Friday, April 6, 2012

Maid

Bukan senang nak hantar anak g rumah pengasuh, taska atau sebagainya. Lagi2 kalau tu la satu2nya anak tunggal. Kalau orang tanya taska kat area Selayang ni, aku bagi jaminan semuanya full. Not only full, over crowded lagi ada. Dengan pembantu yang tak cukupnya. Kejap2 kang tak cukup orang, sementara nak mencarik pengganti budak2 sempat terbiar.


Ini komen yang aku dengar sendiri dari jiran yang duduk sebelah taska. Bukan aku main hentam keromo duk sebut dalam blog. Sebab tu masa nak hantar Alya g taska aku pening kepala. Nasib baik ada kawan yang rekemenkan mak (pengasuh) dia sekarang. Eventhough kat rumah mak dia ni pun ada anak buah dia plus anak2 jiran duk keluar masuk and sometimes duk makan ramai2 kat rumah tu, aku rasa dah cukup comfort. Yang penting dia sayangkan budak2. And yg bonusnya, budak2 lain tu pun sayang sangat kat budak2.


Dulu2 ada je video pengasuh basuh berak budak pakai kaki. Ada yang mandikan pakai kaki jugak. Itu melampau. Bibik yang duduk sebelah rumah aku kata dia takla sampai macam tu sekali. Tapi kalau dia basuh berak memang pakai kaki bagi hilang taik tu dulu, pastu baru basuh ngan tangan.


Baru2 ni bila aku nak carik bibik nak letak satu kat rumah mak & boleh aku pinjam2 masa berpantang karang, sesaja la aku tanyakan jiran sebelah. Mana tau kalau2 dia ada kawan. Dia kata ada 2 orang yang takda tuan lagi. Sorang kena bayar 4.5k, sorang lagi 6k. Tapi takda PERMIT.


Takda permit apa kejadahnya nak bayar sampai 6k?


Gila ke? dah la kerajaan dah buat PATI sekarang. Tak pasal aku ke lokap kalau  dorang dapat tau. Pastu kita tolak gaji dorang 3 bulan. Maknanya dorang kerja free untuk 3 bulan. Apa dorang ingat gaji dorang 2k sebulan? Eksekutip maid???Lepas buat permit sah semua dorang lari. Sapa pulak nak menanggung rugi tu. Tak sanggup aku.


Bibik kat sebelah rumah aku sardin aje dia komen. Orang Indon sekarang mengada2.


Orang Indon pun cakap macam tu, kita lagi la menyampah.




No comments:

Post a Comment