Friday, March 30, 2012

Kita update satu2 okey

Banyak benda nak cerita. Pasal mak, pasal Alya, pasal maid.. Macam2 la..


Hari ni boleh menarik nafas lega. Mak dah masuk OT semalam. Doktor kena bukak balik jahitan tu & diorang dah bersihkan nanah. Alhamdulillah nanah tu duk kat bawah kulit je. Tapi penjagaan lepas ni start dengan zero semula la. Untuk tangan & kaki tu kena buat fisio. And lepas ni makan kena berpantang macam orang bersalin. Yang ni yang mak lemah tu.


Yang pasal nanah tu la satu2 nya perkara yang kitorang musykil sekali. Dari mana datangnya. Sebab apa. IJN pun satu. Kita dah bawak ke emergency last 2 weeks. Diorang sedar yang itu adalah tak normal,kenapala release patient balik rumah. Sekadar dressing tak mencukupi. Bukan sekali g dressing, dah banyak kali. Tu yang aku pun tak puas hati. Ni tak dapat nak bertanya direct ngan pakar bedah. Harus kalau dapat peluang nak luahkan perasaan tak puas hati. Nak marah masa2 ni pun tak guna.


Readers kalau ada la sesapa yang terkena keadaan yang sama minta alert lebih sikit. Eventho diorang pakar, boleh jugak berlaku kesilapan.


Esok2 kita cerita yang lain k.




No comments:

Post a Comment