sebab kalau aku tengok benda2 macam ni kacau emosi aku. Kang teringat kat anak kat rumah pengasuh dia. Walaupun aku hantar anak kat rumah orang, tetap rasa cuak sekali sekala. Mula2 dulu lagi la, jap2 tepon. Kat ofis teringat camne anak aku. Dah lama2 bila dah tau camner pengasuh dia jaga, macam mana dia sayang anak kita baru rasa lega.


Sama jugak kalau orang nak tunjuk gambar budak2 lapar, mintak sedekah.. Benda2 macam ni sangat menggangu perasaan. Aku pernah tulis sekali pasal mak yang mintak sedekah bawak anak sekali duk kat pasar malam. Budak sikit punya sihat, duk tido kat atas pangkuan. En Hubby kata ingat budak2 boleh ke duk tido je cam tu. Mesti ada benda yang dorang bagi.


En Hubby tak bagi aku bagi sedekah kat mak budak tu. Takut menggalakkan mak2 tu duk kat situ. Tapi memang betul pun, lately aku tak nampak ada yang bawak budak lagi. Kurang2 kalau aku bawak Alya g pasar malam dia tak nampak.




Pernah sekali masa tak kawen dulu duk jalan2 kat KL dgn adik aku Idah kitorang nampak sorang mak ni pegang anak dia. Idah tak sampai hati kot. Aku tak bagi bagi sedekah, takut sindiket. Idah tanya dah makan ke belum. Dia kata belum, Terus dia hulur nasi beriyani INSAF. Memang beli 1 pun. Nak bawak balik rumah la kononnya. Aku boleh membebel lagi cakap lain kali bagi anak makan dulu. Kenapa aku ingat peristiwa ni?


Sebab aku jenis emo kalau ada kaitan dgn budak2. Kalau anak orang lain aku boleh emo, anak aku lagi la.


Jadi jangan di uji apa2 antara aku & anak aku. Walaupun aku maafkan, tapi aku takkan lupa apa yg orang buat. Selamanya aku ingat.


Update on 3/2/2012:

Orang dr pusat jagaan tu akan didakwa pada hari Isnin depan. Bagusla, cepat ambik tindakan & tak perlu kita dengar lagi cerita2 macam ni.



No comments:

Post a Comment