Thursday, April 12, 2012

Panas hati ai

Baru jap masuk rumah lepas menyapu sikit kat luar. Memang tak munasabah sapu laman rumah tengah hari tegak tapi sebab sakit hati tengok sampah kat depan rumah punya pasal aku redah jugak.


Tengah2 elok kita sapu, kumpul molek2 sampah ni, orang sebelah pun menyapu jugak laman dia. Budak ni aku tak sure Indon ke atau orang tempatan. Yang tak syiok ialah dh cantik2 aku kemas, dia longgokkan pulak sampah dia kat tempat aku bersihkan tadik.


Ai, dah la panas, hati aku pun panas la.


Aku : Ai dik, takkan buang kat situ kot?


Budak tu : Takda tempat lain dah kak.


Ewah.. ewah.. banyak cantik muka kau..


Aku : Patutla sebelah sana pun bersepah. Korang main letak je sampah.


Budak tu tersengih aje.


Aku : Takkan nak suruh orang yang mengandung pulak kemaskan dik.


Budak tu pun ambik sampah dia letak elok2 dalam tong sampah rumah aku. TONG SAMPAH RUMAH AKU OK. Bukan kat rumah dia.


Budak tu : Orang sampah ni ambik 2 hari sekali ye kak.


Aku : Tak kisahla dik dia nak ambik bila pun, kita letak la sampah tu elok2.


Lepas tu aku blah masuk rumah.


Dahla rumah kat sini dekat2, Satu2 rumah tu biasanya ada beberapa pintu. Kalau sorang aje yang takda sivik macam tu boleh handle lagi. Kalau satu rumah ada 3 pintu, satu lorong ada 10 rumah maknanya 30 orang yang takda sivik.


Tu pasal la aku sapu bahagian aku je. Pedulik la kawasan orang lain tu. Tak larat nak educate people yang dah besar panjang. Kawasan kita tak terjaga, nak jaga kawasan orang.


Tak larat tau nyah!!!!






No comments:

Post a Comment