Tuesday, April 17, 2012

Mengidam masa mengandung

Masa mengandung mula la nak macam-macam.  Bukanla yang extra ordinary pun. Yang biasa2 je. Tapi bila tak dapat terkenang2. Bencik tau.


Air Sirap


Dalam banyak2 air, air sirap yang best sekali. Tak main la sirap bandung, sirap selasih ke. Sirap kosong sejuk dah marvelles. Ni dah 4 hari tak dapat air sirap. Balik rumah kang nak minum air sirap terus.





 Tak payah letak kat cawan cantik2, yang ni pun dah buat rasa nak air sirap sekarang jugak...


Putu Mayam


Putu mayam ni baru rasa dalam bulan lepas. Ada pulak jual kat pasar malam dekat2 rumah. Tapi dah 2 minggu tak dapat. Minggu ni kena usahakan jugak. Orang Melayu kita yang buat. Kalau yang lalu malam2 kat rumah aku tu ada jugak tapi India yang buat.




Nasi minyak Terengganu


Sebab apa nasi minyak Terengganu? Sebab kuah dia sedap. Nasi dia cantik. ada colour2. Baru ni cousin aku kawen kat Terengganu, aku boleh siap pesan bawak balik sikit. Siap sebut 'mana tau ada rezeki anak dalam perut'. Harusla orang berusaha bawak kan jugak.


Gila saiko!!



Best kan?? best kan??? *sambillapairliur*


Ada lagi yang aku suka masa mengandung ni. Aiskrim Nestle vanila coklat. Siap beli 2,3 bekas kecik tu tunjuk kat En Hubby. Senang lain kali kalau aku teringin dia tak salah beli. Sungguh kebudak-budakan tapi nak buat macam mana.


Nanti dapat google aiskrim tu aku tunjuk eh..

*nakjugaktu*



No comments:

Post a Comment