Tuesday, April 17, 2012

Mengidam masa mengandung

Masa mengandung mula la nak macam-macam.  Bukanla yang extra ordinary pun. Yang biasa2 je. Tapi bila tak dapat terkenang2. Bencik tau.


Air Sirap


Dalam banyak2 air, air sirap yang best sekali. Tak main la sirap bandung, sirap selasih ke. Sirap kosong sejuk dah marvelles. Ni dah 4 hari tak dapat air sirap. Balik rumah kang nak minum air sirap terus.





 Tak payah letak kat cawan cantik2, yang ni pun dah buat rasa nak air sirap sekarang jugak...


Putu Mayam


Putu mayam ni baru rasa dalam bulan lepas. Ada pulak jual kat pasar malam dekat2 rumah. Tapi dah 2 minggu tak dapat. Minggu ni kena usahakan jugak. Orang Melayu kita yang buat. Kalau yang lalu malam2 kat rumah aku tu ada jugak tapi India yang buat.




Nasi minyak Terengganu


Sebab apa nasi minyak Terengganu? Sebab kuah dia sedap. Nasi dia cantik. ada colour2. Baru ni cousin aku kawen kat Terengganu, aku boleh siap pesan bawak balik sikit. Siap sebut 'mana tau ada rezeki anak dalam perut'. Harusla orang berusaha bawak kan jugak.


Gila saiko!!



Best kan?? best kan??? *sambillapairliur*


Ada lagi yang aku suka masa mengandung ni. Aiskrim Nestle vanila coklat. Siap beli 2,3 bekas kecik tu tunjuk kat En Hubby. Senang lain kali kalau aku teringin dia tak salah beli. Sungguh kebudak-budakan tapi nak buat macam mana.


Nanti dapat google aiskrim tu aku tunjuk eh..

*nakjugaktu*



Thursday, April 12, 2012

Panas hati ai

Baru jap masuk rumah lepas menyapu sikit kat luar. Memang tak munasabah sapu laman rumah tengah hari tegak tapi sebab sakit hati tengok sampah kat depan rumah punya pasal aku redah jugak.


Tengah2 elok kita sapu, kumpul molek2 sampah ni, orang sebelah pun menyapu jugak laman dia. Budak ni aku tak sure Indon ke atau orang tempatan. Yang tak syiok ialah dh cantik2 aku kemas, dia longgokkan pulak sampah dia kat tempat aku bersihkan tadik.


Ai, dah la panas, hati aku pun panas la.


Aku : Ai dik, takkan buang kat situ kot?


Budak tu : Takda tempat lain dah kak.


Ewah.. ewah.. banyak cantik muka kau..


Aku : Patutla sebelah sana pun bersepah. Korang main letak je sampah.


Budak tu tersengih aje.


Aku : Takkan nak suruh orang yang mengandung pulak kemaskan dik.


Budak tu pun ambik sampah dia letak elok2 dalam tong sampah rumah aku. TONG SAMPAH RUMAH AKU OK. Bukan kat rumah dia.


Budak tu : Orang sampah ni ambik 2 hari sekali ye kak.


Aku : Tak kisahla dik dia nak ambik bila pun, kita letak la sampah tu elok2.


Lepas tu aku blah masuk rumah.


Dahla rumah kat sini dekat2, Satu2 rumah tu biasanya ada beberapa pintu. Kalau sorang aje yang takda sivik macam tu boleh handle lagi. Kalau satu rumah ada 3 pintu, satu lorong ada 10 rumah maknanya 30 orang yang takda sivik.


Tu pasal la aku sapu bahagian aku je. Pedulik la kawasan orang lain tu. Tak larat nak educate people yang dah besar panjang. Kawasan kita tak terjaga, nak jaga kawasan orang.


Tak larat tau nyah!!!!






Tuesday, April 10, 2012

Moral support

Masa mak masuk wad hari tu, makcik2 & pakcik berjaya bawak tok ke KL. Tok pun dah tua, dah 80 lebih. Tak larat pun nak ke sana sini, dgn travel lama2 lagi. Campur taknak jauh dari rumah pun ye.


Tapi alhamdulillah everything goes well. Tujuan utama bawak tok jauh2 pun sebab nak bagi moral support kat mak. Plus, mak pun tak boleh nak travel jauh2 lepas ni.



 sorang mek comel, sorang lagi mok mek







 sporting tok ai kan??




 tok siap doakan sikit untuk mak



ooo... toching...touching...


