Tuesday, March 20, 2012

Doa Untuk Ibu




Masa dengar lagu ni kat radio aduhai sayunya la pulak. Lagi2 kalau si Pasha Ungu ni yang nyanyi. Aku ni big fan Ungu. So memang kalau keluar lagu dia mesti nak tengok video klip dorang ni. Memang touching2 la semuanya.



Masa duk dengar lagu ni teringat kat makcik yg sedu2 nangis kata anak dia tinggalkan dia kat hotel murah tu. Eventho lepas tu ada keluar berita kata bukan tinggalkan tapi dia keluar bekerja & duk sama kat hotel tu, tapi sedu sedan makcik tu sampai tak terkeluar apa nak kata tetap tak sampai hati nak tengok sampai habis. Pelik kan? Patutnya khabor la ke mak dia, ke anak dia dah britau tapi mak dia tak dapat tangkap msg anak dia. Entah la..



Tapi susah2 anak dia nak jugak dia bela mak dia. Ada orang anak ramai tapi masa sakit payahnya nak menjaga. Lagi2 anak lelaki. Tanggungjawab besar. Sebab tu hukum faraid kata anak lelaki dapat 2 bahagian. Sebab apa? Sebab tanggungjawab dia kat keluarga tu lebih. Bukan sekadar tang dapat harta je lebih. Hukum faraid dah betul tapi bertanggungjawab tak kita 2 kali ganda seperti hukum tu? Anak perempuan pun ada tanggungjawab tapi taat dia lebih pada suami. Bukan kata boleh lepas tangan. Ramai yang rasa dah buat tanggungjawab masing2 tapi ramai TAK SEDAR TAK CUKUP lagi sebenarnya. Kita kan ada anak. Hari ni macam mana kita buat kat mak bapak kita, esok2 anak2 buat balik kat kita.


Tepu dada tanya akal.



No comments:

Post a Comment