Aku masa sakit pun kadang2 boleh tersebut panggil mak masa mamai2 nak tido. Same to Alya. Kadang2 dia menyebut 'mama' tu dalam suara yang sedih. And aku rasa orang lain pun cam tu jugak. Sakit2 mesti nak mak jugak.


Korang pun dah sihat jangan la lupa kat mak. 


Yang dah lama tak balik, balik la jenguk mak sendiri.

Yang dah lama tak hulur duit kat mak, kirim la sikit duit.



Kan syurga di bawak tapak kaki mak.


Ooooo  ... touching lagiii...



Friday, April 6, 2012

Maid

Bukan senang nak hantar anak g rumah pengasuh, taska atau sebagainya. Lagi2 kalau tu la satu2nya anak tunggal. Kalau orang tanya taska kat area Selayang ni, aku bagi jaminan semuanya full. Not only full, over crowded lagi ada. Dengan pembantu yang tak cukupnya. Kejap2 kang tak cukup orang, sementara nak mencarik pengganti budak2 sempat terbiar.


Ini komen yang aku dengar sendiri dari jiran yang duduk sebelah taska. Bukan aku main hentam keromo duk sebut dalam blog. Sebab tu masa nak hantar Alya g taska aku pening kepala. Nasib baik ada kawan yang rekemenkan mak (pengasuh) dia sekarang. Eventhough kat rumah mak dia ni pun ada anak buah dia plus anak2 jiran duk keluar masuk and sometimes duk makan ramai2 kat rumah tu, aku rasa dah cukup comfort. Yang penting dia sayangkan budak2. And yg bonusnya, budak2 lain tu pun sayang sangat kat budak2.


Dulu2 ada je video pengasuh basuh berak budak pakai kaki. Ada yang mandikan pakai kaki jugak. Itu melampau. Bibik yang duduk sebelah rumah aku kata dia takla sampai macam tu sekali. Tapi kalau dia basuh berak memang pakai kaki bagi hilang taik tu dulu, pastu baru basuh ngan tangan.


Baru2 ni bila aku nak carik bibik nak letak satu kat rumah mak & boleh aku pinjam2 masa berpantang karang, sesaja la aku tanyakan jiran sebelah. Mana tau kalau2 dia ada kawan. Dia kata ada 2 orang yang takda tuan lagi. Sorang kena bayar 4.5k, sorang lagi 6k. Tapi takda PERMIT.


Takda permit apa kejadahnya nak bayar sampai 6k?


Gila ke? dah la kerajaan dah buat PATI sekarang. Tak pasal aku ke lokap kalau  dorang dapat tau. Pastu kita tolak gaji dorang 3 bulan. Maknanya dorang kerja free untuk 3 bulan. Apa dorang ingat gaji dorang 2k sebulan? Eksekutip maid???Lepas buat permit sah semua dorang lari. Sapa pulak nak menanggung rugi tu. Tak sanggup aku.


Bibik kat sebelah rumah aku sardin aje dia komen. Orang Indon sekarang mengada2.


Orang Indon pun cakap macam tu, kita lagi la menyampah.




Monday, April 2, 2012

Sentap di pagi Jumaat



Anak dara demam dari Rabu petang baru ni. Dah la masa tu mak nak masuk OT petang hari tu. Tapi sebab takut berjangkit kuman aku tak g hospital. Elok pagi Jumaat, dia nampak segar. Hujan pulak renyai2. Bila dia cakap mama hitam tu, sambil hentak2 kaki g masak makaroni goreng. Tak puas hati punya pasal, aku buat makaroni hitam jugak...


Tengah2 makan aku tanya lagi ....

Mama : Mama hitam ke putih?

Alya : Putih



Serta merta suap anak dgn penuh kasih sayang. En Hubby tetiba tanya lagi

En Hubby : Mama putih ke hitam?

Alya : Hitam.


Ok.. Memang saja tau. Tapi sebab anak dara dah cakap putih tadi, kira conversation yang ke 2 tak diambil kira. Tangah2 makan dia g lap mulut dia ngan tisu pastu cium aku.


Ye la nak, hitam2 pun mama kamu jugak.